jump to navigation

Kemelut MB Terengganu (3) – Perlembagaan Yang Mana? March 24, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Kita dengar pelbagai komen diberikan dalam kemelut perlantikan MB Terengganu akhir-akhir ini. Antara yang menarik untuk diperhatikan ialah komen-komen yang mengatakan bahawa perlantikan Ahmad Said sebagai MB tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.

Antara yang memberi komen seperti itu termasuk “ketua” yang mewakili ADUN UMNO yang menderhakai perlantikan yang dibuat Tuanku, Rosol Wahid dan juga Pak Lah sendiri.

Di antara ungkapan yang disebut mereka [yang telah disiarkan dalam berita TV dan akhbar-akhbar] ialah perlantikan oleh Tuanku (dalam hal ini MPPR) tidak mengikut perlembagaan. [“Sebarang lantikan dibuat terhadap orang lain tidak kena dari segi Perlembagaan” – kata Pak Lah di Sepang 23 Mac 08]

IB tidak pasti perlembagaan mana yang dirujukkan. Perlembagaan Negeri Terengganu? Atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

Gani Patail telah beberapa kali dipetik memberi nasihat [amaran?] kepada Tuanku Mizan untuk tidak campurtangan dalam hal perlantikan ini dengan merujuk kepada tugas dan tanggung jawab Agong dalam perlembagaan Persekutuan.

Namun Gani tidak pula menasihati Pak Lah bahawa perlembagaan negeri memberi hak mutlak perlantikan MB adalah hak Sultan. Sepertimana yang telah banyak diulas oleh Prof Aziz Bari dan lain-lain tulisan yang merujuk kepada hak Sultan dalam pemilihan MB, tidak pernah pula disiarkan oleh media. Malah media seolah-olah bersengkongkol mengalih pendapat rakyat kepada menerima komen-komen yang yang menghasut rakyat dalam mengatakan perlantikan Mat Said sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Soalnya perlembagaan mana? IB ulangi … Perlembagaan yang mana yang dimaksudkan oleh Pak Lah dan Rosol?

Perlembagaan negeri – hak Sultan!

Bukan hak Perdana Menteri!

Sekian, IB

Siri Kemelut MB Terengganu:

  1. Siapa Nak Letak Jawatan?
  2. Siapa “Natang” Itu?
  3. Perlembagaan Yang Mana?
  4. Langkah Seterusnya
  5. BN Bakal Hilang Satu Lagi Negeri
  6. Zahirkan Sokong Kepada Tuanku
  7. Pak Lah Mengalah Juga Selepas Berjumpa Tuanku
  8. Berakhir Sudah
  9. Skrip Keputusan MT UMNO
  10. ADUN22 – Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka

Comments»

1. marzukira - March 24, 2008

memang betul tuh…..
hak lantik MB ader lah hak sultan….
tindakan sultan trg aderlah tepat….
time cam nie lah sultan nak tunjuk kuasa dia….
DAULAT TUANKU….
derih rasa dia lah ader kuasa..
skang nie baru dia tau langit tu tinggi ker rendah….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: