Ketua Polis Kelantan Tunjuk Contoh Buruk April 17, 2009
Posted by ibrahimbaba in masalah sosial, polis.Tags: Kelantan, ketua polis, polis, topi keledar
11 comments
Laporan bergambar dalam Utusan Malaysia hari ini menyiarkan Ketua Polis Kelantan menunggang motorsikal berkuasa besar polis dengan pakaian baju Melayu lengkap bersongkok tanpa topi keledar.
Itu adalah satu kesalahan lalulintas dan yang lebih buruk lagi ialah menunjukkan contoh yang salah di hadapan para pelajar sekolah.
Apakah tindakan yang wajar diambil?
Sekian, IB
–

POLIS Kelantan kini berusaha mendekatkan diri dengan pelajar sekolah di negeri itu melalui Program Cakna Disiplin Sekolah 2009 untuk menangani masalah disiplin dan perlakuan jenayah.
Program itu diilhamkan berikutan kes-kes jenayah di kalangan pelajar semakin membimbangkan di negeri itu sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi sewaktu melancarkan program itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Kota Bharu semalam berkata, langkah turun padang seperti ini lebih berkesan untuk menjelaskan bahaya jenayah kepada pelajar.
Polis Pintas Bila Haluan Kereta Anwar Diubah – Bakri Zinin July 17, 2008
Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.Tags: Anwar. DSAI, Bakri Zinin, polis, tangkap
3 comments
Laporan dari Berita Harian [17 Julai 2008] ini membuktikan kecekapan pasukan polis.
Pasukan khas bertopeng polis terpaksa memintas kenderaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut di sini dan menahan Anwar ekoran tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengubah haluan kenderaannya pada saat-saat tempoh yang diberi kepadanya untuk menyerah diri kepada polis pada pukul 2 petang ini hampir berakhir.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin memberitahu, polis terpaksa membuat keputusan menahan Anwar di Bukit Segambut pada pukul 1 petang kerana polis mempunyai alasan kukuh bahawa beliau mahu mengingkari arahan hadir ke IPK sebelum pukul 2 petang ini.
“Apabila beliau tidak terus ke IPK tengah hari ini dari ibu pejabat BPR di Putrajaya, sebaliknya mengubah haluan kenderaan ke arah rumahnya, kami fikir memang beliau tidak mahu datang ke IPK,” kata Mohd. Bakri ketika dihubungi.
Mengapa IB berkata demikian? Jika benar bahawa polis menyerbu dan menahan Anwar ketika dalam perjalanan ke rumah hanya selepas mendapati kereta Anwar berubah haluan maka memang cekaplah polis kita.
Mengikut fahaman IB, pada asalnya polis mengira bahawa Anwar akan terus ke IPK KL selepas meninggalkan pejabat BPR Putrajaya. Jika begitu, maka pegawai-pegawai serta anggota mereka hanyalah perlu tunggu di IPK.
Jadi bila masakah mereka tahu Anwar mengubah haluan? Adakah Anwar sentiasa diekori? Sememangnya itulah agaknya kerja mereka.
Kedua, apabila mereka tahu bahawa Anwar menukar haluan, mereka dengan sekelip mata mengerakkan lebih 30 anggota (ada yang kata 50 orang) lengkap dengan pakaian “perang” sempat memintas kereta Anwar.
Sukar sekali untuk IB nak faham macam mana secepat itu, dikumpulkan anggota, sempat bertopeng, bersenjata lengkap, disediakan logistik kenderaan, mengejar kenderaan Anwar yang sudah tersasar dari IPK. Wah hebat sekali! Kalahlah lakonan Hollywood serta Bollywood kalau macam ini.
Kecuali segala ini sememangnya telah dirancang!
Sepatutnya, jika pun sudah tersasar dan sememangnya Anwar nak balik makan tengahari dulu ke, dan sehingga pukul 2 petang Anwar tidak kunjung tiba, apakah susahnya untuk polis ke rumahnya serta menangkapnya selepas tempoh masa yang diberi berakhir?
Bukan dulu [1998] rumah Anwar yang sedia terbuka boleh mereka pecahkan pintu untuk masuk. Itukan lebih hebat. Orang yang berkumpul di rumah Anwar beribu ramainya ketika itu. Boleh mereka tangkap tanpa sebarang masalah [kecuali mereka dah bayar balik ganti pintu itu atau belum?]
Cuma sayangnya dalam kecekapan sebegini, polis jika kerap “gagal” menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi yang lain. Kegagalan mereka menimbulkan kesangsian kepada orang ramai. Kes pembunuhan Norita terbiar begitu sahaja. Kes pembunuhan Mustakizah, polis langsung tidak pun sentuh orang yang disebut-sebut sebagai suspek hingga beliau pun kini menuruti Mustakizah. Dan banyak lagilah kalau nak dikira kes-kes yang “terlepas” seperti ini!
Sekian, IB
Astaghfirullah … July 3, 2008
Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Melayu, masalah sosial, politik.Tags: Akuan bersumpah, Altantuya, Balasubrmanian, polis, Razak Baginda
3 comments
Amat mengerunkan. Dan beristighfar panjang bila IB membaca akuan bersumpah Balasubramanian, penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda.
(Kalau nak bacalah … statutory_declaration-balasubramaniam-altantuya)
IB tidak hairan sangat dengan pendedahan bagaimana polis menutup sesetengah yang ingin mereka lindungi. Memang itu kerap kita dengar. Penyalah gunaan kuasa di kalangan pegawai dan anggota polis sudah menjadi budaya di kalangan kebanyakan mereka. Sebab itu bagi sesetengah orang yang meneliti gejala social yang berlaku – kerap kali kita dapati berlaku di kalangan anak-anak polis.
Tetapi IB AMAT TERKEJUT apabila membaca kandungan yang didedahkan oleh Bala. Terlalu “explicit” dan keji!
Jika benar apa yang diperkatakan dalam perakuan 16 muka surat itu … tidak tahu apa lagi yang ada boleh berlaku di kalangan orang-orang kenamaan kita.
Baru semalam, IB dimaklumkan peribadi dan perlakuan tidak bermoral dua orang menteri Melayu kita. Itu pun sudah menganggu fikiran IB hingga sukar untuk tidur. Perkara-perkara seperti ini amat menganggu fikiran IB kerana merenung nasib bangsa dan agama di tanah air kita nanti.
Apakah yang akan jadi pada negara, bangsa dan umat Islam kita jika dipimpin oleh mereka yang seperti ini. Apa akan jadi pada generasi berikutnya?
Astaghfirullah …
Sekian, IB
Bilakah Ancaman Nyawa Terhadap DSAI? July 2, 2008
Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar, politik.Tags: ancaman, Anwar, DSAI, nyawa, polis, Saiful, video Lingam
add a comment
Satu persoalan di kalangan mereka yang tidak mudah menerima sesuatu berita secara bulat-bulat ialah “bilakah ancaman nyawa terhadap Anwar ini timbul?”
Apakah ianya timbul setelah laporan terhadap beliau oleh Saiful dibuat – sebagai mengkaburi (smokescreen) suasana laporan tersebut? Jika benar ada kesahihannya, apakah ia hanya timbul sekarang kerana laporan Saiful – kerana mungkin DSAI bakal dihumban dalam lokap dan kemungkinan berlaku seperti malam 20 September 1998? Jadi “ancaman” nyawa yang diwar-warkan ini mungkin sebagai “tindakan preemptive” Anwar supaya Polis perlu lebih berwaspada?
Atau apakah ancaman nyawa tersebut memang sudah timbul sebelum laporan Saiful ini lagi dan ianya tiada kaitan langsung pun dengan kemungkinan Anwar bakal menerima nasib seperti mana berlaku pada malam yang malang tersebut?
Yang disebut oleh DSAI, ancaman ini telah dimaklumkan kepada beliau sebelum kes terkini lagi. Malah punca ancaman juga, difahamkan, diketahui Anwar. Katanya beberapa kenalan Anwar telahpun dimaklumkan kemungkinan ini berbulan sebelum ini lagi. Wallahu a’lam.
Apakah ancaman ini benar-benar ada? Mungkin ada kebenarannya. Jika benar, dari manakah kemungkinan punca hingga ada yang benci sangat Anwar hingga sanggup mengancam nyawa seorang insan lain? Hanya apabila seseorang merasakan Anwar bakal mengancamkan kedudukannya maka mungkinlah seseorang itu bertindak hingga sedemikian rupa.
Atau mungkinkah dalam siri pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat oleh Anwar, ada pihak-pihak tertentu terasa mengancam periuk nasi mereka. Laporan polis di Shah Alam pada 1 Julai yang dibuat Anwar mungkin juga telah diketahui bakal dibuat oleh beliau.
Atau mungkin kes penyiasatan rakaman video Lingam telah melodehkan seseorang hingga sukar untuk memaafkan Anwar dan dirasakan wajar untuk menghapuskan DSAI. Kalau dilihat nilai pasaran saham tokoh yang terlibat dalam kes tersebut agak menjunam dan bakal merudum lagi. Sememangnya Anwar mengancam periuk nasi sesetengah orang.
IB masih mencari jawapan. Namun yang pasti, peristiwa yang berlaku semenjak Sabtu lepas ini telah berjaya mengalih pandangan dan tumpuan masyarakat umum terhadap banyak lagi isu-isu yang mendesak dan amat perlu perhatian yang sewajarnya. Ancaman demi ancaman terhadap hak Melayu dan Muslim dicabar di mahkamah kita. Sayangnya tidak ramai yang benar-benar ambil peduli.
Sekian, IB