Kemelut MB Terengganu (1) – Siapa Nak Letak Jawatan? March 23, 2008
Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.trackback
Maka terlantik sudah pagi tadi Ahmad Said sebagai MB Terengganu. Walaupun majlis angkat sumpah hanya akan diadakan tiga hari lagi, namun secara rasminya, Istana telah pun melantik seorang MB untuk negeri Darul Iman.
Kini IB menanti-nanti, siapa di antara 22 orang yang menentang titah Tuanku Sultan yang berhasrat untuk letak jawatan akan benar-benar melaksanakan ugutan mereka itu. Kalau tidak, mereka ini hanyalah “gghertak” (acah) sahajalah. Cakap berani tapi takut nak buat.
IB yakin tak mungkin ada yang berani hingga ke peringkat betul-betul nak letak jawatan sebagai ADUN. Jika adalah beberapa yang benar-benar akan letak jawatan, maka mereka itu memang terpaksa kerana kekal pun tidak ada apa yang menguntungkan untuk mereka. Dan mungkin ada imbuhan yang lebih besar untuk bertindak sedemikian.
Kenapa IB yakin tak ada yang sanggup letak jawatan tanpa mendapat imbuhan yang sewajar?
Sememangnya budaya dalam UMNO, mereka hanya akan melakukan sesuatu demi untuk saku dan perut sahaja. Begitulah perubahan budaya yang asalnya berjuang untuk bangsa Melayu kini sudah berubah kepada perjuangan material.
Bagi yang yang betul-betul akan meletak jawatan nanti, sudah pasti ada imbuhan istimewa yang menanti mereka.
Sekian, IB
Siri Kemelut MB Terengganu:
yes correct!!
[...] majlis angkat sumpah Mat Said sebagai MB dan bermatian mahukan Idris kekal menjawat MB serta mengugut untuk meletak jawatan dari ADUN jika Mat Said jadi [...]
[...] majlis angkat sumpah Mat Said sebagai MB dan bermatian mahukan Idris kekal menjawat MB serta mengugut untuk meletak jawatan dari ADUN jika Mat Said jadi [...]
[...] mereka ini sememangnya mudah lupa, krisis perlantikan MB Terengganu masih lagi segar di ingatan, baru sebulan [...]
[...] Siapa Nak Letak Jawatan? [...]
[...] Siapa Nak Letak Jawatan? [...]
[...] Kemelut MB Terengganu (1) – Siapa Nak Letak Jawatan? « Ibrahimbaba’s Weblog – May 9, [...]
[...] Jika ini dapat dilakukan oleh Mat Said, maka mereka yang tetap berkeras dengan kesetiaan mereka kepada Idris akan berputih mata. Dan kita akan tuntut pula mereka untuk letak jawatan seperti mana ugutan mereka sebelum ini. [...]
[...] Siapa Nak Letak Jawatan? [...]
[...] Siapa Nak Letak Jawatan? [...]