Kemelut MB Terengganu (2) – Siapa “natang” Itu? March 23, 2008
Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.trackback
Berita TV3 jam 8 malam tadi menyiarkan demonstrasi mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan Istana untuk tidak melantik bekas MB Idris Jusoh. Disiarkan para penyokong dengan pelbagai kain rentang bagi menyatakan sokongan dan taat setia mereka terhadap Derih.
Antara yang sempat IB perhatikan [gambar pertama dirakam oleh WM M@rhaen ketika siaran Nightline TV3] ialah sepanduk yang berbunyi “Kami Nak Idris, Natang!”.
Pertama, apa erti perkataan tersebut? IB rasa, dalam loghat Terengganu, “natang” itu ialah untuk “binatang”.
Kedua, persoalannya ialah, siapa “binatang” yang dimaksudkan dalam sepanduk itu? Kalau mengikut ayat sepanduk tersebut itu ialah mereka memberitahu kepada orang yang tidak menerima Idris sebagai MB dan orang itu dipanggil dengan nama binatang.
Siapa yang tidak menerima Idris dan melantik Ahmad Said sebagai MB? Umum mengetahui bahawa Tuanku Sultan yang tidak menerima Idris dan melantik Mat Said sebagai MB.
Jadi apakah “binatang” itu disifatkan oleh mereka kepada Tuanku Sultan? Apakah itu suatu tindakan wajar? Apakah tindakan-tindakan seperti itu yang didokong oleh para pemimpin UMNO? Apakah itu natijah dari kurikulum pelbagai program pendidikan yang dilalui oleh para ahli UMNO?
Apakah kesetiaan mereka kepada Idris membolehkan mereka menderhakai Sultan? Apakah itu termaktub dalam adat susila perjuangan UMNO?
IB hairan dengan tindakan para pemimpin Melayu yang sebegini yang telah melampaui batas-batas adat susila Melayu kita yang dibanggakan.
Mereka perlu mengulangkaji semula Rukun Negara.
Sekian, IB
Nota:
IB ingin mengucapkan para pengunjung yang telah mengirim gambar-gambar rakaman sepanduk yang menamakan Tuanku sebagai “natang” (binatang).
Gambar 1 – kiriman WM M@rhaen [http://www.marhaen.org/v1/mar_a_ib97.html] – dirakam dari Nightline
Gambar 2 – kiriman Bravo dipetik dari laman sesawang TV3 dari siaran Buletin Utama
Gambar 3 – dipetik dari laman Amdang81 – dari siaran NTV7
Gambar 4 – kiriman MangChik – juga dipetik dari laman sesawang TV3
Siri Kemelut MB Terengganu:
mak oi.. bdoh tul.. laa
mmg kurang ajar la…ni lah dia keturunan dajal akhir zaman yang derhaka kepada sultan…cabut taraf kerakyatan dan pancung sampai mapus x layak dipanggil mati sebab ni dia anak syaitan si dajal dieris jusoh..
untuk gambar lebih clear..sila ambil disini dan sebarkan..
http://img206.imageshack.us/img206/7922/rentangle5.jpg
Siapa natang tu.. Sultan Mizan? Pak Guard? Aduhai terengganu, penyu menangis lagi..
Memang biadap dan kurang ajar! Syor perkara ini disiasat dan diambil tindakan ke atas pihak yang terbabit.
Dah lebih kurang ajar mereka ni, adakah Tuanku Sultan pun mereka nak maki?…Lim Kit Siang pun tak berani buat macam tu.
Kepada Tuanku Sultan, tarik balek kebesaran negeri Terengganu yang telah mereka terima, mereka boleh dianggap sebagai penderhaka, sanggup memanggil “natang” kepada Tuanku Sultan.
memang penyokong deris tuh kurang ajor…
dok reti basa langsung…..
patutnyer derih tu natang…
umno trg dah bukak topeng……..
bertapa teruknyer umno trg lonie…..
semua gile kuasa n projek….
semua pikir poket masing2…
bkn nok bantu rakyat pon…..
kami semua dibawah Tuanku Sultan…Daulat Tuanku..
daulat tuanku!
jgn dipersenda kedaulatan institusi diraja…kalau melayu sendiri persenda Sultan, jgn haraplah kaum lain nak hormat sama. Ingatkan UMNO perjuang bangsa melayu, tapi haprak. Ya Allah, peliharalah Malaysia tanah tumpah darah kami. Jauhkanlah golongan2 yg biadap ini dari bumi Malaysia.
Klu betul banner tu ditujukan kpd DYMM Sultan sememang mereka itu dari kalangan berok. Apakah mereka lupa DYMM menjadi sultan menjadi Sultan seumur hidup bukannya untuk sepenggal atau dua penggal…Dymm Sultan Mirzan akan kembali memerintah negeri Terengganu Darul Iman selepas habis tempoh memegang jawatan Yang Dipertuan Agong…..dan dikala itu nanti mana mereka nk letak muka berok mereka tu…..Nmpk mcm pandai lagak macam orang bijaksana tapi berpolitik macam berok……….Kami amat meyokong jika ditarik balik darjah kebesaran yang diterima dari DYMM Tuanku…..Daulat Tuanku…
apa nak herannya? Allah dan rasul pun mreka sanggup tentang apatah lagi sultan / mppr!!!!!!!!!
Sungguh Kelam kelibut jadinya, pada pandangan peribadi aku sebagai anak watan yang berasal dari Kijal, aku rasa Ahmad Said pun tak mempunyai ketokohan sebagai MB, tetapi apa boleh buat BN sudah ketandusan pemimpin yang berwibawa, yang tinggal hanyalah pemimpin yang tidak berakhlak dan rendah moral. Jadi siapa pun dari BeEnd Team jadi MB, the point is whats the different? Kijal tetap mundur seperti 10 tahun yang lalu.. bangsal2 lemang tetap bangsal kayu seperti dulu.. Pelabuhan kemaman yang berpotensi dimajukan tetap seperti dulu.. mana pembangunan, mana kilang2, mana peluang2 pekerjaan yang ko janji kan Derih?? Mat Said pung apa lebihnya dari Derih?? 2×5 saja… tapi itu kata sultan.. patik yang hina tetap menjunjung titah.. harap rakyat terengganu sekalian buka lah mata hati.. tunggu lagi 5 tahun kalau panjang umur..
org umno ni tgu mse nak jtuh hukuman d mhkamah hr akhirat kelak je….
dah lwn hukum Allah Taala….thu la die org d akhirat kelak…sesiape yg x mnghukum dgn ape yg tlh diturunkan oleh Allah, mereka itulah orang-orang kafir….(Surah Al-Maaidah Ayat 44)…Bertaubat lah sblm trlmbat…..
aku pun duk dlm area kijal gok….tp,bg pndapat akula….mlek jgk mat said jd mb….sb mat said jd mb lah puok2 die baloh same sndiri….blh tgk peribadi sbenor wkil rkyat bn yg jhat trmasuk pnyokong2…rkyat akan napok…bn ni sbuah parti yg x kukuh,baloh sme sndiri sb nok ke jwatan n leh dpt prjek biar rkyat susoh dakpe….jnji prut die bucit..n dlm bn ade puok2…napok doh situ bn ni x bersatu di antre pmimpin n penyokong2nye….doh mcm mne nak pimpin rkyat klu dlm parti sndiri duk bergomo same diri….ade lg orng sokong bn….berat-berat…
JANGAN PERSENDAKAN DARJAH KEBESARAN SULTAN,BIAR PUN MAJLIS PEMANGKU RAJA,TANGKAP SI BIADAP YANG MENGATAKAN TUANKU “NATANG”,KALAU ZAMAN DULU,ZAMAN KEGEMILANGAN SULTAN MELAYU KENA PANCUNG,BUANG NEGERI JER,SENANG
salam semua. masa aku tengok berita tu .. tergamam/ terkedu kejap .. kasar benar bahasa yang ditulis kat kain rentang tu .. aku malu weh. dok reti nok hormat sultan ke ?
[...] orang lagi ADUN dari UMNO untuk berani meninggalkan kelompok yang telah menderhakai Tuanku dengan mengelarkannya dengan panggilan “natang” untuk mencukupi bilangan minima [berpakat bersama ADUN PAS untuk membentuk kerajaan campuran] untuk [...]
memang soh dikalangan mereka yang lupa agama,bangsa dan negara demi kepentingan sendiri..syabas kepada yg menyokong bn,bersama-sama la menghadap Allah kelak bersama pemimpinmu yang membawa kearah kehancuran itu..semoga Allah selamatkan bumi terengganu dari malapetaka..amin..
Isu MB Terengganu telah membongkar nilai Umno yang tidak bermoral. Ahli mereka sendiri ditentang demi kepentingan diri sendiri. Kepada MB Terengganu dan penyokongnya di kijal, kemaman. Keluarlah dari umno. Pakat-pakat masuk PASlah pulok.
Jika DAP yang tidak berpuas hati dengan perlantikan MB Perak dikatakan tidak menghormati keputusan Sultan dan digesa memohon maaf kepada pihak istana, bagaimana pula dengan orang2 BN di terengganu?
saya mencadangkan agar pihak istana bertindak atau membuat sesuatu supaya keadaan ini tidak berlarutan.nampaknya pihak terbabit tidak langsung menghormati institusi raja.sanggup melemparkan kata-kata kesat….apadah jadi….tidak beradab.kalau betol orang ameno tu bekerja secara jujur sebelum ini,mereka tidak perlu rasa irihati diatas siapa yang di lantik menjadi MB trg, tetapi jika sebelum ini mereka telah lakukan sesuatu….dah tentulah mereka beria sangat nak jadi MB demi kepentingan atau kesinabungan projek mereka yang lalu…..
sokong tok guru.
ari tu,time kat perhimpunan di batu bruk,siap pkai pluru hdup lg…n siap cri n tngkp lg sape yg bkar bndera….nape perhimpunan ni polis x cari n tngkp sape pegang n buat spanduk yg mnghina Sultan?????nape x smbur dgn water canon????nape x tmbak dgn gas pmedih mte????KENAPE????adkah perbuatan mnghina sultan adlh prkra biase n bkn d anggp sbgai jnayah yg berat bg Datuk Ayub?????Kenape tragedi brdarah d batu bruk polis brsungguh2 nak leraikan….?????knape dlm kes ni polis msh blh brlmbut lg dgn pnykong2 umno yg trang2 mnghina kedaulatan sultan????Inilah gmbaran sbenar MALAYSIA SEKARANG!!!!!!!
natang derih jusoh ni memang kurang ajar…cilakalahko wahai idris jusoh… binatang (idris) yang terlalu tamak dan busuk hati.
natang tu sebenarnyo deris lah… memang sesuai kalu dianggap begitu… dok gitu eh? memang yg buat kontroversi tu kumpulannya yang sama tidak berakhlak sepertinya… hai sedihnya bila ada manusia macam ni… apalah nasib rakyat trengganu…
apa la korang sanjung sangat derih tu.. busuk punya olang.. sanggup memanggil sultan binatang… tak suka bleh blah dari terengganu.. duduk la sarawak ke?? heheh jadi orang utan pun orite gak..
Natang? sapa natang tu? Deris dah mengikut2 dia yg bwk kain rentang tu laa yg sebenar Natang, Binatang, Setan. Klau DAP memulaukan majlis angkat sumpah sebelum nyer bukan main lagi wakil BN mmeberi amaran. Siap kata engkar pd Raja2 melayu…….. Skrg apa jadi? Dgn PM korang yg kuat tido tu menyokong deris natang tu? Jenis nak mengembungkan perut sendiri dgn harta rakyat. Cilaka atas kamu wahai Deris n pengikut mu………….
no komen
Dari Allah kita datang,kepada Allah kita akan kembali..ingatlah wahai semua insan
No komen je….orng mcm ni….blh mnetap di negara yg x mmpunyai Raja @ pun Sultan…N orng mcm ni…bkn orng melayu…Mintk maaf ye…mngkn orng mcm ni terase…tp,rsenye x trase….sb x ade perasaan taat setia kepada kedaulatan raja dan negara
usul buang daerah semua adun2 yang menderhaka.. TQ
huh..harapnya masyarakat sedar tentang kesilapan mereka yang memilih bn..
bukan nk cakap apa, tapi sudah jelas perpecahan kaum boleh berlaku disebabkn gagasan umno ini..ini bukan united malayan nation…
keganasan umno yang x pernah dn x akan diperbesarkan…huh..
negara buta tuli dibawah pimpinan si tidur..
berdoalah kita agar x ditimpa musibah di bawah pimpinan mereka..
[...] lalu, rakyat Malaysia (termasuk yang bukan Melayu) dikejutkan oleh siaran berita yang mempamerkan penghinaan paling rendah terhadap Sultan dan Raja Melayu. Penyiaran gambar penghinaan terhadap Sultan Terenganu bukan disengajakan oleh TV3 dan NTV7. Tetapi [...]
[...] IB amat terkejut bila orang Melayu secara terangan menghina Tuanku Mizan kerana tidak memilih pemimpin mereka sebagai MB. Tuanku Mizan disifatkan sebagai [...]
[...] Siapa “Natang” Itu? [...]