jump to navigation

Kemelut MB Terengganu (7) – Pak Lah Mengalah Juga Selepas Berjumpa Tuanku March 26, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Ketika sedang bermesyuarat di sebuah kementerian di Putrajaya pagi tadi, pada jam 11.43 pagi, IB mendapat panggilan yang terpaksa IB jawab. Selepas memohon izin dari KSU yang mempengerusi mesyuarat tersebut IB keluar untuk menelefon balik pemanggil yang membawa berita penting itu.

Pemanggil, orang yang boleh IB katakan dari kalangan istana, memaklumkan bahawa Pak Lah baru sudah berjumpa Tuanku. Pak Lah telah mengalah dan akur dengan perlantikan Mat Said sebagai MB yang dibuat oleh Tuanku.

Alhamdulillah, semoga selesailah hendaknya kemelut yang sudah berpanjangan memasuki minggu ketiga kini.

Sebaik sahaja selesai solat zohor pada jam 2:06 ptg, IB menerima satu lagi panggilan bahawa kini puak-puak Idris sedang menjamu selera di Shangri-la Putrajaya. Oleh kerana tempatnya tidak jauh dari masjid, IB bergegas dan sempat bertemu bual dengan beberapa mereka. Jelas nampak suasana yang tegang dan tidak tenang dengan penantian untuk bertemu Pak Lah yang dijadualkan pada jam 3:00 ptg. [sayangnya IB tidak bawa kamera].
Kita tunggu reaksi mereka apabila mendapat khabar yang amat tidak disenangi mereka dari Pak Lah sendiri.

Sekian, IB

Siri Kemelut MB Terengganu:

  1. Siapa Nak Letak Jawatan?
  2. Siapa “Natang” Itu?
  3. Perlembagaan Yang Mana?
  4. Langkah Seterusnya
  5. BN Bakal Hilang Satu Lagi Negeri
  6. Zahirkan Sokong Kepada Tuanku
  7. Pak Lah Mengalah Juga Selepas Berjumpa Tuanku
  8. Berakhir Sudah
  9. Skrip Keputusan MT UMNO
  10. ADUN22 – Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka

Comments»

1. sarah - March 26, 2008

berapa kali hah paklah nih nak dimalukan..takkan tak sedar2 lg bgaimana rakyat dan raja sendiri dah tolak paklah????

2. Berita Semasa - March 27, 2008

Letaklah jawatan Pak Lah. Abis cerita. Turun dengan terhormat.

3. Kemelut MB Terengganu - Berakhir Sudah « Ibrahimbaba’s Weblog - March 27, 2008

[…] in Uncategorized. trackback Akhirnya kemelut perlantikan MB Terengganu berakhir jua dengan Pak Lah berjumpa dengan Tuanku dan terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat Tuanku seperti mana yang IB laporkan […]

4. Kemelut MT Terengganu (9): Skrip Keputusan MT UMNO « Ibrahimbaba’s Weblog - March 27, 2008

[…] yang telah IB sebut bahawa kemelut ini berakhir jua, namun keputusannya setelah Pak Lah berjumpa Tuanku dan bagaimana keputusan itu disampaikan kepada ADUN23 pada petang semalam tidak […]

5. Pendekar - March 27, 2008

Lebih baik mengundur cara terhormat …….
dari mengundur disebabkan orang tidak hormat

6. 2-0 Untuk Pak Lah - Akibat Pukulan Mat Said « Ibrahimbaba’s Weblog - July 26, 2008

[…] kenyataan dibuat, malah dengan 23 ADUN sanggup letak jawatan menentang perlantikan Mat Said pun, Pak Lah tetap tersungkur. Sebab Mat Said memang orang yang berani […]

7. 2-0 Untuk Pak Lah - Akibat Pukulan Mat Said « Pinkturtle - July 26, 2008

[…] kenyataan dibuat, malah dengan 23 ADUN sanggup letak jawatan menentang perlantikan Mat Said pun, Pak Lah tetap tersungkur. Sebab Mat Said memang orang yang berani […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: