jump to navigation

BN Takut Dengan Sambutan Luar Jangkaan Di Beberapa Negeri March 7, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Kalau dulu, sukar untuk kita menjangkakan percaturan kempen politik Mahathir. Dia tidak banyak berkempen di tempat sendiri. Bila pilihanraya, dia akan melawat seluruh negara.

Tetapi kali ini, awal-awal lagi, Pak Lah sudah mengatakan bahawa dia akan hanya tumpu kepada tempat-tempat yang dibimbanginya sengit sahaja. Awal-awal lagi dia mengatakan negeri seperti Johor dan seumpamanya tidak perlu beliau berkempen kerana tempat-tempat itu sudah menjadi kawasan tradisi mereka.

Apakah benar tempat-tempat seperti Johor adalah 100% selamat? Jika diukur dari sambutan ceramah-ceramah dan kempen terutama sambutan kepada majlis-majlis Anwar Ibrahim, ternyata laporan risik mengusarkan mereka.

Dan bagi negeri-negeri yang menjadi tumpuan mereka pula, kita sudah boleh agak negeri-negeri tersebut kerana kita sudah maklum kekerapan Pak Lah dan Najib berkempen di Kelantan dan Terengganu. Belum pernah berlaku, Mahathir akan menumpukan sesuatu temapt beberapa kali serta dituruti juga oleh timbalan-timbalannya (termasuk DSAI dulu).

Kita juga boleh jangkakan Kedah dan Perak turut tersenarai dalam negeri yang mendapat amaran dari bahagian risik mereka.

Malah yang menjadi paling musykil pada kali ini, sepertimana yang jarang berlaku sebelum ini, kita dapati penumpuan Pak Lah dan Najib yang bersungguh untuk di kawasan mereka sendiri dan di negeri-negeri mereka. Sebagai tokoh utama parti, nampak sangat mereka terlalu bimbang dengan kawasan yang mereka sendiri tandingi.

Tidak kurang dari 5 hari Najib berkampung di kawasannya sendiri. Pak Lah turut berkampung di Kepala Batas dan beberapa kawasan di Pulau Pinang lebih 5 hari. Apakah ini bermakna bahawa mereka amat risau dengan kedudukan mereka dalam pilihanraya kali ini? Perlu diingat, antara Pak Lah dan Najib, masing-masing ada percaturan mereka. Siku menyiku sesama mereka. Dalam gelak ketawa dan gurauan mereka itu kadang-kadang merupkan “smash” tajam sesama mereka. Bukan untuk sekadar menang, tetapi ada sesuatu pertandingan sengit di antara mereka berdua bagi mementukan “survival” mereka dalam kepimpinan UMNO.

Satu-satunya tempat yang amat istimewa dan mendapat tumpuan khas bagi mereka berdua ialah Lembah Pantai. Samada desakan dan pujukan Jeanne memaksa Pak Lah berkempen untuk Shahrizat atau agenda menghapuskan sebarang kemungkinan untukNurul Izzah memang mesti dipastikan. Malam tadi, giliran Najib pula membantu Shahrizat di Lembah Pantai.

Secara kebetulan pula, di waktu yang hampir sama dengan bersempadankan Lebuhraya Persekutuan sahaja, Najib berkempen di sebelah Bangsar manakala Anwar berkempen di Kg Limau sebelah Angkasapuri. Jumlah kehadiran jauh sekali berbeza. Suasana lenggang untuk pergi mendengar kempen Najib. Sebagai TPM, Najib gagal menarik hadirin walapun digunakan artis-artis untuk menarik muda-mudi untuk datang sebelum Najib tiba (untuk program Pak Lah digunakan Mawi – pun gagal menarik hadirin).

Untuk ke majlis Anwar, jalan sudah sesak hampir 3 km sebelum PPRT itu. Segala ceruk yang memungkinkan untuk letak kenderaan sudah diisi, walapun Anwar belum sampai dan masih memenuhi program di Kg. Baru sambil disambut dengan hujan. Terdapat pelbagai peringkat umur dan bangsa yang bersungguh untuk hadir berjalan kaki bersama IB setelah kereta sudah tidak dapat lagi masuk ke kawasan tersebut.

Begitulah bimbangnya BN apabila melihat sambutan kepada barisan yang melawan BN benar-benar di luar jangkaan mereka.

Sekian, IB.

Comments»

1. Mawar - March 7, 2008

Assalamualaikum tuan Ibrahimbaba

Untuk makluman pihak tuan, artikel ini saya letak di http://www.pru12.pas.org.my/


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: