Kenapa Wajah Azilah Hadri dan Sirul Azhar Tidak Disiarkan? July 31, 2008
Posted by ibrahimbaba in akhbar.Tags: akhbar, Altantuya, Azilah Hadri, kambing hitam, mahkamah, media, pembicaraan Altantuya, Razak Baginda, Sirul Azhar, wajah
trackback
Suatu persoalan yang sememangnya bermain di fikiran semua orang yang membaca atau menonton laporan kes pembunuhan Altantuya ialah kenapa wajah Azilah Hadri dan Sirul Azhar tidak pernah disiarkan oleh mana-mana akhbar mahupun mana-mana laporan berita TV.
Apa yang kita dapat lihat hanyalah sekadar dua manusia yang bertopeng lengkap hinggakan tidak dapat langsung kita agak bagaimana rupa wajah kedua-dua supek pembunuhan wanita Mongolia tersebut.
Yang terbaik dapat kita lihat hanyalah lakaran wajah kedua-dua mereka seperti di bawah:
Selain dari lakaran, di peringkat awal pembicaran dulu pernah tersiar sedikit wajah kedua-dua mereka yang tertutup :
Wajah Azilah Hadri (atas) yang hampir terselindung dan wajah Sirul Azhar yang hanya nampak sedikit di sebelah kiri sahaja.
Jika tidak kita hanya akan dapat lihat dua orang suspek yang bertopeng penuh sedang diarak keluar masuk mahkamah – itu sahaja.
IB tidak mempunyai sebarang jawapan kecuali beberapa persoalan tentang kenapa wajah mereka berdua itu ditutupi penuh. Yang menghairankan ialah tidak ada langsung mana-mana akhbar yang berani menyiarkan gambar mereka ini dari mana-mana sumber lain.
Adalah mustahil untuk pihak media tidak dapat mencari gambar-gambar dari arkib mereka atau mencari kenalan kedua-kedua suspek tersebut bagi mendapat gambar-gambar lama mereka. Langsung tidak munasabah ini tidak dapat diusahakan oleh pihak media cetak mahupun media elektronik.
Jadi persoalan lain ialah, apa istimewanya kedua-dua mereka ini hingga dilindungi supaya wajah sebenar mereka ini tidak diketahui umum?
APakah mereka berdua ini memang sebenarnya “kambing hitam” untuk dijatuhkan hukuman bagi menyelematkan suasana yang lebih gempar dari berlaku? Apakah ini tujuan wajah-wajah mereka ini perlu dilindungi dari awal lagi?
Tetapi jika kita turuti perjalanan perbicaraan kes Altantuya akhir-akhhir ini, keberangkalian untuk kedua-dua mereka ini terlepas dari tuduhan kes ini nanti adalah agak tinggi juga. Cara penghujahan bahagian pendakwaan sebelum ini dan bagaimana pula hujah serta persoalan yang dibawa untuk membela kedua-dua mereka dan juga untuk Razak Baginda menampakkan ruang-ruang awal untuk mereka terlepas.
Sepertimana IB sebut awal tadi, IB tidak mempunyai jawapan tetapi kesukaran untuk pihak media untuk menyiarkan wajah mereka dan orang awam langsung tidak mengenali mereka sepanjang perjalanan pembicaraan kes ini banyak menimbulkan persoalan. Dan IB juga yakin pembaca sekalian pun mempunyai banyak lagi persoalan-persoalan lain yang memungkinkan banyak andaian yang berlegar difikiran kita.
Sekian, IB




Ntah2 Mat Indon mana yg jadi kambing hitam.
betul lah IB… mana lah tau kan… terbayang kat benak otak nih (rasanya orang lain pun terbayang jugak), kalau pun dijatuhi hukuman gantung sampai mati… macamana kita nak tau dia tu telah pun dijatuhi hukuman mati… ntah2 senyap2 dilepaskan, and the most scary part, diorang tu nanti berjiran plak dengan kita…
Pendapat kalian ada betul.. saya ikuti kes ini agak terperinci dan sy bandingkan dengan kes kes lain. Nampak sangat ada kelainan dan kejanggalan ketara. Sy sokong jika hanya hukuman ” asap ” akan muncul. Lepas batuk kat tangga je…
[...] Dengan wajah kedua-dua Azilah dan Sirul yang masih dirahsiakan dari ditatapi umum dan tidak ada mana-mana media yang berani menyiarkannya (hatta gambar kedua-dua mereka diwaktu lain semasa bertugas dan gambar simpanan keluarga) semakin mengiyakan kesangsian orang ramai. Tidak mungkin, ahkbar-akhbar kita yang gemar isu-isu dan perkara sensasi tidak dapat mencari gambar wajah sebenar mereka untuk disiarkan. Mustahil! [...]
[...] Dengan wajah kedua-dua Azilah dan Sirul yang masih dirahsiakan dari ditatapi umum dan tidak ada mana-mana media yang berani menyiarkannya (hatta gambar kedua-dua mereka diwaktu lain semasa bertugas dan gambar simpanan keluarga) semakin mengiyakan kesangsian orang ramai. Tidak mungkin, ahkbar-akhbar kita yang gemar isu-isu dan perkara sensasi tidak dapat mencari gambar wajah sebenar mereka untuk disiarkan. Mustahil! [...]
[...] Dengan wajah kedua-dua Azilah dan Sirul yang masih dirahsiakan dari ditatapi umum dan tidak ada mana-mana media yang berani menyiarkannya (hatta gambar kedua-dua mereka diwaktu lain semasa bertugas dan gambar simpanan keluarga) semakin mengiyakan kesangsian orang ramai. Tidak mungkin, ahkbar-akhbar kita yang gemar isu-isu dan perkara sensasi tidak dapat mencari gambar wajah sebenar mereka untuk disiarkan. Mustahil! [...]
[...] Ibrahim Baba menulis, suatu persoalan yang sememangnya bermain di fikiran semua orang yang membaca atau menonton laporan kes pembunuhan Altantuya ialah kenapa wajah Azilah Hadri dan Sirul Azhar tidak pernah disiarkan oleh mana-mana akhbar mahupun mana-mana laporan berita TV. [...]
takada waris,keluarga mak ayah ke d mlysia si 2 org ni,mungkin si indo…..?
jamil rasa you orangs emua tahu kenapa wajah mereka tidak di tayangkan.that is malaysians law. double standard. mostly bila melibatkan polis dan ahli politik belah umno.tapi kalau ahli politik pembangkang foto waktu budak sekolah pun akan di tayangkan.sebab apa???? sebab politik orang melayu gitu.busuk hati itulah melayu.
Gemblingkan tenaga kita semua untuk dapatkan gambar mereka dan siarkan secara meluas di blog, Harakah, siasah, keadilan dll.
Harap rakan-rakan kita di JPN, ibupejabat polis, Imigrisen atau dimana saja yang ada gambar manusia berdua ni tolong bantu.
Saya pasti mereka akan lepas dan berkeliaran lagi dan kalau kena hukum pun hanya orang lain atau di hebohkan telah dilaksanakan tapi sebenarnya tidak. Who knows?.
Please publishkan gambar mereka.
bukalah perkara yang sebenar daripada kena bunuh, dong.
sepatutnya 2 mangsa ni bukalah keadaan sebenar supaya sama-sama rasa, kalau kena tindakan pun biar sama kena. kenapa disorok sangat berita yang sebenar.
sanggupkah tukar wang dengan nyawa weh.
tak terfikir juga saya, sekarang dah dihukum gantung,tidak keluar juga gambarnya.
saya nak tanya satu je.. sapa yang bayar duit guaman bagi kedua-dua tertuduh ni.
Atas dunie bole la lepaiih
Tungge le akhirat di sane
Mana mau lari Haaa,?
Tangan becakap, kaki becakap,kulit becakap,
sebagai saksi atas dirimu,
Bertobatla sblum terlambat..
dari awal perbicaraan lagi aku dah agak dua orang mamat ni yang kantoi last-last sekali walaupun aku ni tak berapa faham sangat bahasa undang-undang…si razak terlepas..macam main catur je kes ni…betul la korang komen apsal muka diaorang ni x pernah didedahkan…topeng tu pun macam tempah khas jee..nape?mungkin diarang anggota polis kot..tapi polis lain yg naik mahkamah takde pula topeng khas…..ape cerita nih???
walaupun aku sekolah tak tinggi setakat boleh baca dan kira tapi aku juga boleh fikir…apa diaorang ingat pakcik makcik kat kampung tu bodoh sangat ke tak reti nak ikuti perkembangan kes….korang nanti terima la pembalasan dari yang maha adil….dalam kubur nanti…
Pasal gambar mereka berdua ni elok lah kita rakyat malaysia dapatkan dari Musa Hassan sah dan pasti dia wajib ada , boleh disiarkan kepada umum atau tidak tanyalah Zaki kepala hakim negara tapi setahu aku berdasarkan undang negara orang yang dikenalpasti bersalah oleh mahkamah gambar mereka boleh disiarkan kepada umum.Sebarang soalan yang diperlukan elok bertanya terus kepada empunya ketua kepala polis malaysia.Bertahun lamanya polis menyiasat makamah membicarakan itu semua memakan kos belanja hamba rakyat tapi rupa orang yang dibicarakan tidak dikenali rakyat .mengenai media perdana tiada muka mereka ini tanya ketua2 pengarang mereka mungkin ada arahan yang bukan arahan di keluarkan kepada mereka.Diakhir ini yang paling mudah kita harapkan DS Rais Yatim menteri RTM 1 dan RTM 2 siarkan semua orang boleh tengok .