Anwar Tolak Tohmahan RPK August 14, 2008
Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.Tags: Anwar, fitnah, Rameli Musa, RPK
3 comments
Akhirnya Anwar secara rasminya (dalam blog beliau) menolak tohmahan yang dibuat oleh RPK terhadap Rameli Musa sebagai orang yang mengkonspirasikan bersama Ezam dan Nalla dalam kes liwat DSAI.
Semenjak dari lontaran fitnah pertama oleh RPK terhadap Rameli Musa, IB telah mempersoalkan kenapa Anwar tidak bersuara. Maka apabila tohmahan yang makin dahsyat yang dibuat RPK, IB tiada kaedah lain kecuali menyeru agar Anwar WAJIB menjawab dan hanya Anwar yang boleh menangkis fitnah terbaru ini. Amatlah tidak wajar dalam kita mengatakan orang lain memfitnah kita tetapi kita membiarkan fitnah yang lain yang hanya kita yang mampu membersihkannya. Syabas Anwar!
Bagi mereka yang mengenali rapat Rameli Musa, tidak akan mungkin beliau melakukan sesuatu yang boleh dikatakan sebagai mengkhianati Anwar. Bukan sahaja kerana persahabatan mereka tetapiu juga kerana keperibadian beliau yang tidak memungkinkannya.
Yang menjadi persoalan kepada IB ialah apakah sebenarnya yang RPK mahukan apabila sengaja melontarkan fitnah yang langsung tidak masuk akal sebegini? Apakah ianya suatu peras ugut? Apakah ianya suatu ”kerja barua” untuk seseorang yang sebenarnya ingin menjatuhkan Rameli atau melaga-lagakan Rameli dengan Anwar?
Inilah bahayanya fitnah memfitnah. Gejala fitnah ini adalah antara akhir zaman. Bahana fitnah amat dahsyat terhadap mangsa dan keluarganya, sahabat handai dan ianya juga merosakkan masyarakat sekalian.
Sekian, IB
Melawan Fitnah Dengan Fitnah – Langkah Silap Anwar July 7, 2008
Posted by ibrahimbaba in Anwar, UMNO, politik.Tags: Akuan bersumpah, Anwar, Bala, DSAI, fitnah, Najib, Saiful Bukhari
6 comments
Apabila Bala membuat akuan bersumpahnya membabitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya dan beberapa pendedahan “explicit” dan keji yang lain, ada yang bersorak kerana dikatakan memerangkapkan Najib dan merasakan Najib sudah tersungkur.
Tetapi apakah benar begitu?
Mungkin ada kebernarannya bahawa Najib tersepit dan terpaksa berhempas pulas menangkis tuduhan dalam akuan bersumpah tersebut. Mungkin Najib mengelabah dibuat Bala.
Namun, apakah “bala” benar-benar menimpa Najib atau ianya turut terpalit terkena Anwar? Walapun mungkin ada yang tidak bersetuju, tetapi hakikatnya “bala” akibat dari bersama Balasubramanian pada hari pendedahan akuan bersumpah itu turut dirasai oleh Anwar.
Amat tidak wajar Anwar hadir sama apabila Bala membuat pendedahan tersebut. Ianya mengaitkan dengan Anwar. Walaupun tidak, seolah-olah Anwar terlibat merancangnya. Anwar kini sama-sama terbabit dengan “penyebaran fitnah” yang belum kita tahu kesahihannya.
Apa-apa pun Anwar seharusnya lebih cekap untuk tidak membabitkan dirinya dengan serangan peribadi seperti itu kerana itulah yang terkena ke atasnya. Maka tidak wajar DSAI mengguna senjata yang sama untuk menyerang balas Najib.
Sepatutnya Anwar membuat kenyataan akhbar lain di tempat berbeza selepas Bala mendedahkannya. Dan sepatutnya Bala tidak membuat kenyataan tersebut di premis PKR.
Namun, ianya sudah terjadi. Berhempas pulaslah Anwar dan PKR untuk menidakkan kaitan mereka dengan pendedahan Bala.
Sebagai orang Islam dan pemimpin yang sudah matang, Anwar tidak sepatutnya melawan fitnah dengan fitnah.
Sekian, IB