jump to navigation

101 Persoalan Perihal Kabinet Baru March 19, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Kini pelbagai andaian yang dibuat sebelum ini perihal kabinet baru yang Pak Lah akan umum ada yang benar berlaku dan ada juga yang tersasar dari jangkaan. Ada yang tidak diduga langsung.

Mungkin tidak perlu IB ulas panjang cuma sekadar mengumpulkan senarai pelbagai persoalan yang difikir oleh orang ramai, yang diulas oleg ramai orang dan apa yang terfikir oleh IB sendiri:

  1. Apakah erti mengecilkan kabinet sekadar mengabungkan dua kementerian yang dulunya memang satu – apakah ini bererti dulu Pak Lah tidak fikir semasaknya ketika memecahkan kementerian itu menjadi dua?
  2. Bilangan menteri kabinet sebenarnya tidak kurang. Kekal 32 orang. Cuma sekadar ditiadakan jawatan Setiausaha Parlimen.
  3. Kenapa perlu diambil dari mereka yang tidak bertanding untuk menjadi menteri? Apakah mereka ini dibimbangi kalah jika disuruh bertanding – maka perlu beri laluan mudah untuk menjadi menteri?
  4. Apakah tidak cukup calon untuk dipilih di kalangan yang menang dalam PRU lalu? Apakah mereka yang telah bertanding dan menang itu tidak layak?
  5. Kenapa beberapa orang kuat parti digugurkan? Setiausaha Agung parti bukan suatu jawatan yang calang-calang.
  6. Kenapa digugurkan Ketua Wanita yang menang bertanding tetapi diambil Timbalan Ketua Wanita yang tewas pilihanraya?
  7. Kalau Rafidah tidak selayaknya untuk dijadikan menteri walaupun selepas menang bertanding – kenapa tidak cari calon lain sahaja untuk bertanding awal lagi?
  8. Kenapa perlu ada Penasihat Khas untuk PM jika sudah ada seorang menteri wanita untuk kementerian yang dikhaskan untuk wanita? Apakah wanita yang dipilih untuk menjadi menteri itu tidak selayaknya? Jika tidak selayaknya, kenapa dipilihnya?
  9. Kenapa pengumuman jawatan khas untuk Sharizat dibuat selepas Pak Lah diserang rombongan dua buah bas perwakilan wanita UMNO yang di ketuai oleh Sharizat? Apakah Pak Lah hanya boleh berfikir wajar bila diugut?
  10. Apakah alasan sebenar dua timbalan menteri yang dipilih menolak tawaran?
  11. Jika mencari tenaga muda baru yang lebih bekemampuan untuk kabinet baru – kenapa diambil orang-orang yang lebih tua dari yang digugurkan?
  12. Apakah pemilihan pakar perbankan (Amirsham) wajar untuk menerajui EPU? Peranan sebuah bank berbeza dengan apa yang kita harapkan dari EPU.
  13. Antara yang mengemparkan ialah lantikan Zaid Ibrahim. Apakah rekodnya baik? Selari dengan prinsip Islam Hadhari yang ingin dibawa? IB tidak ingin panjangkan tetapi mereka yang di kalangan bidang guaman amat kenal siapa Zaid dalam bab amalan Islam yang sebenar. Parti-parti yang melimpah arak menjadi amalan pejabat guamannya.
  14. Apakah Zaid calon yang terbaik untuk “reform” perundangan yang diwarwarkan? Rekod Zaid dalam Islam Liberal dan dokongannya dalam hal-hal murtad tidak menyebelahi Islam. Apakah nanti Pak Lah kini sudah tersasar dengan Al-Ghazali dan As-Shafie yang dicarinya? Zaid adalah antara orang yang menyokong penubuhan IFC dan banyak menyanggah unsur-unsur Islam yang ingin dibawa.
  15. Apakah perlantikan Mashitah kerana prestasinya sebelum ini? Jika prestasinya baik, kenapa digugurkan dari bertanding PRU lepas? Seorang PhD dalam pengajian Islam yang menang pada PRU2004 digugurkan dan digantikan dengan seorang yang tidak berkelulusan untuk menentang bekas Imam Masjid Negara – suatu yang sukar difahami. Apakah perlantikan Mashitah lebih kepada peranan suaminya di JPM?
  16. Apa jadi dengan program Islam Hadhari selepas menteri yang bertanggungjawab digugurkan. Tidak mungkin peranan untuk menjayakan program sebesar itu hanya diserahkan kepada seorang timbalan menteri?
  17. Apakah penguguran Radzi dan Azmi lanjutan dari isu perlantikan Shahidan sebagai MB Perlis yang dicadangkan oleh Pak Lah walhal Azmi dan Radzi dituduh Shahidan orang yang disebalik Raja Perlis memilih Dr. Isa sebagai MB?
  18. Apakah wajar melantik seorang yang pernah ditangkap menyeludup jutaan wang di Australia untuk menjadi seorang menteri? Pelbagai persoalan yang tidak menyebelahi Mat Taib – dia tidak bertanding, umurnya agak lanjut untuk baru mula menjadi menteri, rekod penyalahgunaan kuasa semasa mentadbir Selangor ketahui umum,
  19. Beberapa parti komponen dari Sabah membantah perwakilan dari Sabah tidak mengambarkan sumbangan kerusi dari PRU lepas.
  20. Kenapa perwakilan MCA kekal dengan bilangan 4 walhal Gerakan digugurkan? Apakah hanya Gerakan sahaja yang kecundang dalam PRU lepas?

Posting ini akan menjadi terlalu panjang untuk mencukupi 101 persoalan. [IB sentiasa hadkan sesuatu posting untuk tidak terlalu panjang yang boleh membosankan untuk dibaca] Mungkin cukuplah sekadar yang di atas, atau IB akan mulakan dengan posting lain untuk membicara pelbagai persoalan kabinet baru Pak Lah.

Sekian, IB

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: