jump to navigation

UMNO Menikus Bila Keberanian MCA/Gerakan Terserlah March 26, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Dengan ditolak oleh pengundi Cina terhadap calon-calon parti mereka dalam PRU2008, para pemimpin Gerakan sedang menimbang untuk mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti mereka lebih awal dari yang dirancangkan sebelum ini.

Semalam, MCA pula telah mengumumkan tarikh-tarikh untuk pemilihan pemimpin mereka di peringkat cawangan, bahagian dan pusat pada tahun ini.

Dalam pada menerima nasib yang paling buruk dengan penolakkan yang amat ketara oleh pengundi Cina terhadap kedua-dua parti kaum Cina yang memerintah, mereka tetap berani berdepan untuk melakukan pemilihan pucuk pimpinan mereka.

Mereka amat bersedia untuk melakukan perubahan untuk membina semula parti dari kekalahan mereka.

Tetapi ulasan-ulasan selepas PRU2008, Pak Lah dan kebanyakan pemimpin yang hanya menurutinya telah mengatakan UMNO sebenarnya tetap diterima oleh orang Melayu dalam PRU2008. Mereka merasakan kedudukan mereka tidak terancam dan tidak menerima nasib malang seperti MCA/Gerakan.

Peliknya semalam, Mat Taib mengatakan bahawa semua ketua perhubungan negeri “unanimous” (sebulat suara) untuk tidak mengadakan pemilihan pimpinan parti bagi “mengelakkan ‘malapetaka’ kepada politik negara”.

Wow … takut benar!!! Malapetaka kepada politik negara atau kepada nasib mereka?
Dalam pada MCA/Gerakan berani berhadapan dengan ahli untuk menentukan nasib kepimpinan parti UMNO pula menikus!

Kalaulah benar parti mereka diterima kenapa pula pemimpin mereka takut berdepan dengan ahli untuk menentukan kepimpinan mereka?

Perhatikan penipuan Mat Taib. Beliau berkata keputusan ini adalah “unanimous” dari semua negeri. Walhal dalam kenyataan yang sama beliau menyenaraikan hanya 9 negeri yang bertemu Pak Lah untuk menyatakan pendirian. 9 dari 14 bukan sebulat suara itu dikatakan sebagai sebahagian besar sahaja – masih ada yang tidak mengatakan persetujuan mereka.

Sekian, IB

Nota: Pemilihan parti UMNO sepatutnya diadakan pada November 2007. Tetapi telah ditangguh ke pertengahan tahun 2008. Kini hendak ditangguhkan lagi.

Comments»

1. ambo - March 26, 2008

tak pe lah …..bio umno dengan umnonya……..tegur pun macam tuang air kat daun keladi……….embazir je…
pas pulak ……banyakkan fikir strategy baru……….jgn ngarap kat dap ngan pkr je……..jgn harap kedah dengan hasil balaknya je……… fikir cara lain naik hasil kedah……………
pkr plak………buktikan boleh merintah selangor tu sebaik dari bn…..
jgn buat macam syarikat berhad dahle……..
dap plak…………jadikan pp port ngalahkan ptp……….

2. Jelas Mat Taib Berbohong Lagi « Ibrahimbaba’s Weblog - March 26, 2008

[…] Jelas Mat Taib Berbohong Lagi March 26, 2008 Posted by ibrahimbaba in Uncategorized. trackback Menurut laporan kebanyakan akhbar hari Mat Taib mengatakan ketua-ketua perhubungan negeri UMNO sebulat suara bersetuju untuk tangguhkan pemilihan pimpinan parti. […]

3. UMNO Menikus Bila Keberanian MCA/Gerakan Terserlah « Malay WorldWide Press - March 30, 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: