AWAS: Jangan Buat Laporan Polis!!! December 31, 2011
Posted by ibrahimbaba in Anwar, Kehakiman, Ketelusan, politik.trackback
Peringatan kepada para mangsa jenayah terutama jika anda dirogol atau anda diliwat
Peringatan ini adalah kepada sesiapa sahaja yang menjadi mangsa rogol atau liwat agar tidak nanti dituduh bersalah atas kesalahan QAZAF.
Tetapi jangan bimbang, ianya hanya akan dilaksanakan jika berlaku perubahan pemerintahan kerajaan negara, yakni apabila Pakatan Rakyat memerintah.
Ini yang IB rasa akan berlaku dan menjadi antara agenda utama yang bakal berubah bagi membebaskan Anwar dan menghumbankan Saiful kerana membuat laporan Anwar liwat beliau.
Pada ketika itu nanti, kenalah kita banyak berdoa agar ahli keluarga kita, sahabat handai dan orang-orang yang kita sayangi serta masyarakat umum sekalian dilindungi dari menjadi mangsa jenayah rogol atau liwat. KERANA jika ianya berlaku (nauzubillah) kita tidak boleh lagi membuat laporan polis dan hanya menerima sahaja nasib kita sebagai mangsa jenayah. Dan penjenayah bakal dianugerah sebagai imam Mahdi.
Sama-sama kita doakan agenda perubahan sebegiini tidak berlaku.
Sekian, IB
[...] Ibrahim Baba – [...]
gila dan mengarut
Setuju. memang gila dan mengarut kalau tidak benarkan orang buat laporan polis.
fitnah, fitnah, fitnah. baik berzikir dari menulis fitnah.
Apa jadi jika saudara perempuan saudara diperkosa?
Perlu dia buat laporan polis?
Atau lontarkan kata-kata yang saudara komen itu kepada dia.
Nauzubillah.