jump to navigation

Zam Mengesahkan Budaya UMNO March 31, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
2 comments

Maka dilaporkan hari ini bahawa Zam yang dulunya menjawat Menteri Penerangan telah menuduh Mahathir sebagai antara punca prestasi yang paling teruk dialami oleh BN baru-baru ini.

Apa yang diperkatakan oleh Zam adalah sekadar menguatkan lagi yang IB telah sebutkan bahawa menelan ludahan adalah budaya orang-orang UMNO.

Kalau dulu Zam adalah di antara orang yang paling kuat mendokong Mahathir hingga ditulisnya buku bagi membodek bosnya semasa itu.

Nazri yang dulunya sangat setia dengan Mahathir untuk hentam Anwar kerap dipetik menegur Mahathir akhir-akhir ini.

Begitu juga dengan Rafidah yang patah tumit kasut kerana menerkam untuk memujuk Mahathir yang gertak hendak letak jawatan dalam Perhimpunan UMNO berperang besar dalam isu AP yang berpanjangan berbulan lamanya.

Rafidah lawan Mahathir

Memang itulah budaya mereka orang UMNO. Mereka hanya disangjung bila ada kuasa ditangan.

Riak suasana yang sama sudah kian jelas kelihatan terhadap Pak Lah. Dalam keadaan kedudukan Pak Lah yang di hujung tanduk, sudah dapat kita lihat sesetengah mereka sudah bersiap-siap untuk mengubah ketaatan mereka.

Di kalangan pemimpin kanan kini sudah mula menyusun semula kiblat ketaatan mereka dengan mengambil kira kedudukan kepimpinan UMNO yang sedang bergolak sekarang.

Bukan itu sahaja, ada yang sudah rasa tidak selamat pun sedang bersiap untuk bertukar kapal untuk melompat ke kapal yang sedang dikemudikan oleh Anwar. Dan Anwar, dengan penuh kesedaran akan fenomena ini, wajar meneliti kebanjiran pelarian UMNO nanti tidak mewarisi budaya UMNO dalam kapalnya.

Sekian, IB

Advertisements

ADUN22 – Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka March 30, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
5 comments

Beberapa ahli professional yang menjadi kenalan rapat IB sejak beberapa tahun bertanya berhubung berakhirnya kemelut perlantikan MB di Terengganu. Mereka ini yang terlalu asyik dengan bidang keprofessionalan mereka, ramai yang tidak kisah untuk mengundi, hairan dengan tindak-tanduk ADUN22 yang hadir dalam majlis angkat sumpah MB baru Terengganu hari ini.

Kenalan IB mempersoalkan bahawa bukankah ADUN22 ini bertekad untuk memboikot majlis angkat sumpah Mat Said sebagai MB dan bermatian mahukan Idris kekal menjawat MB serta mengugut untuk meletak jawatan dari ADUN jika Mat Said jadi MB?

IB tersenyum sambil memberitahu kenalan-kenalan yang amat kurang berminat dengan politik sebelum ini bahawa itulah budaya orang UMNO. Orang UMNO akan sanggup menelan kembali ludah mereka sendiri malah sanggup juga menjilat najis ketua mereka untuk kepentingan politik peribadi mereka.

Para pemimpin UMNO tidak akan bermatian untuk kepentingan orang lain apatah lagi untuk bersungguh membela nasib orang Melayu kecuali mereka sendiri mendapat sesuatu manafaat dari usaha yang “dijuangkan” mereka itu.

Kalau sesuatu tindak-tanduk itu mengugat kedudukan mereka, tidak akan berani mereka bersuara. Lihat sahaja semasa Mahathir menjadi Presiden UMNO. Siapa yang berani menegurnya? Malah kita maklum ramai yang berkobar-kobar melaungkan sokongan kepadanya dan menghentam sesiapa sahaja yang menegur Presiden mereka.

Apabila Mahathir sudah tidak lagi berkuasa dan menegur Pak Lah – orang-orang yang sama taat setia dengan Mahathir sebelum ini menjadi musuh-musuh nombor satu Mahathir pula. Itulah budaya orang UMNO.

Begitulah kisahnya apa yang berlaku di Terengganu 2-3 minggu yang lepas. Menurut percaturan ADUN22, jika mereka tidak menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada Idris yang disokong oleh Pak Lah, dan jika Idris berjaya menjadi MB untuk penggal kedua, mereka amat takut tindakbalas Idris terhadap mereka jika tidak menyatakan sokongan kepadanya. Mereka semua kenal Idris dengan kesamsengan dan dendam kesumatnya.

Sebenarnya ramai dari ADUN22, dalam pada berlakon untuk berdiri “teguh” bersama Idris, amat mengharapkan orang lain menjadi MB (sesiapa sahaja) asalkan tidak Idris. Empat tahun di bawah pemimpin yang angkuh dan kuku besi itu mereka kerap dimalukan di depan orang, mereka tidak dapat menonjolkan bakat masing-masing kerana sentiasa diperkecilkan oleh Idris dan mereka tahu banyak mana dibolot oleh Idris yang tidak dikongsokan. Sebab itulah Mat Said berani dan yakin untuk terus melawan arus kerana beliau mendapat sokongan tidak kurang dari 11 orang ADUN yang sedia untuk menyokongnya jika tiba pada saat undi tidak percaya.

Setelah tekun mendengar penerangan IB, mereka bersetuju dan kemudian bertanya kenapa pula Mat Said menjadi pilihan Sultan? Insha Allah IB akan cuba ulas dalam posting berikutnya.

Sekian, IB

Siri Kemelut MB Terengganu:

  1. Siapa Nak Letak Jawatan?
  2. Siapa “Natang” Itu?
  3. Perlembagaan Yang Mana?
  4. Langkah Seterusnya
  5. BN Bakal Hilang Satu Lagi Negeri
  6. Zahirkan Sokong Kepada Tuanku
  7. Pak Lah Mengalah Juga Selepas Berjumpa Tuanku
  8. Berakhir Sudah
  9. Skrip Keputusan MT UMNO
  10. ADUN22 – Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka

Samy Vellu Serba Tak Mengena March 30, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik.
add a comment

Semenjak PRU2008 segala tindak-tanduk Samy Vellu sudah menjadi tidak mengena.

Sebelum ini dia amat memarahi serta mengutuk tindak-tanduk Hindraf. Akibat timbulnya Hindraf, MIC kalah teruk dalam PRU baru-baru ini. Kini, Samy Vellu gesa kerajaan untuk melepas pemimpin Hindraf yang ditahan ISA pula.

Dalam pada Samy menyelar negeri-negeri yang ditakluki oleh Barisan Rakyat/Alternatif kerana sekadar meletakkan seorang sahaja ahli exco [sepertimana telah dilakukan BN sebelum ini], Samy tidak pula menegur negeri yang dimenangi BN seperti Pahang yang tidak membariskan langsung wakil MIC dalam senarai exco.

Dalam pada itu makin ramai ahli MIC yang keluar parti untuk menyertai KeADILan dan ada yang menyertai Kelab Penyokong PAS. Terbaru, sepertimana dilaporkan dalam The Star, seramai 110 ahli MIC Kampung Jebong, Bukit Gantang, telah membubarkan cawangan mereka untuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS.

Apakah Samy mampu untuk memulihkan imej MIC dan terutamanya kedudukan/imej Samy sendiri yang paling rendah selepas pertembungan sengit dengan Pandithan dan Subramaniam sebelum ini ditambah dengan kekalahan teruk dalam PRU2008?

Sekian, IB

Kemelut MB Terengganu (9): Skrip Keputusan MT UMNO March 27, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, Terengganu.
5 comments

Bukan hasrat IB untuk meramalkan apa yang bakal diumumkan oleh MT UMNO berhubung dengan kaedah yang bakal diambil untuk mengakhiri kemelut perlantikan MB Terengganu. Tetapi hasil dari maklumat yang diberi oleh beberapa kenalan di kalangan ADUN23 ialah apa yang ingin IB kongsikan.

Sepertimana yang telah IB sebut bahawa kemelut ini berakhir jua, namun keputusannya setelah Pak Lah berjumpa Tuanku dan bagaimana keputusan itu disampaikan kepada ADUN23 pada petang semalam tidak diumumkan.

Berikut adalah apa yang MT (yang baru mula bermesyuarat setengah jam tadi) akan umumkan:

Bahawa MT telah membuat keputusan untuk menghormati keputusan yang telah dibuatkan oleh Istana dan menerima perlantikan Mat Said sebagai MB baru untuk Terengganu. Kesemua ADUN23 menyokong keputusan yang telah dibuat oleh MT dan akan menerima keputusan Istana dalam perlantikan MB. Tiada tindakan displin akan diambil terhadap Mat Said yang telah menyatakan kesetiaannya kepada parti.

Dengan MT yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan, maka:

  1. Ia menyelamatkan air muka Pak Lah. Jadi mengambarkan seolah-olah bukan Pak Lah yang terpaksa mengalah tetapi keputusan yang dibuat MT. Sebab itu tiada apa-apa komen dibuat selepas kedua-dua perjumpaan semalam.
  2. Menyelamatkan air muka ADUN23 yang sebelum ini mengugut untuk letak jawatan – jadi tidaklah perlu untuk letak jawatan kerana akur dengan keputusan MT.
  3. Menyelamatkan Terengganu dari menjadi negeri ke tujuh yang terlepas dari penguasaan BN (selepas Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan WP).
  4. Memastikan bahawa saluran kewangan melalui projek yang mereka rancangkan dapat diteruskan dengan penyusunan semula strategi mereka dengan mengambil kira peranan yang bakal diberikan kepada Mat Said [sebab yang ini ialah lebih kepada menjaminkan kedudukan kroni Pak Lah dapat berterusan].

Namun rakyat umum telah dapat menghidu tipu helah UMNO dan pemimpin mereka. Tuanku yang telah masak dengan tari silat mereka sedar dan memahami semua ini.

Yang penting sama-samalah kita berdoa semoga negeri orang-orang beriman ini dipelihara Allah.

Mat Said bukanlah calon terbaik untuk seorang MB yang mampu menjamin Terengganu dari dirosakkan. Tetapi Mat Said adalah calon terbaik untuk tujuan menjatuhkan Idris dari berkuasa. Itulah kebijaksanaan Tuanku dalam menyusun percaturan kuasa di Darul Iman.

Sekian, IB

Nota – IB mohon maaf jika andaian-andaian di atas nyata tersasar dari yang bakal diumumkan nanti. IB bukan tok nujum.

Siri Kemelut MB Terengganu:

  1. Siapa Nak Letak Jawatan?
  2. Siapa “Natang” Itu?
  3. Perlembagaan Yang Mana?
  4. Langkah Seterusnya
  5. BN Bakal Hilang Satu Lagi Negeri
  6. Zahirkan Sokong Kepada Tuanku
  7. Pak Lah Mengalah Juga Selepas Berjumpa Tuanku
  8. Berakhir Sudah
  9. Skrip Keputusan MT UMNO
  10. ADUN22 – Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka

Kemelut MB Terengganu (8) – Berakhir Sudah March 27, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, Terengganu.
1 comment so far

Akhirnya kemelut perlantikan MB Terengganu berakhir jua apabila Pak Lah berjumpa dengan Tuanku dan terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat Tuanku seperti mana yang IB laporkan semalam.

Namun rakyat semua menanti-nantikan berita hasil pertemuan tersebut. Para pemberita menantikan pengumuman dibuat selepas Pak Lah memaklumkan hasil pertemuannya dengan Tuanku kepada ADUN23 – namun semuanya pemberita yang menanti dari awal hampa. Tidak ada seorangpun dari ADUN23 yang mahu berikan apa-apa komen.

Kesemua 22 ADUN tersebut terus balik ke Terengganu kecuali Idris yang pergi “shopping” bersama isterinya di PJ.

Oleh kerana tiada hebahan dibuat berhubung keputusan yang diambil dari maka IB memetik telefon bertanya dengan kenalan yang IB jumpa di ShangriLa di Putrajaya ketika ADUN23 berjamu selera bersama penyokong mereka tengahari semalam.

Beliau mengatakan bahawa semua ADUN tidak dibenarkan membuat apa-apa kenyataan. Walapun Pak Lah telah mengaku kalah dengan Tuanku, mereka akan meletakkan keputusan untuk akur dengan pendirian Istana dan bersetuju dengan perlantikan Mat Said selepas mesyuarat MT yang akan bermesyuarat jam 3 petang nanti.

Jadi tidak nampak Pak Lah yang mengalah tetapi lebih kepada kebijaksanaan MT yang cuba menyelesaikan kemelut yang sudah berpanjangan ke minggu ketiga.

Kita tunggu apakah benar bagai dimaklumkan oleh kenalan IB tersebut (laporannya di sini).

Sekian, IB

Siri Kemelut MB Terengganu:

  1. Siapa Nak Letak Jawatan?
  2. Siapa “Natang” Itu?
  3. Perlembagaan Yang Mana?
  4. Langkah Seterusnya
  5. BN Bakal Hilang Satu Lagi Negeri
  6. Zahirkan Sokong Kepada Tuanku
  7. Pak Lah Mengalah Juga Selepas Berjumpa Tuanku
  8. Berakhir Sudah
  9. Skrip Keputusan MT UMNO
  10. ADUN22 – Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka

Kemelut MB Terengganu (7) – Pak Lah Mengalah Juga Selepas Berjumpa Tuanku March 26, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
7 comments

Ketika sedang bermesyuarat di sebuah kementerian di Putrajaya pagi tadi, pada jam 11.43 pagi, IB mendapat panggilan yang terpaksa IB jawab. Selepas memohon izin dari KSU yang mempengerusi mesyuarat tersebut IB keluar untuk menelefon balik pemanggil yang membawa berita penting itu.

Pemanggil, orang yang boleh IB katakan dari kalangan istana, memaklumkan bahawa Pak Lah baru sudah berjumpa Tuanku. Pak Lah telah mengalah dan akur dengan perlantikan Mat Said sebagai MB yang dibuat oleh Tuanku.

Alhamdulillah, semoga selesailah hendaknya kemelut yang sudah berpanjangan memasuki minggu ketiga kini.

Sebaik sahaja selesai solat zohor pada jam 2:06 ptg, IB menerima satu lagi panggilan bahawa kini puak-puak Idris sedang menjamu selera di Shangri-la Putrajaya. Oleh kerana tempatnya tidak jauh dari masjid, IB bergegas dan sempat bertemu bual dengan beberapa mereka. Jelas nampak suasana yang tegang dan tidak tenang dengan penantian untuk bertemu Pak Lah yang dijadualkan pada jam 3:00 ptg. [sayangnya IB tidak bawa kamera].
Kita tunggu reaksi mereka apabila mendapat khabar yang amat tidak disenangi mereka dari Pak Lah sendiri.

Sekian, IB

Siri Kemelut MB Terengganu:

  1. Siapa Nak Letak Jawatan?
  2. Siapa “Natang” Itu?
  3. Perlembagaan Yang Mana?
  4. Langkah Seterusnya
  5. BN Bakal Hilang Satu Lagi Negeri
  6. Zahirkan Sokong Kepada Tuanku
  7. Pak Lah Mengalah Juga Selepas Berjumpa Tuanku
  8. Berakhir Sudah
  9. Skrip Keputusan MT UMNO
  10. ADUN22 – Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka

Jelas Mat Taib Berbohong Lagi March 26, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
add a comment

Menurut laporan kebanyakan akhbar hari ini Mat Taib mengatakan ketua-ketua perhubungan negeri UMNO sebulat suara bersetuju untuk tangguhkan pemilihan pimpinan parti.

Tetapi di bawah tajuk “No need to defer Umno elections, says NS Mentri Besar” the Star melaporkan bahawa MB Negri Sembilan Mat Hassan, hari ini, tidak bersetuju untuk menundakan pemilihan pucuk pimpinan parti.

MB NS tidak setuju tunda pemilihan pemimpin UMNO

Apakah Mat Hassan sebagai MB NS bukannya ketua perhubungan NS?

Jadi bagaimana Mat Taib boleh kata semua ketua perhubungan negeri sudah “sebulat suara” bersetuju untuk tidak diadakan pemilihan parti untuk mengelakkan “malapetaka”?

Siakap Sinohong Gelama Ikan duri

Bercakap bohong lama-lama jadi menteri

Khir Toyo pun nampak tidak bersetuju dengan Mat Taib:

Khir Toyo - tunda pemilihan parti perlu maklum balas dulu

Sekian, IB

UMNO Menikus Bila Keberanian MCA/Gerakan Terserlah March 26, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
3 comments

Dengan ditolak oleh pengundi Cina terhadap calon-calon parti mereka dalam PRU2008, para pemimpin Gerakan sedang menimbang untuk mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti mereka lebih awal dari yang dirancangkan sebelum ini.

Semalam, MCA pula telah mengumumkan tarikh-tarikh untuk pemilihan pemimpin mereka di peringkat cawangan, bahagian dan pusat pada tahun ini.

Dalam pada menerima nasib yang paling buruk dengan penolakkan yang amat ketara oleh pengundi Cina terhadap kedua-dua parti kaum Cina yang memerintah, mereka tetap berani berdepan untuk melakukan pemilihan pucuk pimpinan mereka.

Mereka amat bersedia untuk melakukan perubahan untuk membina semula parti dari kekalahan mereka.

Tetapi ulasan-ulasan selepas PRU2008, Pak Lah dan kebanyakan pemimpin yang hanya menurutinya telah mengatakan UMNO sebenarnya tetap diterima oleh orang Melayu dalam PRU2008. Mereka merasakan kedudukan mereka tidak terancam dan tidak menerima nasib malang seperti MCA/Gerakan.

Peliknya semalam, Mat Taib mengatakan bahawa semua ketua perhubungan negeri “unanimous” (sebulat suara) untuk tidak mengadakan pemilihan pimpinan parti bagi “mengelakkan ‘malapetaka’ kepada politik negara”.

Wow … takut benar!!! Malapetaka kepada politik negara atau kepada nasib mereka?
Dalam pada MCA/Gerakan berani berhadapan dengan ahli untuk menentukan nasib kepimpinan parti UMNO pula menikus!

Kalaulah benar parti mereka diterima kenapa pula pemimpin mereka takut berdepan dengan ahli untuk menentukan kepimpinan mereka?

Perhatikan penipuan Mat Taib. Beliau berkata keputusan ini adalah “unanimous” dari semua negeri. Walhal dalam kenyataan yang sama beliau menyenaraikan hanya 9 negeri yang bertemu Pak Lah untuk menyatakan pendirian. 9 dari 14 bukan sebulat suara itu dikatakan sebagai sebahagian besar sahaja – masih ada yang tidak mengatakan persetujuan mereka.

Sekian, IB

Nota: Pemilihan parti UMNO sepatutnya diadakan pada November 2007. Tetapi telah ditangguh ke pertengahan tahun 2008. Kini hendak ditangguhkan lagi.

Kemelut MB Terengganu (6) – Zahirkan Sokongan Kepada Tuanku March 25, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
1 comment so far

Posting ringkas ini ialah bagi menyeru seluruh rakyat Terengganu (termasuk dari negeri lain) yang berdiri teguh serta menyokong institusi Istana dan Tuanku wajar menZAHIRkan sokongan anda dengan mengikatkan reben kuning (yellow ribbon) pada kenderaan anda [kereta, motorsikal, basikal, teksi (beca), lori, dan sebagainya].

Sila hebahkan kepada semua.

Inilah sahaja dengan secara aman dapat rakyat biasa menyatakan protes mereka terhadap keangkuhan serta kebiadaban mereka yang telah mengingkari serta menghina Tuanku.

Pihak Istana pasti gembira melihat sokongan padu rakyat Terengganu. Insha Allah.

Sekian, IB

Siri Kemelut MB Terengganu:

  1. Siapa Nak Letak Jawatan?
  2. Siapa “Natang” Itu?
  3. Perlembagaan Yang Mana?
  4. Langkah Seterusnya
  5. BN Bakal Hilang Satu Lagi Negeri
  6. Zahirkan Sokong Kepada Tuanku
  7. Pak Lah Mengalah Juga Selepas Berjumpa Tuanku
  8. Berakhir Sudah
  9. Skrip Keputusan MT UMNO
  10. ADUN22 – Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka

Kemelut MB Terengganu (5) – BN Bakal Kehilangan Satu Lagi Negeri March 25, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
2 comments

Jika sekiranya berlaku pembentukan kerajaan campuran ADUN bebas dan ADUN PAS di Terengganu nanti, maka BN akan kehilangan satu lagi negeri.

Itulah nasib yang bakal diterima Pak Lah jika dia berkeras tidak mahu menerima perlantikan MB oleh Tuanku.

Kalau dulu hanya desas-desus sahaja, kini bilangan ADUN UMNO yang bakal menyokong Mat Said sudah bertambah dari 8 ke 11 dan terbaru 13 orang dari 22 orang. Buat masa ini, mereka semua mungkin akan tetap terpaksa akur dengan paksaan Rosol/Idris dalam menyatakan bantahan mereka di atas lantikan Mat Said sehingga hari bersidangnya DUN.

Jika tekanan dan paksaan itu berterusan, dan jika mereka masih tidak berani menyuarakan taat setia kepada perlantikan oleh Tuanku, mereka sama-sama hanya akan memberi sokongan kepada MB apabila undi tidak percaya diusulkan pada hari pertama sidang DUN nanti. Dan BN akan gagal dalam usul mereka.

Tetapi jika mereka berani untuk keluar dari sekatan dan paksaan pimpinan UMNO sebelum sidang DUN dan bersedia dengan menghadapi risiko dipecat parti maka BN akan berkemungkinan besar kehilangan satu lagi negeri yang diperintah mereka.

Dengan Terengganu bakal tidak diperintah oleh BN maka bilangannya akan menjadi sama banyak negeri yang ditakluki pakatan Alternatif/Rakyat [Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP, Terengganu] dan yang masih di bawah BN. 7-7.

Mengambil konsep teori domino, maka bakal ada beberapa orang ahli Parlimen dari Terengganu yang akan turut menyatakan sokongan mereka terhadap pilihan Tuanku dan secara langsung mengurang lagi majoriti BN di Parlimen.

Dengan bakal peralihan ahli Parlimen yang ramai dari Sabah dan Sarawak yang menanti masa dan ketikanya serta tidak kurang dari 12 orang ahli Parlimen UMNO yang turut ingin menyertai gelombang Anwar, maka kemelut perlantikan MB di Terengganu bakal menjadi pencetus perubahan kuasa bukan sahaja di Terengganu tetapi juga di Parlimen Malaysia.

Momentum yang ada sekarang amat digeruni Pak Lah. Reaksi Najib terhadap apa yang kini berlaku akan IB ulas dalam posting lain – sedang menunggu satu dua pengesahan dari orang rapat dengan Najib.

Sekian, IB

Siri Kemelut MB Terengganu:

  1. Siapa Nak Letak Jawatan?
  2. Siapa “Natang” Itu?
  3. Perlembagaan Yang Mana?
  4. Langkah Seterusnya
  5. BN Bakal Hilang Satu Lagi Negeri
  6. Zahirkan Sokong Kepada Tuanku
  7. Pak Lah Mengalah Juga Selepas Berjumpa Tuanku
  8. Berakhir Sudah
  9. Skrip Keputusan MT UMNO
  10. ADUN22 – Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka