jump to navigation

Genap 50 BN/Perikatan Memerintah – Bermula Era Baru April 19, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik.
trackback

Menjelang 31 Ogos 2008, maka genaplah kerajaan Perikatan/BN memerintah negara yang telah merdeka 50 tahun lalu. Dengan genapnya setengah abad, kini sampai masa untuk negera mula diperintah oleh pakatan pelbagai parti yang bakal mengisi dan melaksanakan aspirasi rakyat yang mengharapkan pembaharuan.

Rasa IB, samada BN merayakan hari kemerdekaan kali terakhir sebelum diambil alih oleh Pakatan Rakyat atau sambutan Hari Merdeka kali ini bakal raikan di bawah pemerintahan PR.

Tidak lama masanya. Lebih-lebih mungkin 4-5 bulan lagi. Jika tidak, Hari Merdeka kali ini akan disambut di bawah kerajaan baru. Jika ini berlaku, hayat BN untuk kekal memerintah hanya tinggal kurang 4 bulan lagi. Apabila BN tidak lagi berkuasa, terlalu amat sukarlah untuk BN/UMNO untuk kembali memerintah. (Sebabnya di sini – “Now or Never’ Bagi Anwar Ibrahim)

Begitulah kebanyakan ramalan. Perikatan pelbagai parti pra-merdeka (dan diubahsuai pada awal 1970an selepas dikejutkan dengan peristiwa gelap 13 Mei) mungkin hanya sesuai untuk zaman membangunkan negara selepas Merdeka. Untuk terus membangun dan menghadapi globalisasi, mungkin asas perikatan parti pra-merdeka sudah tidak lagi relevan.

Apakah kerana harapan baru rakyat sudah tidak lagi sesuai dengan cara berfikir orang-orang dulu yang berkorban membentuk asas negara yang baru merdeka?

Mungkin bukan itu sebabnya. Mungkin mereka yang terkemudian yang mewarisi tampuk pemerintahan dengan mudah sudah tidak sedarkan diri lagi. Merekalah yang sebenarnya sudah lari dari asas perjuangan dulu. Mereka yang sebenarnya telah menghancurkan asas perjuangan orang-orang dulu.

Begitulah juga Dasar Ekonomi Baru dibina atas asas yang murni. Cuma mereka yang melaksanakannya yang sudah tidak lagi dapat menjiwai apa yang telah dimaksudkan oleh pengubal DEB.
Sekian, IB

Comments»

1. Muda - April 20, 2008

Biasanya seseorang yang mencapai umur separuh abad , maka dianggap kematangan beliau akan bertambah bagi membawa nya kearah perjalanan yang akan menentukan akhirannya . Kalau orang inggeris menyatakan life begins at 40 tetapi mengikut orang cina , apabila seseorang lelaki mencapai umur 50 maka beliau dianggap mempunyai tenaga dan akan bergerak dengan lebih cergas .

Setelah negara menyambut 50 tahun kemerdekaan , apakah UMNO akan lebih bertenaga atau menjadi lesu setelah badai tsunami politik pada 8.3.2008 memberi tamparan yang hebat kepada UMNO ?

Apakah sebenarnya matlamat UMNO baru yang jelas telah menyimpang dari UMNO yang diasaskan oleh arwah Dato’ Onn dan lain-lain pejuang kemerdekaan ?

2. Siapa Bakal PM Mengikut Teori RAHMAN? « Ibrahimbaba’s Weblog - April 23, 2008

[…] jika PR bakal membentuk kerajaan persekutuan dalam masa yang terdekat (sekitar Ogos atau September – sepertimana diperakui kemungkinannya sendiri oleh Anwar hari ini), dan Anwar belum sempat […]

3. karim - April 24, 2008

tetap Anwar Ibrahim yg ternyata mempunyai banyak strategik….
arif dan berpengalaman dlm politik..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: