jump to navigation

Pelbagai Kemungkinan Dari Kecairan Politik March 13, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Suasana politik di Tanah Air kita selepas PRU2008 amat cair (fluid). Kecairan ini bererti suasananya mudah berubah dan mengalir ke mana-mana arah yang memungkinkan ianya menghala. Kecairan ini juga memungkinkan pergerakkan yang cepat dengan sekelip mata.

Kemenangan dengan majoriti mudah BN tidak menjamin kekekalan pemerintahannya hingga ke PRU yang berikutnya. Dalam masa yang terdekat sahaja BN mungkin terpaksa menyerahkan kuasa memerintah kepada pihak yang dikira pembangkang sekarang.

Dengan majoriti mudah yang diperlukan ialah 112 kerusi parlimen, pembangkang di bawah pimpinan Anwar hanya memerlukan 30 lagi kerusi untuk menguasai parlimen.

Suasana bertukar parti dan parti bertukar pasukan/barisan pasca PRU adalah suatu yang biasa berlaku di Sabah satu ketika dulu. Dengan bilangan kerusi yang besar dari Sabah segala kemungkinan akan berlaku.

Begitu juga suasananya di Sarawak. Apakah pimpinan PBB dan lain-lain parti komponen BN di Sarawak yakin dengan kepimpinan Pak Lah menerajui BN? Kehakisan kepercayaan terhadap pimpinan Pak Lah turut dirasai di Sarawak dan cakap-cakap kian kencang suatu perubahan bakal berlaku di kalangan sesetengah pemimpinan parti-parti di sana.

Untuk mendapat separuh dari 56 kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak tidaklah mustahil dilakukan. Keakraban sesetengah pemimpin dengan Anwar dan kemampuan percaturan politik Anwar diketahui umum. Dan Anwar tidak akan berpuas sekadar mengisi kerusi ketua pembangkang di Parlimen nanti.

Apabila Anwar mendapat sejumlah yang mencukupi dari Sabah dan Sarawak, ramai lagi YB-YB yang baru dilantik di Semenanjung akan menuruti. Tidak kurang dari 12 YB telah dikenalpasti yang berkemungkinan untuk melompat mengikuti gerabak Anwar.

Dengan berlakunya suasana kecairan politik sekarang ini, perubahan penguasaan kerusi Parlimen boleh bertukar dengan sekelip mata dan mungkin memeranjatkan ramai orang.

Maka bakal terciptalah dalam sejarah, untuk buat pertama kalinya, pakatan pemerintahan yang berkuasa semenjak Merdeka jatuh dalam masa yang amat terdekat.

Sekian, IB

Comments»

1. peace4malaysian - March 13, 2008

tulisan anda sangat menarik, mudah-mudahan ini berlaku dalam
masa terdekat ini, mana-mana YB yang menyokong Anwar perlu melakukan sesuatu, atau pun anda tunggulah tindakan Najib yang seterusnya untuk menjatuhkan anda. hidup BA

2. Kereng - March 16, 2008

Dh bnyk dah sy dgr teori dan ramalan mcmni. Mmg menarik. Tak sabar nak tunggu apakah BN akan tumbang dgn cara ni atau menanti PRU seterusnya.

3. uncle_ss - July 29, 2008

tunggulah bulan jatuh keriba…tunggulah kemusnahan anak cucu org melayu kalau anwar jd pm kelak..kalau pkr menerajui negara tak mustahil org2 melayu akan jd org melayu singapura…ANWAR IBRAHIM PEMUSNAH AGAMA,BANGSA DAN NEGARA..KALAU HAJI HADI ATAU NIK AZIZ JD PM SEMUA ORG MELAYU AKAN SOKONG WALAUPUN ORG UMNO….JANGAN TERLALU SIMPATI KPD ANWAR ANDA SEMUA TERUS BUTA HATI N MATA..BUKALAH LUAS2…LIHAT BAGAIMANA SANDIWARA ANWAR..CUBA TANYA DIRI ANDA KNAPA YAHUDI SANGGUP BEKERJASAMA DGN ANWAR?..KNAPA BANGSA ASING SANGGUP BERSAMA ANWAR?..SIAPA YANG BANTU ANWAR SEGI KEEWANGAN..ANDA SEMUA JGN TERPEDAYA DGN PUAK2 ANWAR SEMUA DISOGOK DGN WANG…SIASAT LAH KALAU TAK PERCAYA..JGN DGR N LIHAT SAJA..JGN JADI PENGIKUT YANG DICUCUK HIDUNG…ANUAR BIJAK BERKATA-KATA N ATUR STRATEGI SUPAYA RAKYAT SANGSI DGN PEMERINTAH..HILANG KEPERCAYAAN KEPADA UNDANG2 KEPADA POLIS KEPADA APA SAJA YG AKN MENGAITKAN SALAH LAKU BELIAU..KALAU AWK NAK TAU SEMUA ORG2 KUAT ANWAR TAHU SIAPA ITU ANWAR..TP OLEH KERANA TAKUT HILANG MARUAH N KEMEWAHAN MEREKA SANGGUP PEJAM MATA…SAMPAI MASA ANWAR BUKAN JADI PM…ANWAR AKAN TERSUNGKUR…ORG2 KUAT ANWAR AKAN DEDAHKAN SEGALANYA APABILA SAMPAI MASA KELAK KERANA MEREKA TAK SANGGUP ORG MCM ANUAR MEMERINTAH NEGARA…TANYALAH ORG2 PAS SIAPAKAH ANUAR?..SEMUA ORG TAHU SIAPA ANUAR RAHSIA ANUAR SUDAH TERBONGKAR SEBENARNYA TP DEMI MARUAH KELUARGA ANUAR ORG2 YANG TAHU SANGGUP DIAMKAN DIRI TP SEKIRANYA ANUAR CUBA BUAT SESUATU YANG AKAN MEROSAKAN AGAMA BANGSA N NEGARA SEGALA-GALANYA AKAN DIBONGKARKAN..TUNGGU DAN LIHAT….SIAPA ITU ANWAR IBRAHIM?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: