jump to navigation

Tidak Boleh Disamakan Dengan 1969 March 8, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

IB menulis “entry” ini dengan andaian keputusan kali ini memihak kepada pembangkang berdasarkan laporan-laporan yang diterima bahawa BN mungkin menghadapi cabaran yang paling getir dalam sejarah pemerintahan mereka.

Setakat ini, kebanyakan laporan mengatakan bahawa pembangkang sedang mendahului di semua kerusi panas.

Apa yang IB ingin ketengahkan ialah jika suasana pembangkang bakal menang, suasananya tidak boleh disamakan dengan 13 Mei 1969.

Apa yang berlaku hampir 40 tahun lalu jauh beza dengan apa yang berlaku sekarang.

Jika dulu dilihat pembangkang itu sebagai tentangan dari kaum Cina yang bertembung dengan kaum Melayu, yakni pertembungan menang kalah di atas batasan kaum.

Tetapi kali ini, kesemua bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dilihat sepakat dalam satu barisan yang agak sepadu bersama bangkit menentang BN. Maka jika BN kalah teruk di kebanyakan tempat, IB yakin bahawa peristiwa yang berlaku pada tahun 1969 tidak mungkin berulang.

Ini adalah manifestasi dari pelbagai kaum sepakat bangkit menentang keangkuhan pelbagai bangsa dalam pakatan BN.

Maka tidak wajar jika ada pihak yang cuba mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam rusuhan perkauman dulu.

Sekian, IB [7.45 petang]

Tambahan:

Pelbagai ulasan selari dalam TV3 dan RTM amat ketara telah cuba mengaitkan tindakan rakyat untuk menolak BN seolah-olah menolak UMNO/Melayu. Kerana UMNO adalah dikatakan satu-satunya parti memperjuangkan Melayu walhal PAS dan Keadilan tidak memperjuangkan Melayu.

Ini adalah unsur-unsur yang IB sebut di atas bahawa jangan ada mereka yang cuba hendak kaitkan dengan peristiwa 1969. Menjadi sukar untuk mereka menerima penolakan menyeluruh rakyat terhadap BN adalah penolakan semua bangsa dan kaum terhadap semua bangsa dan kaum dalam BN.

Sayugia diingat agar jangan ada yang cuba mengambil kesempatan. IB mengingatkan semua agar berwaspada jika ada provokasi yang wajar dielakkan.

[1.15am 9 Mac 2008]

Comments»

1. Post-PRU12 Analysis | Kakiblog.com - March 12, 2008

[…] Tidak Boleh Disamakan Dengan 1969 […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: