jump to navigation

Kemelut MB Terengganu (9): Skrip Keputusan MT UMNO March 27, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, Terengganu.
trackback

Bukan hasrat IB untuk meramalkan apa yang bakal diumumkan oleh MT UMNO berhubung dengan kaedah yang bakal diambil untuk mengakhiri kemelut perlantikan MB Terengganu. Tetapi hasil dari maklumat yang diberi oleh beberapa kenalan di kalangan ADUN23 ialah apa yang ingin IB kongsikan.

Sepertimana yang telah IB sebut bahawa kemelut ini berakhir jua, namun keputusannya setelah Pak Lah berjumpa Tuanku dan bagaimana keputusan itu disampaikan kepada ADUN23 pada petang semalam tidak diumumkan.

Berikut adalah apa yang MT (yang baru mula bermesyuarat setengah jam tadi) akan umumkan:

Bahawa MT telah membuat keputusan untuk menghormati keputusan yang telah dibuatkan oleh Istana dan menerima perlantikan Mat Said sebagai MB baru untuk Terengganu. Kesemua ADUN23 menyokong keputusan yang telah dibuat oleh MT dan akan menerima keputusan Istana dalam perlantikan MB. Tiada tindakan displin akan diambil terhadap Mat Said yang telah menyatakan kesetiaannya kepada parti.

Dengan MT yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan, maka:

  1. Ia menyelamatkan air muka Pak Lah. Jadi mengambarkan seolah-olah bukan Pak Lah yang terpaksa mengalah tetapi keputusan yang dibuat MT. Sebab itu tiada apa-apa komen dibuat selepas kedua-dua perjumpaan semalam.
  2. Menyelamatkan air muka ADUN23 yang sebelum ini mengugut untuk letak jawatan – jadi tidaklah perlu untuk letak jawatan kerana akur dengan keputusan MT.
  3. Menyelamatkan Terengganu dari menjadi negeri ke tujuh yang terlepas dari penguasaan BN (selepas Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan WP).
  4. Memastikan bahawa saluran kewangan melalui projek yang mereka rancangkan dapat diteruskan dengan penyusunan semula strategi mereka dengan mengambil kira peranan yang bakal diberikan kepada Mat Said [sebab yang ini ialah lebih kepada menjaminkan kedudukan kroni Pak Lah dapat berterusan].

Namun rakyat umum telah dapat menghidu tipu helah UMNO dan pemimpin mereka. Tuanku yang telah masak dengan tari silat mereka sedar dan memahami semua ini.

Yang penting sama-samalah kita berdoa semoga negeri orang-orang beriman ini dipelihara Allah.

Mat Said bukanlah calon terbaik untuk seorang MB yang mampu menjamin Terengganu dari dirosakkan. Tetapi Mat Said adalah calon terbaik untuk tujuan menjatuhkan Idris dari berkuasa. Itulah kebijaksanaan Tuanku dalam menyusun percaturan kuasa di Darul Iman.

Sekian, IB

Nota – IB mohon maaf jika andaian-andaian di atas nyata tersasar dari yang bakal diumumkan nanti. IB bukan tok nujum.

Siri Kemelut MB Terengganu:

  1. Siapa Nak Letak Jawatan?
  2. Siapa “Natang” Itu?
  3. Perlembagaan Yang Mana?
  4. Langkah Seterusnya
  5. BN Bakal Hilang Satu Lagi Negeri
  6. Zahirkan Sokong Kepada Tuanku
  7. Pak Lah Mengalah Juga Selepas Berjumpa Tuanku
  8. Berakhir Sudah
  9. Skrip Keputusan MT UMNO
  10. ADUN22 – Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka

Comments»

1. syahir - March 27, 2008

Dgr2nya sampai ada yg hilang status ‘Datuk’…

2. jur - March 27, 2008

tahniah.. Mat Said… 2-0 Pak Lah kalah kepada Istana…
1-0 di Perlis… and 1-0 di Ghanu Kite…

3. Kemelut MB Terengganu (8) - Berakhir Sudah « Ibrahimbaba’s Weblog - March 28, 2008

[…] Beliau mengatakan bahawa semua ADUN tidak dibenarkan membuat apa-apa kenyataan. Walapun Pak Lah telah mengaku kalah dengan Tuanku, mereka akan meletakkan keputusan untuk akur dengan pendirian Istana dan bersetuju dengan perlantikan Mat Said selepas mesyuarat MT yang akan bermesyuarat jam 3 petang nanti. […]

4. Keegoan Mengundang Padah Kepada Derih dan Rosol? « Ibrahimbaba’s Weblog - April 25, 2008

[…] berlaku semasa kemelut perlantikan MB Terengganu (Tulisan IB yang lepas berhubung Kemelut tersebut: 1: Siapa Nak Letak Jawatan?, 2: Siapa Natang?, 3: Perlembagaan Mana?, 4: Seterusnya, 5: BN Bakal […]

5. Kemelut MB Terengganu (1) - Siapa Nak Letak Jawatan? « Ibrahimbaba’s Weblog - May 9, 2008

[…] Skrip Keputusan MT UMNO […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: