jump to navigation

Iklan – Perbandingan Harga Barang Keperluan Terpilih February 26, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

IB rasa ramai sudah melihat iklan kempen BN yang membandingkan harga barang keperluan terpilih. Sekali lihat mungkin kita terpengaruh dengan perbandingan itu.

Iklan banding harga

Bila melihat cara berkempen mengguna statistik, maka IB teringat satu buku klasik yang menjadi rujukan asas kepada semua pelajar statistik ataupun bidang-bidang yang seumpamanya, iaitu “How_to_Lie_with_StatisticsDarrell Huff. Walaupun buku ini ditulis pada tahun 1954, namun apa yang disebut dalam buku kecil 142 halaman ini tetap masih relevan.

Mengguna statistik memang mampu menarik serta memukau orang untuk percaya. Namun kerap kali angka-angka itu diselewengkan untuk mengaburi serta menipu “fakta” yang dibentang.

Berbalik kepada perbandingan harga tadi, IB ingin menarik perhatian kepada perbandingan yang dibuat dengan Singapura. Dari senarai itu kita akan merasakan bahawa barang-barang di Singapura adalah yang paling mahal. Sekali tenguk atas setiap barang harga di Singapura dilihat sebagai sekali ganda berbanding di Malaysia berdasarkan harga dalam RM.

Namun apa yang sengaja tidak ditunjuk kepada kita ialah apakah gaji asas bagi orang-orang di Singapura. Sebagai rujukan bagi yang berminat untuk membuat perbandingan bolehlah rujuk url ini. Rumusannya ialah, perbandingan gaji bagi pelbagai pekerjaan di Singapura dalam dollar Singapura adalah hampir sama (malah banyak juga yang lebih tinggi dan tidak jumpa pula yang kurang) angkanya dalam RM untuk kita di Malaysia.

Jadi, apabila kita tukarkan angka gaji di Singapura kepada ringgit (tukaran 1RM= 2.30 dollar Singapura), maka kita dapati gaji mereka di Singapura adalah 2.3 kali ganda lebih dari kita di Malaysia. Dengan itu perbandingan dalam iklan BN itu satu pemalsuan fakta dan cubaan untuk menyelewengkan fahaman rakyat. Nampak macam kita murah TETAPI “dispensable income” (saya bukan pakar ekonomi tak pasti istilah yang diguna dalam bahasa Melayu – mungkin “pendapatan yang mampu untuk dibelanja”) mereka di Singapura adalah jauh lebih banyak dari kita di Malaysia.

Kenapa pula mereka tidak pula menyenaraikan untuk dibandingakan dengan harga-harga di Brunei? Mesti ada sesuatu yang tidak mahu ditonjolkan bila mereka tidak menyebutnya.

Dan jika kita lihat perbandingan per kapita Malaysia (USD5,780) dengan Singapura (USD30,084) (boleh rujuk url ini), mengguna data World Bank (2006) – menunjukkan bahawa per kapita Singapura adalah hampir 6 kali ganda lebih tinggi dari kita di Malaysia.

Itulah sebabnya buku yang saya sebut di awal tadi tetap masih relevan dan sangat digunakan oleh BN dengan mengeluarkan pelbagai “fakta” dan statistik yang boleh mengelirukan orang ramai. Dan mereka lakukan dengan sengaja untuk menipu.

Sekian, IB

Comments»

1. tisso - February 26, 2008

BN ni dah terdesak..

Mereka tak ada minda nak perbaiki keadaan cause laibility dah tak tertanggung..cause duit semua dak dikongsi2 masuk poket. jika lihat keadaan pendapatan negara meningkat, pendapatan syarikat2 di negara ini meningkat…mana pergi duit tu…

la ni ramai org nak jadi calon BN..lepas ni boleh telan semua habuan…ala setakat nak beli barang keperluan bagi mereka apa barang…. tak de maknanya…yg lebih mereka lihat camne nak buat rumah harga berjuta ringgit, camne nak beli kereta ferari ke mez ke at less BMW.. dan camne nak buat lawatan dan melancong luar negeri…kita enjoy… semua sedut duit rakyat….BN cakap tak serupa bikin…manisfasto BN malam tadi tergelak nak tgk, merayu gila2. Kalau BN memerintah…macam2 janji…yg bestnya akan terlaksana pada 2010,2011 hehehe…orang lama sure pikir ….yg sekarang macam mana…jauh tu vision BN…tergelak aku…nape tak kata terlaksana pada abad yg ke 22… šŸ™‚ senyum jeh BN ye

2. mieji - February 26, 2008

tipu org tak terpelajar boleh la…

3. mitzi - February 26, 2008

Betul apa yang ditulis kan tu, cuma soalanya kenapa tidak dibangdingkan pula tangga gaji di Malaysia dengan di indonesia. Ini masalahnya..kita sediri seolah-olah seperti puak puak BN juga. Membuat bandingan sebegitu.

Sepatutnya apa yang perlu dilakukan ialah menerangkan perkara sebenarnya apa yang berlaku dan langkah-langkah bagi mengurangkan kenaikkan harga barang.!

4. Tidak Konfius - September 7, 2012

Saya ada buat kajian lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, Giant dan 99 Speedmart. Takde kesempatan lagi untuk Carrefour. List tu belum complete. Tapi saya ada buat summary list membandingkan semua harga barang untuk lebih 20 barang dan dapat berjimat RM40 untuk 20 barang. List barang2 tu boleh download kat http://www.konfius.com
Sebenarnya list ni utk mak saya dan saya harap dapat update list ni setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja di universiti malaya.
Ini ada kempen kesedaran saya buat dlm kesibukan bekerja


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: