jump to navigation

Mungkin Orang Cina Pandai Berpolitik February 24, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, PRU2008.
trackback

Apakah ada perbezaan cara orang-orang Melayu berpolitik berbanding dengan orang-orang Cina? Jika kita teliti sejarah dan “pattern” orang-orang Cina mengundi kita dapat membuat sedikit rumusan tentang cara mereka mengguna pilihanraya umum demi untuk kepentingan bangsa mereka. Kita akan dapat lihat seolah-olah ada sesuatu permainan yang bijak dalam memilih calon/parti yang bertanding.

Antara pengamatan IB ialah, orang Cina bijak memainkan isu. Mereka tahu agenda apa yang perlu mereka ketengahkan setiap kali tiba pilihanraya. Mereka tidak membuta tuli menyokong MCA/Gerakan atau DAP. Secara umum, kita dapat lihat perbezaan undi yang dipangkah semasa PRU11 dengan PRU10. Dan begitu pula dengan PRU12 kali ini, ramai yang menjangkakan orang-orang Cina akan memberi undi mereka kepada DAP untuk DUN di Pulau Pinang tetapi tetap mahukan suara mereka didengari melalui MCA/Gerakan di Parlimen.

Orang Cina bijak mengaturkan desakan setiap kali tiba pilihanraya. Mereka mengundi untuk mencapai agenda mereka. Setiap kali sebelum tiba PRU, mereka akan menghantar pelbagai tuntutan dan rungutan. Kerap kali pemimpin mereka dalam BN akan cuba menyambut dengan memberi tekanan dalam BN. Akhirnya, para pemimpin Melayu dalam BN akur dengan tuntuan orang-orang Cina. Tidak perlu IB panjangkan dengan pelbagai contoh kerana ianya amat ketara di akhir-akhir ini.

Sebagai satu contoh kecil – apakah berani orang-orang Melayu yang memimpin BN baik di KL mahupun di Melaka mengambil tindakan yang wajar lagi jelas dalam hal ladang babi yang kini telah senyap sepi? Tarikh akhir diberi beberapa kali, FRU pun dah dikerah. Apa jadi akhirnya? Anak-anak babi yang melebihi bilangannya dulu kini sudah bercicit dan berganda bilangannya. Hanya kerana selepas para pemimpin Cina mengambil serius rungutan para penternak babi, Najib terus mengalah dan mengarah FRU berundur. Langsung tidak berani lagi timbul isu itu kerana takut PRU sudah makin hampir ketika itu.

NGO-NGO Cina pandai memainkan peranan mereka. Malah NGO-NGO Cina nampak lebih digeruni oleh parti-parti yang didokongi orang Cina. Malah, isu-isu yang diketengahkan NGO mereka disambut oleh parti Cina pembangkang mahupun yang bersama Kerajaan. Maka tertekanlah para pemimpin Melayu yang gah kononnya memperjuangkan bangsa Melayu tetapi kerdil apabila digertak NGO-NGO Cina.

Sekian, IB

Comments»

1. fendi - February 26, 2008

Tahniah atas ulasan anda. Itulah hakikat perjuagan mereka. Kebanyakkan tuntutan-tuntutan mereka munasabah. Malahan amat berbahaya jika tidak ambil peduli. Ini kerana mereka menuntut wakil rakyat berkhidmat dengan mereka. Seperti juga NGO-NGO lain, objektif mereka jelas bilamana berjuang dengan isu-isu, tidak seperti Melayu yang berjuang dengan retorik, kebendaan dan nama semata-mata.
Kelemahan pula bergantung dengan keperihatinan calon-calon dengan isu-isu tersebut, mereka yakin bila ada langkah pertama penyelesaian isu, bukan menabur janji dan kata kerana kuasa politik mereka agak unik digunakan. Ini menunjukkan jati diri dan kredibiliti mereka membahas isu-isu supaya ada penyelesaian kukuh.
Perlu diingat, Cara kita berpolitik kita bukan pada isu tapi semangat yang entah dari mana datangnya…Seharusnya setiap calon menyediakan penyelesaian bukan menabur janji. Itukan Barisan Alternatif telah lama lakukan, cuma perlu diperkasakan lagi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: