jump to navigation

Kenapa BN Mahu Sangat Rampas Kelantan March 7, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Ini IB perolehi dari emel sekadar berkongsi dengan pembaca sekalian. Artikel asal yang diterima tidak dinyatakan siapa penulisnya.

Sekian, IB.

***************

Kenapa BN Mahu Sangat Rampas Kelantan

March 6, 2008

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000). Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut:
  • Blok A18
  • Blok B17 & C19
  • PM3
  • Sub-Blok Ular
  • PM301 & PM302
  • PM303
  • PM311 & 312
Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.
APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN
Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

Jarak lokasi BlokA18 dari beberapa bandar utama

  • Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
  • Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
  • Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla. [lihat peta di atas]
  • Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.
Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.
  • Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
  • PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.
PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN
  • Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
  • Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
  • Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
  • Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008
Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.
BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN
Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI [lihat peta di bawah untuk mengetahui kawasan simpanan minyak di perairan Kelantan] ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion).
Kedudukan kawasan yang mempunyai simpanan minyak di perairan Kelantan
Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.
ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN
  • PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
  • Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.
  • Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
  • Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.
  • Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
  • Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
  • Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Comments»

1. apih - March 7, 2008

er gas asli je ke yg byk…minyak bkn ke byk jugak…dgr kate leh tampung utk kegunaan 100 tahun utk msia….

2. wan - March 9, 2008

alhamdulillah rakyat masih mahukan PAS memerintah Kelantan

3. WanSinga - March 9, 2008

Alhamdulillah. Rakyat Malaysia yang berbeza kulit kini bersatu menentang kerajaan yang sombong dan angkuh.

Isu minyak ini sudah dikenalpasti dan akan dikupas selanjutnya dalam masa terdekat ini.

4. Tahniah Rakyat Malaysia at irwandy.com | wired shutter - March 9, 2008

[…] boleh menanggung seluruh rakyat Kelantan selama 500 tahun! Untuk maklumat selanjutnya, sila baca di SINI.  Begitu kayanya tanah Kelantan dengan bahan galian yang sangat penting pada masa kini. Tidak […]

5. Kai Hui - March 9, 2008

Walaupun aku tidak berumah di Kelantan, aku memang berpendapat bahawa semua hasil semulajadi yang berdekatan dengan sesebuah negeri patut dinikmati oleh rakayt negeri tersebut. Oleh itu, aku memnag menyokong inisiatif kerajaan PAS di Kelantan untuk menuntut dan mempertahankan royalti gas asli itu.

6. mizi - March 10, 2008

assalamuliakum,saya doakan agar rakyat kelantan sentiasa memberi sokongan pada tuan guru.saya kagum kerana kelantan mempunyai menteri besar yang sangat adil.semoga islam akan subur selamanya.wassalam……

7. ZaiCF - March 10, 2008

Dear RPK,

Millions thanks to you for your information on this matters and Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana masih melindungi dan sayang kepada rakyat Kelantan daripada di perbodohkanoleh Pemerintah BN yang rakus dan tamak. Really, without you and your infomations given as a kelantanese I know nothing about it.

Once again millions thank to you for your kerja keras membantu Barisan Rakyat. May Allah SWT membalas jasa-jasa mu RPK.

8. ZUL - March 10, 2008

HARGA MINYAK DI KELANTAN BERBEZA KE DENGAN HARGA MINYAK DI NEGERI2 LAIN?. PEMBANGUNAN DI KELANTAN KURANG MENGAPA? KENAPA X SEIMBANGKAN PEMBANGUNAN DENGAN AGAMA…. NAK JADI PEMIMPIN DAN PEMERINTAH BIALAH NAMPAK KEDUA DUANYA, BARU SAYA AKAN MEMENGKAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA. NEXT VOTES SAYA AKAN MENDAFTAR. TERIMA KASIH.

9. kilong - March 10, 2008

jangan jadi macam swk…asyik cahaya mata taib je yg monopoli..

10. aku_83 - March 10, 2008

hmm… pasal yang ini aku susah nak komen.. berita2 web ini ada yang palsu ada yang betul. tapi kalu betul bawak la ke parlimen nanti. bahas kan dan kemukakan bukti😉

amnya rakyat kelantan ada hak sebagaimana rakyat terengganu dapat jikalau benar apa yang di war-warkan ini.

ada pun demikian, saya agak pelik kenapa orang yang mendedahkan berita ini memberitahu “nilai” simpanan ini kerana setahu saya (memandangkan saya mempunyai pengetahuan ekonomi) tidak sepatutnya diperjelaskan jumlah ini di dalam web. bagitau sajalah mempunyai jumlah “minyak yg bnyk”. Ini kerana, seandainya kita memberitau jumlah rizab minyak malaysia, akan jatuh la harga minyak kita di pasaran antarabangsa.

11. Abgruff - March 10, 2008

Gas is increasingly becoming the fuel of choice for many countries.Because it is a cleaner fuel than oil or coal and not as controversial as nuclear power. Alhamdulillah.

12. Abgruff - March 11, 2008

Gas. Sebab gas lah Kelantan sangat penting kepada BN; dan Songkhla, Pattani, Satun, Narathiwat dan Yala sangat penting untuk Kerajaan Thai.

13. ..:: Asakura ::.. - March 11, 2008

[…] kredit to Malaysia Today & Ibrahimbaba’s Weblog […]

14. Gaman - March 11, 2008

En. IB, bagaimana dengan minyak atau gas asli di kawasan Sabah, boleh tak bagi info tentang penemuan carigali di situ. Terima kasih.

Gaman, KK, Sabah.

15. AyAres151 - March 17, 2008

kawe sokong menarrrr… kelik wat kerijo kelate lah…

16. kalawa - November 18, 2009

pakat semaye hajat semoga Allah melimpahkan rezeki pada kelate serambi mekah di perintah Ulama, rakyat sobar lagi berani, bersatu hati yg berkat.. sudah sah minyak ada tunggu royalti je… kata nak bagi wang ehsan tu kira sedekah pastu masuk mahkamah dapat royalti pulak berganda lah rezeki rakyat kelate insyaalah amiiiin.

17. yie - January 23, 2011

aaa….mari semua rakyat kelate, mari balek kita pakat majukan negeri kelate. mana2 bijak pandai tu mari balek, kalu tok se balek pun tak apa, asalkan hantar modal balek …..

18. ehem - April 26, 2011

sahih ke maklumat ni? reserve gas asli terbesar di dunia kat Qatar, 25.8 trillion. negara dengan reserve terbesar pula russia, 47.6 trillion.

19. full-throttle - October 7, 2012

jangan ganggu hasil bumi kami untuk kepentingan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: