jump to navigation

Siapa Bakal PM Mengikut Teori RAHMAN? April 23, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
trackback

Teori RAHMAN yang seolah-olah benar setakat ini dalam menuruti nama Perdana Menteri pertama sebagai senarai nama-nama PM yang berikutnya mengikut ejaan nama Tunku Abdul Rahman.

Namun, setelah berlaku kejutan politik apabila Anwar yang disebut-sebut sebagai bakal PM dipecat pada tahun 1998, teori RAHMAN itu seolah-olah tergugat dari menjadi kenyataan sehinggalah Mahathir memilih Pak Lah.

Maka reda kembali persoalan siapa PM selepas Mahathir kerana Mahathir melantik Pak Lah sebagai Timbalannya. Maka Pak Lah menjadi nama yang bakal mengisi huruf A sebagai memenuhi urutan RAHMAN. Namun dalam pada itu, timbul pula persoalan apakah Anwar masih mampu mengisi huruf A jika Pak Lah terpelanting sebelum Mahathir bersara?

Tetapi pasca PRU1999, dengan melihat pengaruh PAS yang tiba-tiba melonjat, ramai pula yang memikirkan mungkin A itu akan dimiliki oleh Abdul Hadi Awang dengan mengharapkan momentum pengaruh PAS berlanjutan hingga ke PRU berikutnya dengan harapan BN di bawah Mahathir tumbang.

Tetapi pada tahun 2003, ternyata Pak Lah mengesahkan namanya mengisi untuk huruf yang diharapkan oleh pendokong reformasi diisi oleh Anwar. Berikutan itu juga nama Anwar makin menjadi sukar diramal untuk mengisi kerana Najib dilantik sebagi Timbalan. Maka Najiblah dijangka perlengkap kepada susunan huruf RAHMAN.

Namun, penyokong kuat Anwar tetap mengharapkan Anwar untuk menjadi PM. Maka timbul pula teori kononnya dalam bahasa Arab bahawa Rahman sepatutnya Rahmaan maka Anwar masih menepati ramalan untuk mengisi susunan huruf yang diubahsuai sebagai RAHMAAN.

Dengan perkembangan politik pasca PRU2008, maka teori RAHMAAN kini semakin hampir menepati ramalan bagi mereka yang mahukan Anwar sebagai penganti Pak Lah sebagai PM dengan harapan baru untuk Malaysia.

Tetapi kejutan yang bakal kita tidak sangka mungkin berlaku. Anwar mungkin bukan orang yang bakal mengisi huruf kedua dalam susunan RAHMAAN. Anwar belum lagi menjadi seorang wakil rakyat. Anwar perlu bertanding dahulu untuk dilantik sebagai ahli Parlimen kemudian baru boleh memungkinkan beliau menjadi PM.

Dan jika PR bakal membentuk kerajaan persekutuan dalam masa yang terdekat (sekitar Ogos atau September – sepertimana diperakui kemungkinannya sendiri oleh Anwar hari ini), dan Anwar belum sempat bertanding untuk kerusi Parlimen, maka Malaysia bakal mendapat Perdana Menteri wanita pertama (Azizah – sebagai Ketua Pembangkang sekarang) bagi melengkapkan huruf A selepas Pak Lah dalam susunan RAHMAAN.

… sekadar membicarakan pelbagai kemungkinan dalam senario politik pasca PRU2008.

Sekian, IB

Comments»

1. udin - April 24, 2008

Nurul izzah …..yesssss!

2. balikarus - April 24, 2008

senang aja… nik abdul aziz sebagai pelengkap teori rahman. sementara menunggu dsai bertanding dlm prk dan jadi MP. tok guru pelengkap teori dan dsai buka era baru malaysia. tapi tok bukan MP… ?

3. Anwar Tidak Perlu Bertanding … « Ibrahimbaba’s Weblog - April 29, 2008

[…] Apabila Pakatan Rakyat mempunyai cukup bilangan wakil rakyat yang bakal meninggalkan BN, maka PR akan membentuk kerajaan baru. Kak Wan boleh menjadi Perdana Menteri wanita pertama Malaysia. […]

4. panjangakal.com » Blog Archive » Teori Rahman : Siapa Yang Akan Memenuhi Ruang “N” - June 15, 2008

[…] meng”Google”, aku turut menjumpai beberapa blogger yang mengutarakan isu ni antaranya, ibrahimbaba, rasabijak, blogging4life, dan banyak lagi korang boleh search dengan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: