jump to navigation

Zam Mengesahkan Budaya UMNO March 31, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Maka dilaporkan hari ini bahawa Zam yang dulunya menjawat Menteri Penerangan telah menuduh Mahathir sebagai antara punca prestasi yang paling teruk dialami oleh BN baru-baru ini.

Apa yang diperkatakan oleh Zam adalah sekadar menguatkan lagi yang IB telah sebutkan bahawa menelan ludahan adalah budaya orang-orang UMNO.

Kalau dulu Zam adalah di antara orang yang paling kuat mendokong Mahathir hingga ditulisnya buku bagi membodek bosnya semasa itu.

Nazri yang dulunya sangat setia dengan Mahathir untuk hentam Anwar kerap dipetik menegur Mahathir akhir-akhir ini.

Begitu juga dengan Rafidah yang patah tumit kasut kerana menerkam untuk memujuk Mahathir yang gertak hendak letak jawatan dalam Perhimpunan UMNO berperang besar dalam isu AP yang berpanjangan berbulan lamanya.

Rafidah lawan Mahathir

Memang itulah budaya mereka orang UMNO. Mereka hanya disangjung bila ada kuasa ditangan.

Riak suasana yang sama sudah kian jelas kelihatan terhadap Pak Lah. Dalam keadaan kedudukan Pak Lah yang di hujung tanduk, sudah dapat kita lihat sesetengah mereka sudah bersiap-siap untuk mengubah ketaatan mereka.

Di kalangan pemimpin kanan kini sudah mula menyusun semula kiblat ketaatan mereka dengan mengambil kira kedudukan kepimpinan UMNO yang sedang bergolak sekarang.

Bukan itu sahaja, ada yang sudah rasa tidak selamat pun sedang bersiap untuk bertukar kapal untuk melompat ke kapal yang sedang dikemudikan oleh Anwar. Dan Anwar, dengan penuh kesedaran akan fenomena ini, wajar meneliti kebanjiran pelarian UMNO nanti tidak mewarisi budaya UMNO dalam kapalnya.

Sekian, IB

Comments»

1. Wakil Rakyat UMNO Terlebih Dahulu Yang Selalu Letak Jawatan « Ibrahimbaba’s Weblog - August 2, 2008

[…] IB teringat juga bagaimana Ketua Pemuda yang juga tidak sedar datuk dan ayahnya yang telah turut keluar UMNO dan menghentam UMNO. Yang lebih mengaibkan, datuknyalah yang kononnya menubuhkan UMNO serta menjadi Presiden pertamanya dan ayahnya pula pernah menjawat sebagai Presiden sebelum Mahathir. Tak hairanlah kerana sudah menjadi adat mantan Presiden UMNO untuk mengutuk kepimpinan UMNO selepas mereka tidak lagi menjadi Presiden. Hentam menghentam sudah menjadi budaya dalam UMNO. […]

2. banting - August 2, 2008

umno memang tidak akan setia kerana perjunagna berteraskan kebendaan. selagi ada benda mereka tunggu, bila dah tiada, triadalah mereka


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: