jump to navigation

Fitnah Terhadap Islam – Ada “Double Standard”? April 5, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam.
trackback

Apabila berlaku sesuatu, kadang-kadang kita cepat bertindak. Ada ketika pula kita tidak bertindak – mungkin kerana kita tidak peka. Namun, ada juga ketikanya pula kita pilih untuk tidak bertindak.

Pelbagi saranan serta tindakan (asalkan tidak mendatangkan kepada kemudaratan) yang telah dan sedang dilakukan bagi membantah penerbitan filem “Fitna” adalah wajar.

Malah kita dituntut untuk samada mengguna tangan untuk menentang sesuatu kemungkaran itu. Jika tidak, perlu kita menyuarakan tentangannya. Jika kita tidak mampu juga maka kita mesti memastikan di dalam hati kita bahawa kita tidak menerima kemungkaran itu – dan inilah selemah-lemah iman yang kita punyai.

Maka, jangan sesekali kita terlintas untuk menerima sebarang kemungkaran dalam apa bentuk sekalipun.

Filem “Fitna” ini adalah antara pelbagai kemungkaran yang datang dari luar negara. Di tanah air kita sendiri, terdapat banyak juga kemungkaran yang terang, yang terselindung dan mungkin yang kita pilih untuk buat tidak nampak atau dengar.

Suatu kemungkaran yang amat besar yang pernah dihebahkan sebelum ini antaranya ialah yang dilakukan oleh seorang bekas Perdana Menteri, Mahathir, yang menghina Rasulullah s.a.w. sendiri. Fitnah yang dimaksudkan ini adalah ke atas tubuh badan Baginda sendiri. Dalam hal ini (jika ada yang sudah lupa) Mahathir dalam suatu majlis yang dihadiri oleh “orang-orang agama” telah menghina janggut Rasulullah s.a.w.

Adakah di kalangan yang hadir dalam majlis yang kecil tersebut bangkit untuk membantah? Adakah masing-masing yang hadir sekadar memilih keimanan yang paling lemah? IB harap sekurang-kurangnya mereka itu semua membantahnya di dalam hati jika takut akan kedudukan duniawi mereka terancam.

IB bimbang jika ada di kalangan mereka yang hadir itu tidak mempunyai keimanan untuk membantah walaupun di dalam hati.

Bagi kita, jika ada sebarang kemungkaran, janganlah kita pilih untuk biar dan pejam mata.

Hendaklah ada di kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru ke arah kebaikan (Islam), menyuruh melakukan makruf dan mencegah melakukan kemungkaran. Dan merekalah orang yang berjaya. (Ali `Imran; 104)

Barang sesiapa yang melihat satu perkara mungkar hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kuasa). sekiranya tidak mampu hendaklah dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Hadith riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasa’I dan Ibn Majah.)

Jangan kita “double standard”. Kita bantah sekeras-kerasnya bila seorang yang kafir yang sememang memushi Islam menghina Islam. Tetapi apabila seorang pemimpin negara Islam sendiri yang menghina Islam kita tidak bantah.
Sekian, IB

Comments»

1. Tolak Persaksian Mahathir Selama-lamanya « Ibrahimbaba’s Weblog - April 7, 2008

[…] juga kita ingat Mahathirlah orang yang pernah memfitnah Baginda Rasulullah s.a.w. yang kita sayangi. Belum kedengaran Mahathir bertaubat atas penghinaannya terhadap manusia yang […]

2. Muhammad Rizal - April 9, 2008

Saya setuju menghina janggut Rasulullah, oleh Mahathir adalah satu kemungkaran yg besar tetapi Nik Aziz yg menghina Allah sebagai samseng dan Allah juga mencarut sepertimana Shahnon Ahmad mencarut di dalam bukunya “Shit”, adalah jauh lebih besar.

Saya setuju apabila ulama kerajaan dilabel sebagai syaitan bisu kerana tidak menegur pemimpin mereka tetapi saya juga setuju jika ulama PAS juga dilabel sebagai syaitan bisu kerana tidak menegur pemimpin mereka apabila menghina Allah.

Saya juga setuju mengenai isu double standard yg diperkatakan oleh sdr Ibrahim kerana kita cepat bertindak apabila agama kita dihina oleh orang luar tetapi apabila pemimpin kita menghina janggut Rasulullah kita tidak bertindak.

Tetapi saya rasa saudara Ibrahim juga double standard kerana hanya menimbulkan isu penghinaan terhadap janggut Nabi tetapi tidak menimbulkan isu penghinaan terhadap Allah.

3. abgfir - April 11, 2008

Akhirnya seorang warga saudi membuat filem yang membalas FITNA

maklumat lanjut :

http://abgfir.blogspot.com/2008/04/bible-version-of-fitna-video-schism.html

4. Terima kasih kepada Geert Wilders? « Ibrahimbaba’s Weblog - April 23, 2008

[…] ini untuk menjustifikasikan tindakan JAKIM untuk mendiamkan diri bila pemimpin negara kita menghina janggut Rasulullah di suatu majlis […]

5. talikasutkayu - April 23, 2008

muhammad rizal kena mendalami lagi ilmu islam.jangan jadi seperti karpal singh yg tak tahu langsung ilmi islam..jangan duk hentam PAS ….yang menghina islam adalah umno. Pas cuba mempertahankannya.

6. MoSE - May 16, 2008

Assalamualaikum…

untuk saudara Muhammad Rizal. Allah memang Maha Samseng, tiada yang lebih samseng selain DIA…

sila dengara penjelasan TGHH disini

Semoga saudara tidak berada dalam kesesatan selamanya.

7. ahmad albab - April 24, 2009

Saudara MoSE diharap beristighfar banyak-banyak kerana mengatakan ALLAH Maha Samseng. Menurut Kamus Dewan perkataan Samseng membawa maksud yang tidak baik seperti penjahat, penjenayah, perompak, peragut, pencopet, penyamun dll. Saya rasa hanya firaun, qarun, abu jahal, hitler, ariel sharon, george bush dll sahaja yang layak dikatakan Maha Samseng dan bukannya ALLAH. Saya sangat musykil bagaimana anda boleh mengatakan sedemikian, adakah anda ini bodoh atau bangang ?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: