jump to navigation

Keegoan Mengundang Padah Kepada Derih dan Rosol? April 25, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, Terengganu.
trackback

IB amat tertarik dengan satu tulisan panjang oleh Sdri. Penawar Rindu di laman blognya yang baru bermula sehari-dua ini.

IB tidak ingin memetik keseluruhan tulisan beliau yang sebenarnya merupakan Surat Terbuka Untuk YB Rosol Wahid. IB suka membaca tulisan-tulisan seperti ini. Tiada bahasa kasar digunakan. Banyak fakta (yang IB tak tahu sesetengahnya) yang sampaikan.

Yang paling menariknya ialah gambar yang disiarkan di akhir tulisan tersebut. Gambar [yang dirakam sendiri oleh Penawar Rindu] satu papan-tanda besar tepi jalan [di kawasan Rosol] yang bertajuk Keegoan Mengundang Padah! oleh Majlis Keselematan Jalanraya Negeri Terengganu.

Manusia merancang Allah lebih hebat perancangannya. IB rasa semacam gambar-gambar hamba Allah pada papan-tanda itu semacam menepati tajuknya.

SIapa sangka itulah yang sebenarnya yang telah berlaku semasa kemelut perlantikan MB Terengganu (Tulisan IB yang lepas berhubung Kemelut tersebut: 1: Siapa Nak Letak Jawatan?, 2: Siapa Natang?, 3: Perlembagaan Mana?, 4: Seterusnya, 5: BN Bakal Hilang Terengganu, 6: Sokong Tuanku, 7: Pak Lah Mengalah, 8: Berakhir Sudah , dan 9: Skrip Keputusan MT).

Tahniah Penawar Rindu.
Sekian, IB

Comments»

1. Muda - April 26, 2008

Sejarah mengajar kita supaya berubah untuk menjadi lebih hebat dan maju ke hadapan dengan memperbaikki kekurangan dan kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu . Nama-nama besar seperti Firaun , Qorun , Haman , Abu Jahal , Abu Lahab dan lain-lain yang telah tersungkur kerana keegoan dan kesombongan akibat kekuasaan yang menutup kebenaran yang terdapat di hadapan mata mereka . Malangnya manusia sering melupakan sejarah dan menganggap sejarah cuma sebagai satu mata pelajaran yang dipelajari di sekolah ataupun kolej .

2. asrol - April 26, 2008

bravo!!!

artikel ni display kat frontpage wordpress.com

3. yumak - April 26, 2008

Janganlah kamu mengamal sombong dan takbur atas bumi Allah swt… Sesungguhnya Allah benci pada orang yang sombong dan takbur. Tidak kah mereka tahu bahawa semua yang terjadi adalah kehendak Allah swt. Maka patuh dan redholah kehendak yang MAHA KUASA… Mereka itu tak mengajikah…. Sebab itu lah orang beriman sahaja yang dikasihi Allah…. Kita kena bersyukur…. tapi adakah mereka faham apa itu bersyukur…. kalau tak faham suruh mereka tanya saya… kesian mereka masih jahillll.

4. Tuan Tanah Melayu - July 3, 2009

assalamualaikum
saya tidak tahu sama ada artikel tu betul or tak…
tapi kita sebagai manusia harus mengkaji dan meneliti sejauh mane kebenaran artikel tu….
lagi pun satu sifat manusia yang tak boleh di kikis adalah suka mencari kesalahan orang lain…
suka mem buat fitnah, mengejek dan mencaci….
oleh itu kita harus sama2 mengkaji artikel ini untuk mencari kebenaran….
mungkin artikel ini berbaur fitnah….
dan mungkin artikel ini benar….
jadi kita sebagai manusia yang di anugerahkan oleh ALLAH akal yang waras harus mempertimbangkan nyer…..
Yang Kurik Itu Kundi, Yang Merah Itu Saga, Yang Baik Itu Budi Dan Yang Indah Itu bahasa…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: