jump to navigation

Anwar Tak Relevan – Tapi BN/UMNO Berhempas Pulas March 5, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Sudah beberapa tahun, laungan Anwar tidak relevan dimainkan oleh para pemimpin UMNO dan termasuk juga para pimpinan pelbagai parti lain dalam BN. Kadang-kadang terdengar dengan berapi-api mereka melaungkan bahawa Anwar sudah tidak relevan lagi.

Hairan pula IB, jika sesuatu benda atau personaliti sudah tidak lagi relevan, maka tidaklah perlu disebut-sebut lagi. Itulah logiknya. Tak relevan maka tidak lagi penting dan tidak lagi perlu disebut-sebut. Jika relevan dan penting diambilkira, maka kita akan selalu sebut-sebutkan.

Anehnya, kini, setiap hari beberapa pemimpin UMNO/BN terpaksa mengambilkira kepentingan yang ada pada nama Anwar Ibrahim ini.

Baik dari Pak Lah, Najib, Hishamudin, Keng Yaik, Ka Ting, Samy, Rafidah dan ramai lagi lah … tak perlulah pula nak beri publisiti menyebut nama-nama ini (termasuk juga Chandra yang sentiasa tidak puas hati dengan kelemahannya sendiri) – semuanya menyuarakan sesuatu bagi mempersoal, menjawab, menuduh, memfitnah, melaga-lagakan serta memburuk-burukkan Anwar.

IB turut tertarik dengan satu emel yang bertajuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim irrelevant? yang turut disiarkan dalam beberapa laman lain. Penulis asal emel tersebut berubah pendirian dari menyokong BN kepada menyokong Anwar. Ini kerana beliau asyik disogokkan laungan melampau bahawa Anwar tidak relevan dan telah membuatkan beliau mencari jawapan sebenar hingga akurnya bahawa Anwar sebenarnya masih relevan terutamanya dalam PRU2008 ini.

  • Apakah dirasakan isu-isu yang dibawa Anwar begitu panas dan amat perlu dijawab? Itulah maknanya masih relevan.
  • Apakah kerana risau melihat ribuan manusia sentiasa menanti untuk mendengar ceramah Anwar di seluruh pelusuk tanah air? Itulah maknanya masih relevan.
  • Apakah terlalu ramai pemimpin yang terkena dengan pembongkaran demi pembongkaran yang dilodehkan oleh Anwar hingga gusar untuk mereka duduk diam? Itulah maknanya masih relevan.
  • Apakah ada kebenaran dalam hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Anwar hinggakan terpaksa dijawab? Itulah maknanya masih relevan.
  • Apakah akan mengoncangkan peluang untuk BN menang dalam PRU ini hinggakan Anwar mesti dijadi mangsa utama untuk ditembak oleh keseluruhan jentera parti dan kerajaan serta para pemimpinnya? Itulah maknanya Anwar masih relevan.

Maknanya, ANWAR MASIH RELEVAN dan kini menjadi suatu “euphoria” dan pengharapan di kalangan pengundi, yang sudah letih dan mual dengan janji-janji manis pilihanraya, menjelang detik cemas BN 8 Mac 2008.

Sekian, IB

Comments»

1. JOHARI - March 5, 2008

DSAI MASIH RELEVANLAH TU..

2. LeeZ - March 6, 2008

Kannn… tetap taknak mengaku relevan sebab nak sedapkan hati sendiri dan penyokong2 umno/bn tu!!!!

3. Cindian - March 6, 2008

Anwar memang TIDAK RELEVAN sekiranya beliau masih bersama Barisan Nasional. Anwar memang TIDAK RELEVAN apabila terpaksa mengikut jejak pemimpin BN-UMNO dahulu. Anwar memang TIDAK RELEVAN kenara banyak mengetahui rahsia dan maklumat sulit pemimpin BN-Umno. Anwar TIDAK RELEVAN hanya kepada mereka yang hilang arah dan kehabisan modal untuk mendapat publisiti dan liputan media.

Tetapi,

Anwar masih RELEVAN apabila suara beliau didengar dan dikongsi pemimpin dunia berbanding pemimpin kerajaan yang kebanyakannya hanya mampu bohong dan goyang bila berdepan dengan masalah.

Sekiranya Anwar tidak RELEVAN, tidak mungkin beliau menjadi RELAWAN yang menerima tuduhan dan kritikan seperti Pro-Hindu berbanding pemimpin kerajaan yang sepatutnya mejadi Pro-Hindu yang kini tidak punya kesempatan untuk berjumpa dan berucap di kalangan kaumnya sendiri.

Pemimpin yang RELEVEN adalah pemimpin yang mampu menyelesaikan masalah semua rakyat tanpa menggira kaum dan agama.

Pemimpin yang RELEVEN adalah pemimpin yang mampu menstabilkan keadaan negara tanpa melibatkan kekerasan mahupun kezaliman.

Pemimpin yang RELEVEN adalah pemimpin yang mampu berfikiran terbuka dan membekalkan keputusan dan idea yang bernas dan mantap sehingga boleh membuatkan semua lapisan rakyat mula berfikir dan tampil menerimanya dengan semangat muhibbah.

Pemimpin yang RELEVEN adalah pemimpin yang mengutamakan negara dan rakyat sebelum berfikir untuk anak bini mahupun anak menantu.

Sesungguhnya saya yakin dan pasti DSAI adalah RELEVAN walaupun ada kritikan dari pemimpin yang sebenarnya tidak RELEVEN yang cuba merelevenkan ketidakmerelevenan mereka terhadap isu RELEVEN.

Sekian,

Cindian


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: