Rindu Untuk Melihat Cikgu Pa Duduk Sebelah TG Hadi June 6, 2013
Posted by ibrahimbaba in Anwar, PAS, politik.add a comment
Kenapa akhir-akhir ini hanya Cikgu Pa seorang sahaja yang duduk sebelah Anwar dalam siding-sidang media Pakatan Rakyat? Kenapa Presiden PAS tidak ada bersama dengan SUAnya?
Begitu juga dengan mana-mana temubual Presiden PAS dengan media pun tidak kelihatan Cikgu Pa sebelah Tok Guru. Rindunya IB untuk melihat semula SUA PAS berdiri atau duduk sebelah Presiden partinya.
Katanya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS yang mana ada ahli JK yang mencadangkan agar Presidennya dipecat kerana mengeluarkan watikah untuk bertanding di Kota Damansara menentang calon PR dari PSM baru-baru ini pun Cikgu Pa tidak hadir.
Malah Cikgu Pa sendiri pergi berkempen untuk Nasir dari PSM walaupun ada calon PAS untuk kawasan tersebut. Kenapa Cikgu Pa berkempen menentang calon partinya sendiri?
Khabarnya sekarang Cikgu Pa sejak beberapa bulan ini sudah cuba mengelak mana-mana majlis yang Presidennya hadir. Pelik juga apabila Setiausaha Agung parti bermasalah dengan Presiden.
Sekian, IB
Perihal novel The “I” Files dan video I-Files: Manusia Pelbagai Wajah March 3, 2013
Posted by ibrahimbaba in Anwar, conspiracy, politik.add a comment
SEMAKIN hari semakin menarik novel perisikan bertajuk The “I” Files ini.
Novel berbahasa Inggeris itu hanya boleh dibaca melalui talian di alamat https://ifilesjs.wordpress.com/. Ia mula disiarkan bab demi bab sejak tahun lalu.
Kini sudah ada 14 bab dan ia dijangka terus ditulis. Penulisnya bernama Jonathan Smith, dikatakan seorang perisik Barat yang menyimpan banyak fail-fail rahsia mengenai personaliti-personaliti tertentu di negara ini.
Jonathan dikatakan telah bertapak menjejak rahsia di negara ini sejak zaman komunis lagi dan mengumpul maklumat untuk dihantar ke negaranya sehingga tamat Perang Dingin sekitar 1980-an.
Namun selepas itu, dia dikatakan diarah pula mengikuti seorang tokoh politik Malaysia bernama Encik I”.
Oleh sebab keseluruhan kisah novel itu mengenai Anwar Ibrahim, maka saya percaya I” itu bermaksud Ibrahim. Dalam budaya Barat panggilan rasmi seseorang itu dipanggil dengan nama bapa atau surname.
Maka oleh kerana buku atas talian itu diberi nama The I” Files atau Fail-Fail I”, ia sudah pasti membawa maksud Anwar Ibrahim.
Perisikan beliau mengenai Anwar cukup teliti dan amat mendalam sekali. Ia berkisar mengenai Anwar sejak di zaman sekolahnya di MCKK, ke Universiti Malaya. Terbabit dalam pergerakan pelajar di universiti serta terbabit dalam pergerakan prodemokrasi luar negara.
Jika kita membaca The I” Files, seolah- olah kita sedang membaca novel-novel spy atau perisikan terkenal di pasaran sekarang seperti The Thirty-Nine Steps tulisan John Buchan atau yang lain-lain.
The I” Files juga mendedahkan penglibatan Anwar dalam pergerakan Ikhwanul Muslimun yang diasaskan oleh Hassan Al- Bana di Mesir sehinggalah kepada sebuah pertubuhan Islam yang berpangkalan di Virginia, Amerika Syarikat, IIIT (disebut Triple IT). Triple IT atau International Institute of Islamic Thought dikatakan adalah alat Amerika untuk menyusup ideologi Pluralisme ke dalam masyarakat Islam global.
I” Files ternyata sebuah novel fiksyen dan realiti yang hebat. Kita tidak dapat mensahihkan kebenarannya, namun banyak faktanya yang boleh diterima akal.
Kisah hubungan manis hingga ke pahit Anwar-Mahathir turut dikisahkan dalam novel itu.
Ia juga berkisar mengenai teori konspirasi Barat yang cuba menguasai Anwar untuk dijadikan ally atau pakatan atau boneka mereka. Barat mahu melihat, akhirnya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Mungkin ada logiknya kerana Malaysia adalah sebuah negara yang cukup strategik bagi Barat, terutamanya Amerika Syarikat, selepas Perang Dingin dengan Soviet Union.
Perlu diingat Perang Dingin era kini ialah AS dengan China. Malaysia mempunyai Selat Melaka yang banyak digunakan oleh China dalam mengangkut barangan dan minyak.
Di rantau ini hanya Malaysia yang belum menjadi mangsa regime changed atau ditukar regim atau dikuasai secara pakatan (ally) oleh Amerika.
Pendek kata, sesiapa yang berminat mengenai cerita-cerita spy atau perisikan boleh membaca novel online itu, secara percuma.
The I” Files dalam video YouTube?
Namun apa yang menarik mengenai novel The I” Files ini ialah dengan kemunculan video yang kelihatan mula disiarkan melalui YouTube bertajuk I-Files : Manusia Pelbagai Wajah.
Saya mengesan video itu (taip di YouTube: Anwar Ifiles) sudah berlegar di dalam YouTube selama empat hari lalu dan dengan yang terbaharu selama kurang daripada 24 jam. Ia sudah ditonton oleh beribu penonton.
Carian menunjukkan ia diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Mandarin.
Sudah ada Bab 1 (http://youtu.be/WZhtn 8jv8L8) dengan tiga bahagian yang mungkin hasil olahan semula daripada buku The I” Files tulisan Jonathan Smith itu.
Persembahannya cukup menarik seolah- oleh seperti kita sedang menonton siri CI (Crime and Investigation) di saluran Astro. Muzik latarnya juga sama seperti siri CI itu.
Kita tidak pasti siapa yang menerbitkannya, namun ia cukup menarik. Saya merasakan ia juga patut disiarkan oleh stesen- stesen televisyen tempatan.
Bab 1 I-Files : Manusia Pelbagai Wajah itu, setakat ini mewawancara seorang bekas sahabat karib Anwar, Ustaz Ismail Mina, yang bersama-sama aktif sebagai pemimpin pelajar di Universiti Malaya dan kemudian menubuhkan ABIM dan Yayasan Anda.
Ustaz Ismail kini sudah berpatah arang dengan Anwar dan bergerak dalam sebuah NGO untuk menentang kemungkaran akidah yang dikatakan dilakukan oleh bekas sahabat seperjuangannya itu.
Sebelum ini, Ismail menyatakan sokongannya yang tidak pernah luntur kepada Anwar, daripada zaman pelajar, bersama-sama menubuhkan Yayasan Anda dan ABIM hingga terlibat dalam Sekretariat Pembebasan Anwar, ketika Ketua Umum PKR itu merengkok di penjara Sungai Buloh.
Namun semuanya berubah selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2 September 2004. Setelah mendapat rawatan di Munich, Jerman, Anwar mengambil keputusan berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dengan menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins dan Georgetown di AS.
Sejak menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, AS, aliran pemikiran Islam Anwar mula berubah.
Di luar negara, Anwar sering bercakap tentang topik agama khususnya berkaitan dengan Islam dan Demokrasi”.
Salah satu ucapannya di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World”, benar-benar menyentak sahabat-sahabatnya di Malaysia.
Perbahasan secara teliti dilakukan oleh sahabat-sahabatnya berkenaan ucapan itu mendapati Anwar kini telah mendokong satu fahaman baru yang dinamakan Pluralisme Agama, iaitu menganggap semua agama adalah sama.
Mungkinkah video YouTube I-Files : Manusia Pelbagai Wajah juga akan terus disiarkan lagi seiring dengan bab-bab yang banyak terdapat dalam novel itu?
Saya melihat fenomena ini cukup menarik. Nampaknya jentera perang saraf PRU-13 sudah mula dilancarkan satu persatu.
Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya…
sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd
Cincin Berlian Rosmah Tersenarai Dalam Top-5 Termahal Di Dunia February 28, 2013
Posted by ibrahimbaba in Ketelusan, politik.add a comment
Dalam dunia ini tidak banyak cincin yang mencecah jutaan DOLLAR Amerika (USD).
Hanya ada beberapa pusat lelongan terkenal sahaja yang menjual cincin yang mahal-mahal.
Dan sebarang transaksi barangan yang mahal mencecah jutaan dollar akan memikat catatan pengumpul maklumat termasuk penjualan berlian yang berharga tinggi.
Maka apabila Rosmah Mansor ingin dikatakan memiliki cincin berlian berharga RM24 juta (lebih kurang USD8 juta) transaksi tersebut telah dirakamkan dalam senarai nilai cincin termahal di dunia. Itu sudah PASTI. Rosmah tidak boleh lari.
Maka siapa yang terperangkap dalam isu cincin RM24 juta milik Rosmah.
Perhatikan senarai di bawah ini (cincin Rosmah menjadi yang kedua termahal di dunia mengikut http://www.bornrich.com ini):
1. A rare pink diamond ring – Price: $10.8 million
An amazing pink diamond ring that is studded with five carats of diamond is the world’s most expensive diamond ring. The ring was auctioned in Hong Kong for a record $10.8 million.
2. The vivid blue diamond ring – Price: $7.9 million
Next in the most expensive list is the vivid blue diamond ring that was sold at the Sotheby’s auction. The ring weighs six carats and has a beautiful blue diamond. The diamonds are set on a platinum ring with emerald cut diamonds on both the sides of the blue diamond.
3. Oval-cut diamond ring – Price: $4.2 million
A pure white diamond ring that fetched $4.2 million at Christie’s Important Jewels sale in New York is next on the list. An oval cut diamond that weighs 46.51-carat is placed in a platinum ring and has VVS2 diamond mounted with E color clarity.
4. Elizabeth Taylor diamond ring – Price: $ 1.3 million
This platinum diamond ring is from the Elizabeth Taylor Jewelry House, Los Angeles and costs $ 1.3 million. The stunning oval diamond ring weighs 5.98 carats and is surrounded by 3.96 carats of round diamonds making a flower around it.
5. De Beers Platinum diamond ring – Price : $1.83 million
The De Beers Platinum diamond ring perfectly dazzles in nine-carat diamond stone. This beautiful piece of jewelry costs $1.83 million.
6. Novo Yellow diamond ring – Price: $1.35 million
Although this ring is last on the list, this is surely one of the most attractive pieces of ring one can have. The yellow color of the ring is what makes it different from other regular rigs. This Novo Yellow diamond ring was sold by Tiffany’s for $1.35 million. The diamond weighs 25.27 karats and is set in a yellow gold platinum ring.
ATAU, kalau menurut senarai ini (http://www.top5ives.com), cincin Rosmah menjadi juga menjadi yang kedua termahal di dunia.
Sekian, IB
Mana suara Wan Azizah? February 24, 2013
Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.add a comment
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail didesak menyatakan pendiriannya berhubung spekulasi penolakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh Majlis Syura Ulama Pas seandainya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, sikap mengunci mulut Presiden PKR itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli PKR dan seluruh rakyat Malaysia.
“Selaku Presiden PKR, kedudukan Wan Azizah dalam parti cukup besar, setanding Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Ini bukan persoalan rumahtangga, ini soal parti. Mengapa Wan Azizah takut untuk bersuara. Diam, senyap seolah-olah tidak wujud lagi.
“Kalau dia takut, dia takut pada siapa, adakah Anwar? Kenapa perlu takut Anwar, sedangkan kedudukan beliau dalam parti cukup tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran sikap Wan Azizah yang mendiamkan seribu bahasa berhubung pelbagai isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini.
Katanya, sikap Wan Azizah itu cukup menghairankan seolah-olah beliau tidak lagi berada dalam radar politik.
“Bukan isu Anwar sahaja, malah, Presiden PKR itu langsung tidak mengulas atau menyatakan pendirian dalam isu kalimah Allah, pluralisme, dakwaan skandal Shamsidar Taharin serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT),” tegasnya.
Secara sinis, Aminah berkata, sikap Wan Azizah yang tidak mempertahankan Anwar dalam spekulasi berhubung keputusan Majlis Syura itu cukup luar biasa.
“Kalau sebelum ini beliau boleh mempertahankan Anwar dengan menyatakan Anwar adalah anugerah Allah kepada rakyat Malaysia kenapa kali ini tidak membuat perkara sama kepada Majlis Syura?
“Saya secara peribadi tertunggu-tunggu kalau Wan Azizah akan mempertahankan suaminya dengan membuat kenyataan Anwar adalah manusia paling bersih di negara ini,” ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Harun Din Tempah Maut Hina Karpal February 23, 2013
Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, PAS, politik, PRU13.add a comment
BUNYINYA macam bagus sahaja “akan mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhirnya”.
Itulah kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS dan arkitek anti Pakatan Rakyat dalam parti tersebut, Datuk Harun Din kepada media semalam bagi menyanggah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh beberapa hari sebelumnya yang menyifatkan Majlis Syura Ulama PAS hanya kelompok minoriti dalam Pakatan Rakyat.
Sementara ada yang menyifatkan kenyataan itu menunjukkan ketegasan Harun Din dalam mempertahankan kalimah Allah dari digunakan dalam Bible berbahasa Melayu, penulis sendiri melihatnya sebagai cubaan terdesak untuk mempertahankan jawatan yang disandang.
Hakikatnya, semua kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS sekarang adalah datang dari kuasa politik, bukan turun begitu sahaja dari langit, Harun Din perlu ingat itu. Tanpa politik, Harun Din masih lagi pensyarah biasa di UKM, disamping menjadi perantara alam hantu/syaitan dengan alam nyata.
Karpal Singh di satu pihak lagi, bercakap tentang fakta.
Memang jika nak dibandingkan dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebagai badan tertinggi Pakatan Rakyat, Majlis Syura Ulama PAS hanyalah suara minoriti, terpakai di dalam PAS sahaja.
Perkara ini bukan baru kerana konsep sama turut diguna pakai dalam BN sejak sekian lama. Keputusan di dalam MCA umpamanya, tidak mempengaruhi dasar yang telah ditetapkan oleh BN, hanya Dewan Tertinggi BN sahaja yang boleh berbuat begitu.
Apa yang susah sangat Harun Din nak faham?
Begitu juga dengan Datuk Harun Taib yang bersama-sama Harun Din mengecam Karpal Singh dalam isu sama. Gandingan ini bukan luar biasa pada penulis. Penulis sudah lama sebut, kedua-duanya adalah ulama bangsat yang melindungi Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan begitu banyak kerosakan di dalam Pakatan Rakyat.
Entah dimana silapnya. PAS masih membiarkan mereka bertiga berlegar di dalam lingkungan parti tersebut, sebagai pemimpin atau tidak, untuk menjahanamkan persepakatan Pakatan Rakyat terutama dalam isu kalimah Allah untuk digunakan di dalam Bible bahasa Melayu ini.
Perkembangan terbaru ini tidak akan menyelesaikan masalah di dalam Pakatan Rakyat, ia boleh diibaratkan seperti menghina Karpal selaku Pengerusi DAP. Dari sudut politik, menghina Karpal, samalah seperti meletakkan tali gantung di leher sendiri kerana, berbanding dengan Karpal, kedua ulama bangsat ini tidak ada secebis jasa pun kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.
Penulis sudah ulang banyak kali, berpolitik hanyalah untuk mendapatkan kuasa semata-mata. Hanya orang bodoh seperti kedua Harun ini saja yang berpolitik untuk mencari peluang masuk ke syurga. Kalau nak masuk syurga, tak payah masuk politik, duduk bertapa di dalam surau dan masjid.
Taklah menyusahkan orang macam sekarang.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=67101
Apa Yang Anwar Janjikan Kepada Husam? December 20, 2012
Posted by ibrahimbaba in Anwar, PAS.add a comment
Kenapa Husam di antara yang galak berdiri teguh membawa agenda Anwar di dalam PAS? Kenapa Husam dilihat sebagai membawa suara Anwar di dalam PAS?
Apa rahsianya?
Husam menjadi jambatan untuk Anwar “menipu” Nik Aziz.
Anwar pernah berjanji dengan Husam untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam perjumpaan mereka di Dubai.
Memang tak masuk akal. Kenapa Husam?
Hanya Husam boleh memperakui perjumpaan dua pasang mata itu dan apa isi perbincangan dan janji Anwar. Namun, demi politik Husam pasti nafi.
Begitu juga sudah ada orang yang bertanya sendiri dengan Hadi berhubung dua perkara yang IB sebut dalam posting sebelum ini – dan Hadi nafikan.
1. Mustapha Thahan Ingatkan Hadi Pesanannya Terhadap Anwar dan
2. Syed Azman “Confirm”kan Mat Sabu Syiah
[IB masih ada rakaman kenyataan yang Hadi buat berhubung pesanan Mustapha Thahan]
Sekian, IB
Dalam PAS ada amalan syirik – Ismail Mina December 14, 2012
Posted by ibrahimbaba in Islam, PAS, politik, UMNO.Tags: akidah ahli sunnah wal jamaah, Ismail Mina, Khalid Samad, PAS, PAS syirik, syirik
2 comments
dari Antarapos:
SHAH ALAM: Ada syirik dalam PAS kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme, kata Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT), Haji Ismail Mina Ahmad.
Raja Nong Chik Sebak – Impian Penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi Tercapai December 13, 2012
Posted by ibrahimbaba in masalah sosial, politik, rumahtangga.add a comment

Dato’ Raja Nong Chik tidak dapat menahan sebak melihat rumah contoh yang bakal dimiliki penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi. Pak Aziz @ Ahmad Rahman, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi turut mengalirkan air mata gembira.
Jarang kita dapat tengok Menteri mengalirkan air mata di depan kita. Jadi, bila aku turun ke pelancaran K-Residensi, iaitu pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi, aku tergamam bila Dato’ Raja Nong Chik sebak dan mengalirkan air mata bila melihat rumah contoh yang bakal diterima penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi menggantikan flat usang tiada bilik sebelum ini.
Wajah asal Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi yang usang & uzur
Rintangan utama yang dihadapi ialah hasutan dari Nurul Izzah. Nurul Izzah berjaya menghasut segelintir penduduk untuk menolak rancangan pembangunan ini walaupun majoriti penduduk sendiri yang mengundi melalui referendum memilih pemaju. Penggunaan referendum untuk memilih pemaju adalah julung kali diadakan di Malaysia dan membuktikan Kerajaan BN prihatin kepada kemahuan rakyat.

Apartment mewah yang bakal jadi milik penduduk
Nurul Izzah menghasut segelintir penduduk untuk membuat bermacam tuntutan yang tidak masuk akal. Bayangkanlah, pemaju telah bersedia memberi apartment baru 3 bilik dengan keluasan 900 kaki persegi untuk menggantikan flat usang tiada bilik keluasan 380 kaki persegi. Anggaran harga rumah baru mereka ialah RM350,000!! Bukan murah tu!! Pemaju juga beri wang pampasan untuk perpindahan keluar dan masuk. Pemaju juga menanggung kos menyewa penduduk sepanjang projek dilaksanakan. Itu pun tak cukup lagi?
Kesian pakcik ni, kena tidur atas pangkin di luar rumah. Mana taknya, rumah takda bilik, kalau anak bini dah tidur kat dalam, mana cukup tempat tidur!
Nurul cuba berlagak kononnya dia pejuang hak penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi, padahal dia baru je tunjuk muka di situ sedangkan Dato’ Raja Nong Chik telah 25 TAHUN MEMPERJUANGKAN HAK PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI!
Kroni Azmin, Zuraidah Didakwa Miliki Kereta Mewah November 21, 2012
Posted by ibrahimbaba in Anwar, Ketelusan, politik.2 comments
diambil dari AIDC
Mustapha Thahan Ingatkan Hadi Pesanannya Terhadap Anwar November 9, 2012
Posted by ibrahimbaba in Anwar, PAS, politik.1 comment so far
Bagi mereka yang terlibat dengan gerakan harakah (bukan surat khabar Harakah PAS!), nama Shaikh Mustapha Thahan sudah pasti tidak asing bagi mereka – terutama bagi penggerak era 70an dan 80an. Walaupun nama beliau jarang kita baca dalam paparan akhbar, Mustapha Thahan adalah merupakan pemikir dan strategis Ikhwanul Muslimin satu ketika dahulu.
IB yakin ramai yang pernah mengikuti ceramah beliau dalam program tamrin dan lain-lain perjumpaan tertutup. Begitulah cara beliau bergerak dan bersemuka dengan para pendakwah.
Dalam pertemuan ringkas yang tidak dirancang di suatu pagi di sebuah hotel di Istanbul, Mustapha Thahan, dalam umur yang agak lanjut namun masih tegap bersemangat, mengingatkan kembali kepada Presiden PAS, Haji Hadi Awang akan pesanannya beberapa tahun lampau supaya berwaspada dengan Anwar Ibrahim dengan memaklumkan beberapa perkara yang MESTI Hadi berjaga-jaga dengan Anwar. Shaikh Mustapha telah mengenali Anwar semenjak penglibatan Anwar dengan gerakan dakwah di awal 70an dan mula berjinak dengan Ikhwanul Muslimin pada ketika itu.
Perjumpaan kali ini, berlangsung ketika Anwar sedang bergelut dengan kes Liwat II dengan Syaiful Bukhari. Hadi tidak mampu berkata panjang hanya sekadar mempersetujui apa yang diingatkan oleh Shaikh Mustapha akan pesanan yang telah dibuat lama dahulu kepadanya.
Dalam penceritaan Haji Hadi kepada kami bertiga, Haji Hadi diteman oleh Dr. Samsuri Mokhtar. Apabila IB bertanyakan apakah yang telah dipesan oleh Shaikh Mustapha, Hadi hanya sekadar ketawa kecil seolah-olah menggambarkan kami semua sudah maklum perkaranya. IB pada ketika itu hanya mengagak sahaja di benak fikiran sambil tersenyum dan sama-sama menambah suasana ketawa di bilik kecil hotel 3 bintang di Kuala Lumpur itu.
Sekian, IB
sila baca jugak ni: