jump to navigation

Krisis Makanan Global – Tindakan Drastik Perlu April 19, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Pelbagai pihak telah mengeluarkan amaran berhubung krisis makanan yang sedang dan bakal dihadapi di seluruh pelusuk dunia. (krisis terburuk di Korea Utara, rusuhan di Haiti, 11 kematian di Mesir, India, Bangladesh dan TIME sudah ramalkan [Ogos 2007] krisis makanan selepas krisis minyak).

Di tanah air kita sendiri pun krisis ini sudah pun bermula walaupun pada skala yang kecil dan belum mencetus ke peringkat rusuhan (nauzubillah). Semenjak setahun dua ini kita sudah mendengar kekurangan pelbagai barangan keperluan. Terbaru yang bakal kita hadapi ialah kekurangan bekalan beras (termasuk meehoon) – yang sudah pun ketara di beberapa negara seperti Filipina.

Punca utama ialah kekurangan pengeluaran bahan makanan utama seperti padi dari negara-negara pengeluar utama seperti China, Vietnam, Mesir dll. Di Australia, kemarau selama telah mengakibat bekalan beras untuk 20 juta manusia sehari dikurangkan sebanyak 98% pengeluaran pada Dis 2007.

Di pasaran dunia, harga pasaran beras dikatakan sudah meningkat sehingga 30%.

Apakah langkah-langkah yang wajar diambil oleh kita sebagai pengguna? Beras adalah sumber bahan makanan utama kita di Malaysia. Kita perlu sama-sama mengambil tindakan drastik dalam cara kita makan. Kita boleh mengurangkan kuantiti nasi yang kita makan, sebagai satu contoh. Di Filipina, hidangan nasi dikurangkan separuh oleh beberapa kedai makanan segera.

Apakah pula langkah-langkah wajar yang perlu diambil oleh Kerajaan?

Selain meningkatkan usaha pengeluaran makanan dan mempelbagaikan sumber makanan, kerajaan MESTI mula mengurangkan pembaziran. Mana-mana projek mega yang tidak wajar buat masa ini perlu ditangguhkan. Sumber dana yang ada lebih sesuai dihalakan kepada usaha-usaha meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan.

Dengan kekurangan bekalan bahan asas makanan, harga akan meningkat. Yang akan menjadi mangsa ialah mereka yang miskin dan papa. Kita perlu bersedia menghadapi detik dan saat ini mulai dari sekarang. Berjimatlah.

Negara boleh menjadi hura-hara bila bahan asas makanan untuk penduduk kehabisan. Kerajaan boleh ranap akibat rusuhan rakyat sememangnya kelaparan dan kebuluran. Bank Dunia menjangkakan sekurang-kurangnya 33 negara akan berlaku huru-hara akibat krisis makanan ini.

Sama-sama kita doakan agar dijauhkan tanah air kita dari bencana ini.

Sekian, IB

Comments»

1. dinahmad - April 20, 2008

perkara ini dah saya jangka semasa mula-mula saya bercadang nak ambil diploma dalam bidang pertanian….nampaknya apa yang saya jangka sejak tahun 1977 telah menjadi kenyataan….

Tapi malangnya Malaysia telah menghilangkan UPM atau Universiti Pertaniannya sendiri atas alasan industri pembinaan dan laian-lain lebih menguntungkan….sekarang siapa yang kena?…balik-balik kita jugak yang susah…kesian petani dan pesawah…mereka yang mengeluarkan padi….sekarang harga barang semua naik termasuk baka dan input pertanian…
Tindakan…semua kena tanam padi…buat macam dulu padi huma dan kawasan jelapang baru dan kawasan sawah sedia ada perlu ditanam…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: