jump to navigation

MB Mat Said – Gurindam Awang Goneng April 1, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

IB rasa amat tertarik dengan satu posting bertajuk Brave New World dari blog “kecek-kecek” berhubung perlantikan MB baruTerengganu dengan merujuk kepada rakaman video perdebatan (bbaloh) antara Mat Said dengan Wahid Endut di DUN yang lepas (yang telah banyak disebut-sebut dalam pelbagai laman sebelum ini).

IB yakin saudara pembaca sekalian pasti glekek bila membacanya. Ia banyak mengingatkan kembali zaman IB bersekoloh di Terengganu dulu.

*********************************************

Bila mung bbalöh denge orang Pah ddalang Dèwang
Mung napök betol macang anök Teganung hanelang,
Bèkèng denge mmusang, mung dok ddiri ccacang
Yang di Pertua dök kata apa, gamök oh dia hèrang
Orang Pah bila tèngok mmata mung dok cerlöng
Basöh jjerok seluör dalang, rasa macang nök nnölöng
Mung kata dia peranga macang sètang, pé’é nnatang
Géng-géng mung pong tepok meja ddegung ddegang
Sokong mung anok Teganung betollah anök jatang
Bila aku tengok tu aku teringak masa sekölöh
Lepah nngaji petang-petang masok rök ajök ggöcöh
Aku suka mung hidop balik warisang kita hök lama
Orang le ning dök panda döh nök wak ggitu serema.
Mung kata dia paka sökök tapi peranga macang Sètang
Mung kata dia kata je gèntelmèng tapi dia dök setarang
Lepah tu mung ajök orang Pah ggöcöh lluör Dèwang
Aku pong tepok tangang tèngok mung anök jatang
Tapi filem habih derah ddö’öh, dök sapa penghabisang.
Gamök öh mung gi cari rumöh dia di Wakah Ppelang
Gi tago denge batu, kalu dia ada pong döh kena tang,
Orang apa macang ggining, ajök ggöcöh tak mboh setarang
Dia gi nnusuk derumöh Haji Hadi di cerök bandör Marang.
Ggitulah hök kita nök sangak di Teganu kita jamang le ning
Kita hidopkang tabèak lama, dök payöh tertib terning
Ggömö gguling bating, ddegung degang bbira dinding
Naik semangak tèngök mung lèk-lèk macang pahlawang
Kalulah dulu mung yang kita hantör gi ke negeri Pahang
Tentu Teganu menang, Tong Teja jadi bining Panji Alang:
Tapi döh nök wak guana nök kata setarang!

Pah tu bila negeri Teganung bising bbangör takdök menteri
Kami pong rama-rama beratang tengök laporang hök di TV
Aku kkejuk tèngök mung paka sökök, surak watikah pong diberi
Yay, mölèk döh mung pulök jadi orang besör ddalang nègeri
Bila bbahah di Dèwang habih lah orang Pah tembör lari
Sebab mung bèkèng, gèntelmèng, paka sökök pulök le ni.

*************************************************

Yang menariknya juga, Awang Goneng turut menawarkan “ubat” untuk pelbagai penyakit yang kita tonton dalam video tersebut dengan memberi link yang sewajarnya yang rujukkan kepada kitab Al-Adab al-Mufrad Al-Bukhari, terutamanya dalam bab memaki hamun dan mengaibkan orang dan bab marah.

Awang Goneng juga telah berjaya menerbitkan sebuah buku hasil dari tulisan blognya yang berjudul “Growing Up in Terengganu”. Selepas membaca pelbagai ulasan buku tersebut IB rasa kena pergi belinya segera.

Growing Up in Terengganu - Awang Goneng

Penerbit: http://monsoonbooks.com.sg/bookpage_0586928.html

Antara tempat yang dilaporkan dijual:

http://www.mph.com.my/search/nsearch.cfm?do=detail&pcode=9810586922 – disebut antara best sellernya suatu masa dulu – RM39.90

http://alamakademik.bravehost.com/ – menurut laman webnya – ada diskaun (RM36.00?). Dan katanya ianya dilancarkan di kedai ini tahun lepas.

Boleh juga dibeli melalui Barnes & Noble (bagi yang tidak tinggal di Malaysia) – USD14.35

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: