jump to navigation

Baik Juga Dana BALKIS Dipindah Ke BAKTI April 30, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
1 comment so far

Pertikaian kini terarah kepada boleh atau tidak BALKIS dibubar dan segala dananya dipindah ke BAKTI. Pelbagai reaksi dan pendapat bagi membenarkan dan ada yang membantah langkah yang telah dilakukan oleh Zaharah Kecik sebagai isteri mantan MB.

IB tidak mahu berbicara panjang tindak tanduk beliau dan jawatankuasanya itu mengikuti perlembagaan atau tidak. Tetapi kini dana itu sudahpun dipindahkan ke dana BAKTI.

Biarlah di situ. Daripada mereka berbelanja habis atau memindahkan ke tabung-tabung lain lebih baik mereka pindahkan ke tabung BAKTI.

Hanya sekadar beberapa bulan lagi, jawatankuasa BAKTI akan bertukar tangan. Maka tidak ke mana pun dana itu … apabila Pakatan Rakyat mengambil alih. Tetapi … pssst … jangan beritahu mereka, nanti mereka pindah pulak dana itu entah ke mana atau mereka perhabiskan dengan lawatan ke Eropah pulak!

Namun, IB tetap menanti hasil siasatan kes ini. Di sini bakal menguji keberanian Pak Lah dan Khir Toyo.

Umun ketahui bahawa Khir Toyo kini amat lantang menentang Pak Lah. Inilah peluang terbaik Pak Lah untuk menguji keberanian Khir Toyo untuk terus di sebelah Mahathir atau dia terpaksa mengalah untuk bertukar kem.

Jika Khir sayangkan isterinya dan ingin selamatkan isterinya dari terhumban dalam penjara akibat siasatan kes pecah amanah (Criminal Breach of Trust – CBT), maka terpaksalah beliau mengalih “kiblat”nya. Sepertimana yang pernah dilakukan Khir dulu, Khir pernah menyokong Anwar di awal peringkat reformasi tetapi berubah pendirian kerana mengharapkan janji Mahathir untuk kerusi MB.
Sekian, IB

Advertisements

Anwar Tidak Perlu Bertanding … April 29, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
5 comments

Apakah Anwar mesti bertanding mana-mana kawasan untuk ke Parlimen? Adakah ruang lain untuk Anwar menghadirkan diri di Parlimen serta mengetuai kerajaan “Harapan Baru” Malaysia?

Apabila Pakatan Rakyat mempunyai cukup bilangan wakil rakyat yang bakal meninggalkan BN, maka PR akan membentuk kerajaan baru. Kak Wan boleh menjadi Perdana Menteri wanita pertama Malaysia.

Satu kemungkinan, Anwar kemudian boleh dilantik sebagai seorang senator. Kak Wan boleh kekal menjadi PM untuk suatu ketika yang sesuai manakala Anwar boleh menjadi Menteri Kanan.

Atau Anwar terus menjadi PM sebaik sahaja dilantik sebagai senator dan Kak Wan mengundurkan diri. [Bolehkah seorang PM dilantik dari kalangan senator? Sesiapa boleh sahkan?]

Tetapi bagi Anwar yang IB kenali, tidak mungkin Anwar mahu memasuki Parlimen dengan cara yang bukan sebagai “anak Jantan”. Mengambil alih kerajaan melalui jalan mudah seperti itu tidak mungkin sesuai dengan kehebatan karisma Anwar.

Anwar tetap Anwar. DIa mempunyai pendirian tertentu yang tidak mudah menerima pandangan orang. Anwar telah melalui pelbagai cabaran kerana perbezaan pendirian dengan Mahathir dan keras dengan pendapatnya. Dia pernah di puncak kepimpinan negara dan pernah dilondehkan di hadapan orang ramai. Anwar tetap Anwar.

Sebagai seorang “politikus”, Anwar ada banyak jalan pilihan yang beliau sudah ada cuma bagi kita orang awam mungkin sukar untuk kita baca strateginya. Dia tahu kekuatan yang dia ada sekarang. Dia sekadar menunggu masa yang sesuai.

Namun, Anwar tahu bahawa kelebihan yang beliau ada sekarang mungkin tidak menyebelahinya selama-lamanya. Jika UMNO/BN dapat melakukan sesuatu yang dapat memberi kepercayaan kepada rakyat dan terutama kepada wakil-wakil rakyat mereka, maka mungkin kesempatan dan kelebihan yang Anwar ada sekarang tidak lagi menyebelahinya untuk selama-lamanya.

Anwar boleh dapat jalan mudah melalui Dewan Negara. Atau meminta mana-mana wakil rakyat PKR berkorban untuknya dengan mengosongkan mana-mana kawasan yang sesuai. Atau beliau boleh tunggu jika ada mana-mana wakil rakyat yang meninggal dunia untuk pilihan-raya kecil.

Tetapi Anwar tetap Anwar.

Sekian, IB

Keegoan Mengundang Padah Kepada Derih dan Rosol? April 25, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, Terengganu.
4 comments

IB amat tertarik dengan satu tulisan panjang oleh Sdri. Penawar Rindu di laman blognya yang baru bermula sehari-dua ini.

IB tidak ingin memetik keseluruhan tulisan beliau yang sebenarnya merupakan Surat Terbuka Untuk YB Rosol Wahid. IB suka membaca tulisan-tulisan seperti ini. Tiada bahasa kasar digunakan. Banyak fakta (yang IB tak tahu sesetengahnya) yang sampaikan.

Yang paling menariknya ialah gambar yang disiarkan di akhir tulisan tersebut. Gambar [yang dirakam sendiri oleh Penawar Rindu] satu papan-tanda besar tepi jalan [di kawasan Rosol] yang bertajuk Keegoan Mengundang Padah! oleh Majlis Keselematan Jalanraya Negeri Terengganu.

Manusia merancang Allah lebih hebat perancangannya. IB rasa semacam gambar-gambar hamba Allah pada papan-tanda itu semacam menepati tajuknya.

SIapa sangka itulah yang sebenarnya yang telah berlaku semasa kemelut perlantikan MB Terengganu (Tulisan IB yang lepas berhubung Kemelut tersebut: 1: Siapa Nak Letak Jawatan?, 2: Siapa Natang?, 3: Perlembagaan Mana?, 4: Seterusnya, 5: BN Bakal Hilang Terengganu, 6: Sokong Tuanku, 7: Pak Lah Mengalah, 8: Berakhir Sudah , dan 9: Skrip Keputusan MT).

Tahniah Penawar Rindu.
Sekian, IB

Siapa Bakal PM Mengikut Teori RAHMAN? April 23, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
4 comments

Teori RAHMAN yang seolah-olah benar setakat ini dalam menuruti nama Perdana Menteri pertama sebagai senarai nama-nama PM yang berikutnya mengikut ejaan nama Tunku Abdul Rahman.

Namun, setelah berlaku kejutan politik apabila Anwar yang disebut-sebut sebagai bakal PM dipecat pada tahun 1998, teori RAHMAN itu seolah-olah tergugat dari menjadi kenyataan sehinggalah Mahathir memilih Pak Lah.

Maka reda kembali persoalan siapa PM selepas Mahathir kerana Mahathir melantik Pak Lah sebagai Timbalannya. Maka Pak Lah menjadi nama yang bakal mengisi huruf A sebagai memenuhi urutan RAHMAN. Namun dalam pada itu, timbul pula persoalan apakah Anwar masih mampu mengisi huruf A jika Pak Lah terpelanting sebelum Mahathir bersara?

Tetapi pasca PRU1999, dengan melihat pengaruh PAS yang tiba-tiba melonjat, ramai pula yang memikirkan mungkin A itu akan dimiliki oleh Abdul Hadi Awang dengan mengharapkan momentum pengaruh PAS berlanjutan hingga ke PRU berikutnya dengan harapan BN di bawah Mahathir tumbang.

Tetapi pada tahun 2003, ternyata Pak Lah mengesahkan namanya mengisi untuk huruf yang diharapkan oleh pendokong reformasi diisi oleh Anwar. Berikutan itu juga nama Anwar makin menjadi sukar diramal untuk mengisi kerana Najib dilantik sebagi Timbalan. Maka Najiblah dijangka perlengkap kepada susunan huruf RAHMAN.

Namun, penyokong kuat Anwar tetap mengharapkan Anwar untuk menjadi PM. Maka timbul pula teori kononnya dalam bahasa Arab bahawa Rahman sepatutnya Rahmaan maka Anwar masih menepati ramalan untuk mengisi susunan huruf yang diubahsuai sebagai RAHMAAN.

Dengan perkembangan politik pasca PRU2008, maka teori RAHMAAN kini semakin hampir menepati ramalan bagi mereka yang mahukan Anwar sebagai penganti Pak Lah sebagai PM dengan harapan baru untuk Malaysia.

Tetapi kejutan yang bakal kita tidak sangka mungkin berlaku. Anwar mungkin bukan orang yang bakal mengisi huruf kedua dalam susunan RAHMAAN. Anwar belum lagi menjadi seorang wakil rakyat. Anwar perlu bertanding dahulu untuk dilantik sebagai ahli Parlimen kemudian baru boleh memungkinkan beliau menjadi PM.

Dan jika PR bakal membentuk kerajaan persekutuan dalam masa yang terdekat (sekitar Ogos atau September – sepertimana diperakui kemungkinannya sendiri oleh Anwar hari ini), dan Anwar belum sempat bertanding untuk kerusi Parlimen, maka Malaysia bakal mendapat Perdana Menteri wanita pertama (Azizah – sebagai Ketua Pembangkang sekarang) bagi melengkapkan huruf A selepas Pak Lah dalam susunan RAHMAAN.

… sekadar membicarakan pelbagai kemungkinan dalam senario politik pasca PRU2008.

Sekian, IB

Terima kasih kepada Geert Wilders? April 23, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
4 comments

Bolehkah kita mengucapkan terima kasih kepada Geert Wilders? Apakah hasil dari kerja jahat GW membuktikan dendam kesumat jahatnya dan mampu menyedarkan umat Islam wajar kita ucapkan dengan “Syukran”?

Percayakah anda bahawa JAKIM mewarwarkan ucapan terima kasih kepada GW? Ya, seorang pegawai JAKIM menulis dengan tajuk “Syukran Geert Wilders!” dalam laman sesawang rasmi JAKIM!.

Biar apa yang tersirat namun yang tersurat adalah jelas – GW HINA ISLAM dan ucapan terima kasih dari JAKIM AMAT TIDAK WAJAR!

Apakah ini untuk menjustifikasikan tindakan JAKIM untuk mendiamkan diri bila pemimpin negara kita menghina janggut Rasulullah di suatu majlis JAKIM?

IB AMAT tidak setuju dengan sesiapa yang mengucapkan tahniah atau terima kasih kepada GW kerana kerja jahatnya.

Apakah kita boleh ucapkan syukran kepada Abu Jahal dan Abu Lahab? Walhal kita semua maklum apa yang telah Allah Azzawajalla sebut dalam Al-Qur’an.

Sekian, IB

Genap 50 BN/Perikatan Memerintah – Bermula Era Baru April 19, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik.
3 comments

Menjelang 31 Ogos 2008, maka genaplah kerajaan Perikatan/BN memerintah negara yang telah merdeka 50 tahun lalu. Dengan genapnya setengah abad, kini sampai masa untuk negera mula diperintah oleh pakatan pelbagai parti yang bakal mengisi dan melaksanakan aspirasi rakyat yang mengharapkan pembaharuan.

Rasa IB, samada BN merayakan hari kemerdekaan kali terakhir sebelum diambil alih oleh Pakatan Rakyat atau sambutan Hari Merdeka kali ini bakal raikan di bawah pemerintahan PR.

Tidak lama masanya. Lebih-lebih mungkin 4-5 bulan lagi. Jika tidak, Hari Merdeka kali ini akan disambut di bawah kerajaan baru. Jika ini berlaku, hayat BN untuk kekal memerintah hanya tinggal kurang 4 bulan lagi. Apabila BN tidak lagi berkuasa, terlalu amat sukarlah untuk BN/UMNO untuk kembali memerintah. (Sebabnya di sini – “Now or Never’ Bagi Anwar Ibrahim)

Begitulah kebanyakan ramalan. Perikatan pelbagai parti pra-merdeka (dan diubahsuai pada awal 1970an selepas dikejutkan dengan peristiwa gelap 13 Mei) mungkin hanya sesuai untuk zaman membangunkan negara selepas Merdeka. Untuk terus membangun dan menghadapi globalisasi, mungkin asas perikatan parti pra-merdeka sudah tidak lagi relevan.

Apakah kerana harapan baru rakyat sudah tidak lagi sesuai dengan cara berfikir orang-orang dulu yang berkorban membentuk asas negara yang baru merdeka?

Mungkin bukan itu sebabnya. Mungkin mereka yang terkemudian yang mewarisi tampuk pemerintahan dengan mudah sudah tidak sedarkan diri lagi. Merekalah yang sebenarnya sudah lari dari asas perjuangan dulu. Mereka yang sebenarnya telah menghancurkan asas perjuangan orang-orang dulu.

Begitulah juga Dasar Ekonomi Baru dibina atas asas yang murni. Cuma mereka yang melaksanakannya yang sudah tidak lagi dapat menjiwai apa yang telah dimaksudkan oleh pengubal DEB.
Sekian, IB

Krisis Makanan Global – Tindakan Drastik Perlu April 19, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
1 comment so far

Pelbagai pihak telah mengeluarkan amaran berhubung krisis makanan yang sedang dan bakal dihadapi di seluruh pelusuk dunia. (krisis terburuk di Korea Utara, rusuhan di Haiti, 11 kematian di Mesir, India, Bangladesh dan TIME sudah ramalkan [Ogos 2007] krisis makanan selepas krisis minyak).

Di tanah air kita sendiri pun krisis ini sudah pun bermula walaupun pada skala yang kecil dan belum mencetus ke peringkat rusuhan (nauzubillah). Semenjak setahun dua ini kita sudah mendengar kekurangan pelbagai barangan keperluan. Terbaru yang bakal kita hadapi ialah kekurangan bekalan beras (termasuk meehoon) – yang sudah pun ketara di beberapa negara seperti Filipina.

Punca utama ialah kekurangan pengeluaran bahan makanan utama seperti padi dari negara-negara pengeluar utama seperti China, Vietnam, Mesir dll. Di Australia, kemarau selama telah mengakibat bekalan beras untuk 20 juta manusia sehari dikurangkan sebanyak 98% pengeluaran pada Dis 2007.

Di pasaran dunia, harga pasaran beras dikatakan sudah meningkat sehingga 30%.

Apakah langkah-langkah yang wajar diambil oleh kita sebagai pengguna? Beras adalah sumber bahan makanan utama kita di Malaysia. Kita perlu sama-sama mengambil tindakan drastik dalam cara kita makan. Kita boleh mengurangkan kuantiti nasi yang kita makan, sebagai satu contoh. Di Filipina, hidangan nasi dikurangkan separuh oleh beberapa kedai makanan segera.

Apakah pula langkah-langkah wajar yang perlu diambil oleh Kerajaan?

Selain meningkatkan usaha pengeluaran makanan dan mempelbagaikan sumber makanan, kerajaan MESTI mula mengurangkan pembaziran. Mana-mana projek mega yang tidak wajar buat masa ini perlu ditangguhkan. Sumber dana yang ada lebih sesuai dihalakan kepada usaha-usaha meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan.

Dengan kekurangan bekalan bahan asas makanan, harga akan meningkat. Yang akan menjadi mangsa ialah mereka yang miskin dan papa. Kita perlu bersedia menghadapi detik dan saat ini mulai dari sekarang. Berjimatlah.

Negara boleh menjadi hura-hara bila bahan asas makanan untuk penduduk kehabisan. Kerajaan boleh ranap akibat rusuhan rakyat sememangnya kelaparan dan kebuluran. Bank Dunia menjangkakan sekurang-kurangnya 33 negara akan berlaku huru-hara akibat krisis makanan ini.

Sama-sama kita doakan agar dijauhkan tanah air kita dari bencana ini.

Sekian, IB

“Now or Never” Bagi Anwar Ibrahim April 16, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
Tags: , , ,
11 comments

IB tidak merujukkan tajuk ini kepada lagu Elvis Presley “It’s now or never”. Tetapi merujuk kepada satu laporan (akhir tahun lepas sebelum IB pulang ke Tanah Air) seorang journalis muda American Broadcasting Corporation (ABC), Jonathan Greenberger, yang mengulas betapa Senator Barrack Obama mesti melayakkan dirinya untuk menjadi calon Presiden parti Demokrat pada tahun ini. Jika tidak Obama boleh lupakan sahaja impian untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat itu.

Walaupun Greenberger memberi beberapa faktor keluarga dan sebab-sebab yang khusus untuk Obama, namun, bagi senario Tanah Air, Anwar Ibrahim juga MESTI melakukan sesuatu untuk menjadi Perdana Menteri atau mengetuai parti (atau Pakatan Rakyat) yang memerintah kerajaan Malaysia dalam masa terdekat jika tidak – lupakan sahaja cita-cita tersebut. It is now or never.

Kenapa IB meletakkan tempoh yang terdekat untuk Anwar berkuasa? Jika Anwar gagal menumbangkan BN dalam masa yang terdekat, peluang selepas ini mungkin mustahil untuk Anwar.

Namun, jika Anwar dapat melakukan sesuatu untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan dalam masa terdekat, maka UMNO akan bakal berkubur – mungkin selama-lamanya.

Kita maklum bahawa kekuatan UMNO dan seluruh jenteranya adalah berasaskan wang. Dan begitulah juga komponen parti BN yang lain. Tanpa wang mereka akan lemah dan tidak mampu bergerak lagi.

Kita juga maklum bahawa sumber kewangan yang menjadi asas untuk segala jentera parti mereka adalah dari penyelewengan dana dan jentera kerajaan. Pelbagai peruntukan untuk rakyat dan pembangunan negara banyak diserapkan ke dalam jentera parti dan poket para pemimpin mereka. Pelbagai program dilaksanakan untuk memberi nama kepada “projek Barisan Nasional”. Jentera pentadbiran pelbagai jabatan dan agensi kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan parti dan para pemimpin mereka.

Satu lagi sumber yang diperolehi mereka ialah dari syarikat-syarikat swasta yang menumpang selagi mereka berkuasa. Kita sudah lihat banyak tokoh-tokoh korporat bertukar kem bila kepimpinan parti bertukar. Mana-mana tokoh yang tersilap “kuda”, mereka akan tersungkur bila “kuda” lain yang berkuasa.

Cuba bayangkan senario di mana UMNO dan BN tidak berkuasa. Dari manakah sumber yang boleh diperolehi untuk menggerakkan jentera mereka? Apakah mungkin penyokong dan ahli di bawah bersedia untuk berkhidmat tanpa mendapat “pelincir”?

Anwar mesti bertindak segera untuk memutuskan “saluran nyawa UMNO” (akses kepada dana kerajaan tanpa batas) supaya tiada lagi daya untuk UMNO bergerak. Ahli-ahli serta pemimpin mereka hanya setia kepada “wang”.

Oleh itu, jika BN dan UMNO tumbang, mereka akan terus berkubur.

Tetapi apa kenanya dengan perlunya Anwar berkuasa sekarang. Kenapa Now or Never?

Kita maklum kesemua parti utama BN sedang bergolak. Tunjang BN ialah UMNO. UMNO adalah antara yang paling teruk bergolak [walaupun prestasi UMNO dalam PRU2008 adalah lebih baik dari PRU1999] . Isu utama pergolakkan dalam UMNO sekarang tertumpu kepada penerimaan ahli terhadap kepimpinan Pak Lah. [walaupun ada banyak lagi isu lain]

Jika dalam masa terdekat masalah ini dapat diselesaikan, sebahagian besar masalah pergolakkan dalam UMNO akan dapat diselesaikan. Orang-orang UMNO mudah lupa.

Dengan kepimpinan baru di bawah Najib [jika Ku Li tidak sempat merampas kuasa] nanti, sebahagian besar rakyat UMNO akan kembali padu di belakang pepimpin baru mereka (Najib, Ku Li atau sesiapapun). Maka kemelut yang berlaku dalam UMNO boleh reda dengan cepat apabila percaturan kepimpinan UMNO selesai dan disepakati dan ahli di”pelincir”kan.

Apabila kestabilan parti diperolehi, jentera diperkemaskan, dana kewangan yang tiada had boleh dibelanjakan, rakyat mula diulikkan kembali dan segala pentadbiran boleh berjalan baik (tidak seperti sekarang), IB yakin jika PRU berikut diadakan, BN mampu menawan kembali sebahagian besar kekalahan yang telah dialami dalam PRU2008 (walapun tidak sebaik PRU2004).

Kita masih ingat kemarahan rakyat kepada Mahathir. Apabila Pak Lah mengambil alih, rakyat rasa puashati bila Mahathir akhirnya berundur. Rakyat diulik dengan pelbagai kempen manis dan agenda “baru” Pak Lah. Dan kita sedia maklum, rakyat memberi mandat besar kepada BN dalam PRU2004.

Jika ini berlaku sekali lagi sebelum sempat Anwar menukar senario politik negara, Anwar boleh lupakan hasratnya menjadi Perdana Menteri untuk selama-lamanya.

Anwar, It is now or never!

Sekian, IB

[maaf kerana posting ini agak sedikit panjangnya dari yang biasa IB cuba kekalkan]

Zaid Ibrahim Sudah Mula Memainkan Peranannya April 16, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, IFC, politik.
3 comments

Sepertimana yang telah IB sebutkan sebelum ini, bahawa Zaid Ibrahim adalah seorang “Pendokong Kuat IFC dan Article 11” dan kini beliau telah dilantik menJadi Menteri.

Tidak sampai sebulan dilantik menjadi menteri, Zaid dilaporkan telah mengarah Jabatan Peguam Negara untuk mengubal undang-undang untuk membolehkan orang-orang Islam murtad.

Penjelmaan Zaid dalam kabinet bukan melalui restu rakyat. Rakyat telahpun menolak Zaid. Ahli-ahli UMNO pun tidak lagi mahu menerima Zaid. Namun, Pak Lah telah memberi laluan mudah dari pintu belakang untuk Zaid melaksanakan agenda memusnahkan aqidah umat dan kemurnian Islam.

Zaid adalah di antara segelintir nama orang Melayu Islam yang agak sinonim sebagai pendokong IFC dan Article 11 serta mempersoalkan keperluan wujudnya Fasal 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Zaid antara panel yang mempertikaikan kewujudan Artikel 121 (1A)

Sebaik pengumuman dibuat oleh Pak Lah, suara-suara yang memusuhi Islam mula kedengaran menyokong perlantikan Zaid. Senarai mereka yang memberi sokongan itu dibarisi oleh mereka yang sudah terkenal menentang serta kerap menghina Islam.

Di kalangan frateniti perundangan, mereka amat kenal dan faham siapa Zaid, personalitinya, kehidupan sosialnya, pesta arak yang mencurah-curah di pejabat guamannya, dan banyak lagi. Syarikat guaman Zaid dikatakan yang terbesar di Malaysia, tetapi cuba lihat senarai peguamnya. Berapa keratkah anak-ank bangsa Melayu yang diambilnya.

Jika dari pengalaman lepas, Zaid tidak mampu kita taruh harapan untuk mempertahankan Islam malah Islam akan lebih terancam dengan kehadiran Zaid dalam kabinet – dan lebih-lebih lagi bila dia diamanahkan untuk melakukan reformasi perundangan.

Amat ditakuti nanti, apabila usulnya dibawa ke Parlimen, walaupun dalam keadaan BN tidak mempunyai majoriti 2/3 pun, usulnya akan dapat sokongan untuk diluluskan. Ini kerana di kalangan MP dari Pakatan Rakyat sendiri ada yang berfikiran sama dengan Zaid dalam hal-hal seperti ini.

Moga-moga ada MP UMNO yang sayangkan anak bangsanya dari murtad akan membangkang usul yang dibawa oleh Zaid. Tetapi, apakah boleh kita harapkan mereka dari UMNO ini apabila bertembung dengan masalah menjaga periuk nasi mereka?

Sama-samalah kita doakan agar Islam terpelihara di Tanah Air kita.

Sekian, IB

Janji Tinggal Janji Bagi Mangsa Kebakaran Langkawi April 7, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
1 comment so far

Sebagai umpan pilihanraya mereka dijanjikan akan mendapat tempat tinggal baru menjelang PRU2008.

Namun piliharanraya berlalu, mereka tetap tinggal dalam khemah sementara untuk berjemur panas dan kesejukan hujan. Sebelum itu mereka pernah dijanjikan akan dapat berpindah di rumah panjang yang dibina sebelum Syawwal yang lepas. Dah beberapa kali janji – hanya tinggal janji.

Seramai 140 keluarga yang tinggal sehelai sepinggang apabila kebakaran memusnahkan kediaman mereka di Bukit Malut pada 20 Februari 2007 masih tidak mempunyai perumahan yang dijanjikan mereka.

Mangsa kebakaran masih tinggal dalam khemah setelah lebih setahun

Setelah lebih setahun nasib mereka masih belum terbela. Akibat tempuh yang terlalu lama, banyak khemah yang telah koyak rabak dan lantai khemah telah pecah-pecah. Mereka terpaksa tidur, makan dan minum dalam keadaan yang tidak sempurna. Ada keluarga yang terpaksa berkongsi khemah. Keadaan sanitasi di situ amat teruk.

Sesetengah mangsa yang berpenyakit kronik amat terasa dengan segala kesukaran yang terpaksa dialami mereka.

Diharapkan kerajaan baru Kedah pimpinan PAS dapat menyelesaikan masalah yang tidak dapat ditangani oleh UMNO ini dengan kadar segera.

Buktikan PAS mampu memerintah. Cekap dan berkesan. Cepat dan bersungguh.

Sekian, IB