jump to navigation

Keluar Masuk Keluar Masuk – Musim Pilihanraya March 6, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Menjadi adat dan resam di musim demam pilihanraya, akan ada pelbagai perisytiharan keluar parti dan masuk parti lain. Tidak kira sebelah mana bertukarnya parti seseorang itu, namun ia memang pasti berlaku di merata kawasan bila saat tiba musim segala jentera parti sibuk berkempen.

Baik di peringkat bawahan, mahu pun di peringkat pemimpin bahagian atau negeri, peristiwa dan majlis sesal menyesal dan membakar jambatan ini cuba dihebahkan bagi mempengaruhi pengundi dan juga sebagai suatu peperangan psikologi yang berkesan dan mampu melemahkan semangat lawan.

Namun, biasanya kita akan dengar dalam media perdana, bahawa pemimpin dan ahli parti PAS, Keadilan dan DAP sahaja yang keluar parti. Mereka tidak akan menghebahkan apabila mana-mana ahli atau pemimpin parti dari BN bertindak sedemikian. Walaupun yang keluar parti itu orang-orang kuat dan berpengaruh.

Sebagai contoh, baru-baru ini, seorang bekas exco dari Gerakan dan seorang lagi exco dari UMNO keluar parti bagi menyertai Keadilan dan PAS di Kedah. Ianya langsung tidak disebut dan sememangnya ramai yang tidak ketahui.

Ada pula ketika yang dulu keluar parti kini kembali ke pangkuan asal – itu pun biasa juga berlaku di musim pilihanraya.

Begitu juga kebiasannya dalam laporan media perdana, ianya sentiasa berat sebelah seperti mana yang berlaku hampir 10 tahun lalu apabila kumpulan serpihan PAS di Besut “meninggalkan” PAS diheboh berulang kali dalam semua media. Kini kumpulan pimpinan Ustaz Latif itu sudah pun kembali ke pangkuan asalnya PAS, mereka tidak pula mendapat publisiti.

Kini Ustaz Latiff sudah meninggalkan UMNO kembali ke pangkuan PAS

Tetapi yang paling aneh, dan rasanya belum pernah berlaku, ialah situasi di mana seorang itu keluar PAS dan masuk UMNO tapi sudah menjadi ahli UMNO yang sah (bukan keluar masuk – tetapi dua kali masuk).

Pada 9 Feb 2008, satu majlis yang turut dihadiri oleh Deris Jusoh untuk menerima Zakaria Ali, abang kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu Mustafa Ali, untuk masuk UMNO. Masalahnya ialah, suatu majlis yang sama telah pun dilakukan di hadapan Wan Mukhtar sebelum PRU1999 dulu. Zakaria Ali yang sama juga. Malah Zakaria mempunyai nombor keahlian UMNO:

Keahlian UMNO Zakaria ahli yang baru nak masuk UMNO?

Tidaklah diketahui siapa yang tipu siapa dan siapa yang tertipu.

Zakaria Ali pernah dalam suasana yang hampir gemilang juga, hampir sepuluh tahun lalu pernah istihar tinggal PAS dan masuk UMNO. Dan belum sempat pun dia bertaubat untuk keluar UMNO masuk PAS kini dia ucap selamat tinggal PAS untuk kali kedua. Aneh.

Zakaria Ali masuk UMNO sekali lagi?

Samada Zakaria ini sangat hebat dan cerdik hingga dapat tipu MB Terengganu dan lain-lain pemimpin UMNO negeri atau UMNO memang ketandusan hingga terpaksa melakonkan publisiti yang sama untuk menipu rakyat sekiranya benar apa yang Mahathir pernah kata bahawa “Melayu Mudah Lupa”. Atau, jika Zakaria tidak cerdik, maka lagi teruklah oleh yang ditipu oleh seorang yang kurang cerdik.

Sekian, IB

Comments»

1. UMNO Tidak Sedar Ahlinya Sudah Meninggalkan Parti UMNO « Ibrahimbaba’s Weblog - March 7, 2008

[…] maklumat keahlian mereka. UMNO tidak sedar bahawa ahli-ahli mereka sudah meninggalkan UMNO. Kerana sibuk menyiarkan ahlinya yang masuk UMNO kali kedua, mereka tidak sedar ramai yang sudah meninggalkan parti […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: