jump to navigation

Kemelut MB Terengganu (4) – Langkah Seterusnya … March 24, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Perlantikan MB sudah selesai. Majlis angkat sumpah hanyalah suatu formaliti sahaja.

Langkah seterusnya, selepas majlis angkat sumpah, ialah bagi MB yang baru dilantik untuk memanggil sidang DUN. MB mempunyai sekitar 60 hari lagi untuk beliau bermain dengan masa untuk melengahkan sidang DUN pertama penggal ini.

Ini bermakna beliau mempunyai 60 hari lagi untuk mengelak dari undi tidak percaya dari bekas rakan-rakan UMNOnya.

Dalam tempoh yang ada ini ialah masa untuk beliau mempamerkan kelincahan politiknya untuk memenangi beberapa sokongan dari 22 yang berkeras untuk menderhakai perlantikan Tuanku. Mat Said hanya perlu lapan (8) orang lagi ADUN dari UMNO untuk berani meninggalkan kelompok yang telah menderhakai Tuanku dengan mengelarkannya dengan panggilan “natang” untuk mencukupi bilangan minima [berpakat bersama ADUN PAS untuk membentuk kerajaan campuran] untuk mengelakkan dari dilucutkan dengan undi tidak percaya semasa sidang DUN nanti.

Sudah pun ada ura-ura yang mengatakan tidak kurang dari 11 ADUN UMNO yang setuju dalam diam untuk menuruti Mat Said untuk mentaati perkenan Tuanku dan bersedia untuk dilucutkan keahlian UMNO.

Lapan atau sebelas orang ini dan termasuk Mat Said mempunyai banyak pilihan jika dilucutkan keahlian mereka. Mereka boleh menyertai PAS. Jika mereka rasa terlalu sukar untuk menyertai sebuah parti yang mereka sudah berpatah arang, mereka boleh menyertai KeADILan. Dan jika masih tidak mahu, mereka boleh kekal dengan seorang ADUN Bebas tanpa parti (tidak menjadi apa-apa masalah).

MB baru perlu menembusi sekatan dan kepungan yang dilakukan terhadap 22 ADUN yang telah dikenakan kepada mereka bagi mengelakkan dari bertukar kem.

Jika ini dapat dilakukan oleh Mat Said, maka mereka yang tetap berkeras dengan kesetiaan mereka kepada Idris akan berputih mata. Dan kita akan tuntut pula mereka untuk letak jawatan seperti mana ugutan mereka sebelum ini.

Sekian, IB

Siri Kemelut MB Terengganu:

  1. Siapa Nak Letak Jawatan?
  2. Siapa “Natang” Itu?
  3. Perlembagaan Yang Mana?
  4. Langkah Seterusnya
  5. BN Bakal Hilang Satu Lagi Negeri
  6. Zahirkan Sokong Kepada Tuanku
  7. Pak Lah Mengalah Juga Selepas Berjumpa Tuanku
  8. Berakhir Sudah
  9. Skrip Keputusan MT UMNO
  10. ADUN22 – Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka

Comments»

1. PANGLIMA BENTAN - March 24, 2008

Apa yang 23 adun umno patut lakukan?

1) SEMUA 23 ADUN TERENGGANU KENA LETAK JAWATAN .ITU PUN KALAU ADA MARUAH.ITU PUN KALAU ADA BATU.PEMBACA SEMUA BOLEH RUJUK KEMBALI KENYAATAN MEREKA..DALAM YOUTUBE PUN ADA..
2) LEPAS NI BOLEH BUNGKUS TIKAR BANTAL KELUAR DARI TERENGGANU,CARI LAH MANA-MANA PULAU.

Apa yang patut kita lakukan?
AJAR SEMUA ORANG UMNO RUKUN NEGARA.TERUTAMA PAK LAH , 23 DUN UMNO TRG DAN PEMIMPIN UMNO YANG BUAT KENYATAAN BODOH DAN MENDERHAKA..
BUAT KURSUS UTK MEREKA SEKURANG-KURANGNYA 2 MINGGU.,SIAP DGN LATIH –TUBI.BIAR INGAT SAMPAI MATI.

INI IALAH RUKUN NEGARA,

1)Kepercayaan kepada Tuhan
2)Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3)Keluhuran Perlembagaan
4)Kedaulatan Undang-undang
5)Kesopanan dan Kesusilaan

.MANAYANG PALING UTAMA DAN YANG PALING ATAS??

TAPI PAK LAH MUNGKIN BOLEH DIMAAFKAN SEBAB DIA TER TIDUR…

2. Kemelut MB Terengganu (5) - BN Bakal Kehilangan Satu Lagi Negeri « Ibrahimbaba’s Weblog - March 25, 2008

[…] March 25, 2008 Posted by ibrahimbaba in Uncategorized. trackback Jika sekiranya berlaku pembentukan kerajaan campuran ADUN bebas dan ADUN PAS di Terengganu nanti, maka BN akan kehilangan satu lagi […]

3. ADUN22 - Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka « Ibrahimbaba’s Weblog - March 30, 2008

[…] orang-orang bawahan mereka pun ramai yang membantah. Sebab itulah Mat Said berani dan yakin bahawa beliau mendapat sokongan tidak kurang dari 11 orang ADUN yang sedia untuk menyokongnya jika tiba pada saat undi tidak […]

4. bukitbesi.net » ADUN22 - Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka - March 31, 2008

[…] yang tidak dikongsokan. Sebab itulah Mat Said berani dan yakin untuk terus melawan arus kerana beliau mendapat sokongan tidak kurang dari 11 orang ADUN yang sedia untuk menyokongnya jika tiba pada saat undi tidak […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: