jump to navigation

Ingatlah Kita Kepada Fath ul Makkah March 12, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Apabila kemenangan dikecapi kita merayakan bagaikan lupa siapa yang memungkinkan kita menang. Kemenangan yang dikecapi ini hanyalah kecil. Sekadar mampu memerintah beberapa buah negeri serta memberi impak dan tekanan di peringkat Persekutuan, kita masih jauh untuk benar-benar merasai kemenangan yang sebenar.

Dalam menyahut kemenangan, kita diajar melalui peristiwa Fath ul Makkah, dengan Allah Azzawajalla telah mengingatkan kita melalui Surah An Nasr;

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Rabbmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

Kadangkala IB terasa agak risau melihat pelbagai komentar yang dibuat rakan-rakan, yang mungkin rasa teramat gembira hasil dari kerja bersungguh masing-masing, melakarkan perasaan hati tetapi tidak mengambil iktibar dari peristiwa yang tercatat dalam al-Qur’an.

Kadang-kadang kita terikut dengan budaya mereka yang tidak bercirikan ajaran Rasulullah S.A.W. seperti bersikap “padan muka”, herdik-mengherdik mereka yang tewas, bersorak melampau, melepas geram terhadap lawan, merasa angkuh dan sebagainya. Ini semua dapat kita baca dari kiriman dan komentar yang dibuat oleh rakan-rakan sekelian dalam meluahkan saat kegembiraan mereka.

Kita lupa ingatan Allah untuk kita bertasbih serta mengucap syukur kepada Allah yang telah memungkinkan kita dengan kemenangan ini.

Sekadar mengingati diri saya sendiri serta rakan-rakan sekalian.

Sekian, IB

Comments»

1. NeenaUmi - March 14, 2008

Assalamualaikum,

Saudara Ibrahim,

Secara kebetulan, saya juga terfikir perkara yang sama seperti ini lalu memasukkan entri mengenai ini di blog saya dan diberi tajuk..

“Kehalusan budi dan seni menyantuni..”

Sama-sama kita berdoa semoga Allah berikan petunjuk seterusnya dan mempermudahkan segala urusan selanjutnya..Amin.

Wasalam.

Dr. Umi Kalthum Ngah
USM Kampus Kejuruteraan

2. abang morshidi anuar - March 14, 2008

Berbanyak terima kasih IB atas peringatan ini. Memang manusia mudah lupa. Saya berdoa mudahan2 Allah ganjarkan pahala kepada umatnya yang mengingati kata2 Allah.

Takbir ! Takbir ! Takbir !

3. Mahathir Mahukan Kredit Bila Kerajaan BN « Ibrahimbaba’s Weblog - May 20, 2008

[…] bahawa itu adalah sumbangannya. Dia akan mengatakan bahawa keluarnya pemimpin dan wakil rakyat UMNO secara berbondong-bondong kerana mengikuti langkah dan saranannya – bukan kerana kepimpinan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: