jump to navigation

Tolak Persaksian Mahathir Selama-lamanya April 7, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Bagi IB, semenjak kes 1998, IB telah tidak lagi terima pandangan atau pendapat Mahathir. Baik semasa Mahathir masih menjadi PM mahupun semenjak dia seolah-olah menjadi “pembangkang”, IB tetap tidak boleh nak terima kata-kata Mahathir.

Walaupun akhir-akhir ini kata-kata Mahathir dilihat banyak membantu membongkar krisis serta kemelut yang bergelodak dalam UMNO, namun, IB tetap masih tidak dapat terima apa yang diperkatakan oleh Mahathir.

Mungkin IB terlalu “melampau” dalam memegang ayat Al-Qur’an:

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

Surah An Nuur ayat 4

Bagi IB selagi Mahathir tidak dapat membawa bukti yang dituduh terhadap Anwar, selagi itulah IB tidak boleh terima kata-kata Mahathir – selama-lamanya.

Perlu juga kita ingat Mahathirlah orang yang pernah memfitnah Baginda Rasulullah s.a.w. yang kita sayangi. Belum kedengaran Mahathir bertaubat atas penghinaannya terhadap manusia yang paling mulia di muka bumi ini.

Dan kita juga harus ingat, sebelum PRU2008, Mahathir tetap mengatakan dia tidak sokong pembangkang. Bukan niat dia untuk melihat pembangkang berkuasa. Jauh lagi dari mendoakan Anwar berkuasa. Bagi dia, apa yang dilontarkan terhadap kepimpinan Pak Lah serta krisis dalaman UMNO adalah untuk memperkuatkan UMNO serta kembali berkuasa (mungkin melalui “kroni/keluarga”nya).

Janganlah kita menaruh sebarang harapan untuk Mahathir membantu kita menang. Tetapi kita boleh mempergunakan Mahathir untuk kita menang. Ingatlah bahawa persaksian orang seperti Mahathir harus ditolak selama-lamanya.

Walaupun telah beberapa kali IB mendapat jemputan khas untuk ke pelbagai majlis ceramah Mahathir, IB masih berpegang kuat dengan ayat di atas.

Sekian, IB.

[Mungkin kita boleh masukkan beberapa nama lagi di dalam senarai yang kita harus tolak persaksian mereka selama-lamanya, seperti Musa Hassan dan seumpamanya]

Comments»

1. jingoza - April 7, 2008

salam ib, betul selagi mamak kutty ni tak insaf atau mohon maaf atas segala kebejatannya kita akan tolak dia sampai bila-bila ! juga yang lain-lain seangkatan dengannya juga patut dipamerkan,buat satu senarai semua pengkhianat-pengkhianat,pembelot-pembelot agama dan bangsa untuk diiklankan/dibukukan ! dengan cara ini dapatlah generasi sekarang & akan datang mengerti siapakah dalang-dalang jahat pada negara untuk dikenang selamanya dalam sejarah,mungkin boleh dimasukkan dalam subjek sejarah disekolah-sekolah untuk pelajar-pelajar mengenal siapa mereka ini !
wassalam

2. Zoyak - April 7, 2008

Sdra IB saya sangat sokong apa yang saudara katakan. Persaksian dari Tun Mahathir memang ditolak. Isu Qazaf jelas berlaku dalam kes Anwar Ibrahim. Selain memfitnah Rasulullah, Tun Mahathir juga bencikan ulamak, semasa beliau berkuasa. Jadi bagaimana nak percayakan kepada dia kalau perintah Allah diambil sebahagian-sebahagian sahaja, Rasulullah dihina dan ulamak dibuli. Tetapi ruang yang dibuka untuk kita gunakan, gunakanlah. Hanya kita berdoa agar Tun Mahathir insaf dan sedar ketelanjurannya.

3. Adli Ehsan - April 7, 2008

Salam IB,..

Saya bersetuju 100% dengan pandangan sdr. Malah usaha untuk menerangkan kpd umat Islam seluruhnya tentang hal ini perlu dilipatgandakan supaya tidak siapa yang berani mempersendakan perintah2 Allah lagi.

TDM perlu disanggah menurut dalil Al-Qur’an dan Hadith. Ramai umat Islam menjadi rosak aqidahnya akibat drpd tindakan2 beliau dan pengikut2nya dalam peristiwa 1998.

Tetapi hal ini tidak dikupas dan dibahaskan secara ilmiah menurut perspektif Islam.

Saya percaya jika usaha ini di’highlight’kan dan di’publicity’kan maka umat Islam akan faham dan tidak lagi menerima kesaksian mereka ini, aptah lagi menjadikan mereka sebagai pemimpin buat selama2nya.

4. Al-Marhum Ustaz Fadhil Doa Mahathir Dipanjang Umur … « Ibrahimbaba’s Weblog - April 9, 2008

[…] Dalam membela dirinya, Mahathir turut, tanpa disedarinya sendiri, membongkarkan pelbagai perkara yang sebelum ini rakyat umum tidak tahu. Betul atau tidak kata-kata Mahathir itu dalam keadaan beliau tersempit – banyak yang kita boleh persoalkan. Sememangnya persaksian orang-orang seperti Mahathir ditolak dalam Al-Qur’an. […]

5. Al-Marhum Ustaz Fadhil Doa Mahathir Dipanjang Umur « Malay WorldWide Press - April 9, 2008

[…] Dalam membela dirinya, Mahathir turut, tanpa disedarinya sendiri, membongkarkan pelbagai perkara yang sebelum ini rakyat umum tidak tahu. Betul atau tidak kata-kata Mahathir itu dalam keadaan beliau tersempit – banyak yang kita boleh persoalkan. Sememangnya persaksian orang-orang seperti Mahathir ditolak dalam Al-Qur’an. […]

6. Padi Huma - April 10, 2008

Memang kita kalut habih, pemimpin kalau asas pegangan dalam Islam pun kurang, macamana nak jadi pemimpin. Buat apa-apa hal dalam bersangkutan dengan Islam ambik lebih kurang saja. Hukuman dan bala dari Allah sudah mula nampak. Asas nak jadi pemimpin , mesti pandai agama, kalau ambil agama mana-mana yang sesuai dengan nya begitulah jadinya .Kalau nak negara maju, didik rakyat dengan ilmu agama terlebih dulu, selalu dekati para alim ulama, jangan pandai-pandai keluar pendapat tentang agama tanpa merujuk pada ahlinya.

7. Mahathir Sedia Untuk Didakwa - Sebahagian Doa Ustaz Fadhil? « Ibrahimbaba’s Weblog - May 18, 2008

[…] perlukah kita dengar lagi leteran Mahathir yang tidak habis-habis? Persaksian Mahathir wajar ditolak jika kita ingat pada Al Qur’an Surah An Nuur ayat 4. Dan kita wajar tolak […]

8. Mahathir Mahukan Kredit Bila Kerajaan BN Tumbang « Ibrahimbaba’s Weblog - May 21, 2008

[…] apakah perlu kita masih hendak melayan kerenah Mahathir? Apakah masih ada yang sokongan ramai kepada Mahathir? Setakat yang IB perhatikan ialah mereka yang […]

9. Saiful Mohon Biasiswa Bila Sudah Dibuang UNITEN? « Ibrahimbaba’s Weblog - June 30, 2008

[…] pun jangan kita mudah menghukum dan perlu kita ingat dengan ayat Al Qur’an, Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, […]

10. Saiful Mohon Biasiswa Bila Sudah Dibuang UNITEN? « - June 30, 2008

[…] pun jangan kita mudah menghukum dan perlu kita ingat dengan ayat Al Qur’an, Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: