jump to navigation

Tenggelam Semuanya Isu Lain June 30, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kerajaan, politik, PRU2008.
Tags: , , , , ,
trackback

Satu demi satu isu timbul. Tetapi satu demi satu juga isu tersebut tenggelam. Dengan perkembangan terbaru DSAI, maka habis semua tenggelam isu-isu yang hangat semenjak 3-4 bulan ini. Apakah ini perancangan untuk mengalih tumpuan orang ramai (diversion) ketika pelbagai isu memuncak dan tidak mampu ditangani lagi?

Sebaik sahaja keputusan PRU2008, satu demi satu isu timbul. Hilang kepercayaan rakyat terhadap BN. Kelemahan Pak Lah sebagai ketua BN. Ada juga menyalahkan Pak Lah sebagai orang yang tidak lagi mampu memimpin UMNO.

Tumpuan selepas PRU2008 ialah kepada janji dan usaha DSAI untuk menubuhkan kerajaan PR apabila sebilangan ahli parlimen BN akan melompat masuk ke PR (ada yang kata 32 orang, ada yang kata kini sudah 48 orang dan sebagainya).

Kerajaan BN bukan sahaja tertekan dengan isu-isu tersebut. Kenaikan harga pelbagai barangan dan serta kekurangan bekalan sesetengah barangan keperluan menekankan lagi kerajaan pimpinan BN.

Namun apabila kerajaan memeranjatkan rakyat sekalian dengan kenaikan harga petrol yang mendadak baru-baru ini, ia telah mampu mengalih perbincangan umum kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan isu terbaru dihebahkan oleh Shahril Samad. Maka seluruh media dan rakyat berbincang pasal kenaikan harga barang, cara-cara hendak berjimat, pelbagai saranan mengurangkan belanja, penggunaan NGV dan sebagainya. Maka hilang habis suara yang mengamatkan suasana politik yang meminta Pak Lah letak jawatan.

Kemudian timbul pula kes Raja Petra dengan Altantuyanya. Bila Rosmah dan beberapa lagi dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, perbicaraan mahkamah kedai kopi sudah beralih isu lagi. Kehangatan kenaikan harga barangan sudah tidak menjadi tumpuan utama – walaupun masih dibincangkan.

Kini, dengan ledakan isu terbaru, mampukah Pak Lah terselamat dan Najib merasa lega sebentar?

Sekian, IB

About these ads

Comments»

1. hamba Allah - July 1, 2008

berbagai isu di bangkitkan, apa akan jadi pada kita rakyat malaysia, hidup semakin tertekan. apakah cara utk menjimatkan kos bagi kami yang memang dah hidup pada tahap yg paling asas ni. semuga Allah menyelamatkan kita semua yang teraniaya ini.

2. Bilakah Ancaman Nyawa Terhadap DSAI? « Ibrahimbaba’s Weblog - July 2, 2008

[…] masih mencari jawapan. Namun yang pasti, peristiwa yang berlaku semenjak Sabtu lepas ini telah berjaya mengalih pandangan dan tumpuan masyarakat umum terhadap banyak lagi isu-isu yang mendesak dan amat perlu perhatian yang sewajarnya. Ancaman demi […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: