jump to navigation

Najib – Jangan terikut-ikut sentimen tukar kerajaan March 5, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Utusan hari ini melaporkan Najib menasihatkan para pengundi agar jangan terikut dengan sentimen untuk tukar kerajaan.

Amat wajar sekali para pengundi di Kelantan dan terutamanya para penyokong UMNO mendengar nasihat pemimpin no. 2 mereka itu.

Dipetik:

‘Kerajaan kini ditadbir dengan baik. Jadi kenapa nak ubah hanya semata-mata mahu berubah. Pada saya, kalau kita nak ubah mestilah kepada yang lebih baik.”

najib-jangan-ikut-ubah-kerajaan.jpg

Wahai pengundi di Darul Naim, kekalkanlah PAS memerintah Kelantan demi kesejahteraan umat. Jangalah nanti kita disoal oleh anak-cucu kita kerana bersubahat merosakkan akhlak generasi terkemudian akibat kita memilih kepentingan material yang hanya nampak enak di dunia ini.

Apa jawapan yang hendak kita berikan apabila umat Islam di Serambi Mekkah nanti menjadi serambi maksiat. Tidak payah pergi jauh. Lihat sahaja suasana di Kelantan sendiri sudah mencukupi. Lihat sahaja apabila program-program anjuran BN/UMNO, hatta dalam pada bertemakan Perkampungan Hadhari pun di selitkan dengan pelbagai program yang bermaksiat.

Kalau nak lihat jauh sedikit, jenguklah ke Terengganu yang dulu terkenal sebagai negeri yang beriman. Semenjak menjadi negeri yang berbestari, keimanan umat Islam di Terengganu makin terhakis. Maksiat makin membara ditakuti nanti disambar pula api-api neraka.

Di Terengganu kini, pembaziran melata. Pembangunan material mungkin kelihatan – tetapi rakyat jelata jauh merasa. Semasa PAS memerintah, rakyat dimewahkan dengan wang ehsan untuk memancing budi. Sesudah undi diperolehi rakyat tidak lagi dipandang. Hanya seminggu dua inilah pula sibuk menabur janji dan pelbagai wang untuk menagih undi sekali lagi.

Kalau Kelantan sudah ditadbir dengan sifar pembazirannya, sifar rasuahnya dan sifar pengalakan maksiat – bukankah itu sudah dikira ditadbir dengan baik sepertimana yang disebut oleh Najib. Apakah perlu terikut-ikut untuk tukar kerajaan?

Sekian, IB

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: