jump to navigation

Salam Dari Luar Negara May 25, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Mahathir, politik, PRU2008.
add a comment

IB ingin memohon maaf kerana tidak dapat menulis untuk seketika. Kini, IB menghadiri satu persidangan dan pameran antarabangsa di luar negara.

Yang menariknya, dari kebanyakan perbualan dengan peserta antarabangsa yang sempat IB duduk bersama atau bertukar fikiran di celah-celah susunan pelbagai program, ramai yang amat mengambil tahu hal-ehwal politik Malaysia.

Walaupun mereka bukan rakyat Malaysia dan tidak tinggal di negara kita, kebanyakkan mereka tahu prestasi buruk BN dalam PRU2008, mengikuti perkembangan kerenah Mahathir dan sedar bahawa Anwar bakal menjadi PM selepas peralihan kuasa kerajaan persekutuan nanti.

Komen-komen yang dibuat adalah sekitar tidak patutnya Mahathir yang masih menyibuk dan menunjuk kuasa walaupun dia sudah tiada lagi kedudukan dalam kerajaan mahupun parti. Yang paling menarik ialah ramai yang menunjukkan keinginan (yang tidak sabar-sabar) untuk melihat Anwar kembali di dalam kerajaan yang memerintah. Malah ramai yang memperakui bahawa Anwar perlu mengambil kesempatan yang ada sekarang ini, atau terpaksa lupakan untuk selamanya.

Begitulah serba sedikit yang sempat IB rakam semasa masih di luar negara sehingga akhir minggu ini.

Sekian, IB

Mukhriz Menegur Ayahnya … oops Pak Lah May 21, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Mahathir, Melayu, politik, UMNO.
5 comments

Mungkin ramai sudah membaca atau menonton/mendengar berita bahawa Mukhriz tidak keluar UMNO tetapi mengeluarkan beberapa saranan dan teguran kepada Pak Lah.

Hairan dan pelik pula. Terasa semacam Mukhriz ini baru lahir semalam. Apakah dia tidak sedar atau terlalu kecil dan belum mumayyiz semasa ayahandanya menjadi pemimpin UMNO selama lebih 22 tahun? Atau dia mengidap penyakit “Melayu mudah lupa”. Tidakkah dia tahu bahawa ayahandanyalah yang telah memusnahkan UMNO sehinga “semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih” (kata Anwar).

Mukhriz mengatakan bahawa dia akan kekal dalam UMNO bagi membolehkannya “menjadi suara yang lantang untuk menegur segala kepincangan kepimpinan tertinggi parti“. Memang kini dia boleh mengatakan sedemikian kerana Pak Lah adalah jauh lebih toleransinya dari Mahathir dalam menerima kritikan (TETAPI mungkin Pak Lah tidak mendengar kerana terus terlena!).

Tambah Mukhriz lagi, beliau tidak gentar dengan sebarang bentuk hukuman yang akan dikenakan ke atasnya. Memang betul untuk masa ini. Kalau zaman Mahathir dulu – sudah ramai yang kita saksikan dan kesiani.

Katanya lagi ‘‘Kali ini, saya akan lebih berani bersuara untuk menyuarakan isi hati saya serta rakan-rakan yang lain kerana ini mencerminkan isi hati rakyat yang mahukan perubahan besar dalam kepimpinan UMNO.’’ Tetapi Mahathir langsung tidak mengendahkan suara orang-orang Melayu menolaknya dan UMNO pada tahun 1999. Sebenar jumlah kerusi UMNO selepas PRU1999 adalah lebih teruk dari PRU2008. Cuma kali ini bangsa bukan Melayu yang banyak menolak BN (MCA/MIC/Gerakan). BN yang kalah teruk bukan UMNO.

Sekarang Mukhriz berani, ‘‘Saya mendesak agar Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan segera.’’ Pada tahun 1998, Anwar disumbat penjara kerana menyuruh Mahathir perkara yang sama.

Mukhriz turut menggesa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuka seluas-luasnya segala ruang demokrasi parti seperti termaktub dalam perlembagaan parti. Apakah dia tidak sedar bahawa di zaman ayahndanyalah UMNO dimusnahkan dan MT hanyalah menjadi “majlis suruhan” sekadar setuju tanpa bantah segala yang Mahathir kata? Siapa berani bersuara masa itu?

Dia kemudian mengungkit sistem kuota pemilihan parti yang perlu dimansuhkan. Siapa yang memulakan? Siapa yang mencengkam pemerintahan UMNO dengan kuku-besinya?

Katanya lagi, pucuk pimpinan parti tidak wajar mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti. DIa kena baca pelbagai arahan yang di keluarkan oleh ayahandanya sendiri.

Kalau kepada Mahathir, IB katakan – kata orang aku yang lebih. Untuk Mukhriz – kuman di seberang nampak, gajah di depan matanya sendiri dia tidak nampak – mungkin ini yang paling tepat.

Sekian, IB

[jangan pulak ada pembaca yang ingat IB penyokong Pak Lah]

Mahathir Mahukan Kredit Bila Kerajaan BN Tumbang May 20, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Mahathir, politik.
3 comments

Peralihan kuasa pemerintahan kerajaan Persekutuan semakin dekat. Masa untuk Anwar menggerakkan langkah berikutnya sudah hampir pasti tiba.

Namun, apabila itu berlaku, mungkin Mahathir akan mengaku bahawa itu adalah sumbangannya. Dia akan mengatakan bahawa keluarnya pemimpin dan wakil rakyat UMNO secara berbondong-bondong kerana mengikuti langkah dan saranannya – bukan kerana kepimpinan Anwar.

Jika dibiarkan untuk Anwar menawan kerajaan Persekutuan maka Anwar yang akan mendapat nama. Itulah agaknya Mahathir kena cepat-cepat keluar UMNO dan menyeru ahli lain untuk turut serta keluar parti dan sertai mana-mana parti pembangkang. Apabila itu berlaku maka bolehlah dia kata itu kerana sumbangan dia dalam menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi, apakah perlu kita masih hendak melayan kerenah Mahathir? Apakah masih ada sokongan ramai kepada Mahathir? Setakat yang IB perhatikan ialah mereka yang bersama Mahathir akhir-akhir ini adalah mereka yang jika kekal dalam UMNO pun sudah tidak lagi diterima pun.

Satu lagi tradisi UMNO ialah pemimpin mereka hanya disanjung apabila ada kuasa. Siapa lagi yang masih menghormati pemimpin UMNO yang sudah “expired”? Sememangnya budaya UMNO – mencium tangan pemimpin hanya semasa mereka masih tetap berkuasa. Ahli UMNO tidak lagi akan melayani pemimpin mereka selepas mereka tidak mempunyai kuasa lagi.

Itulah sebenarnya antara kemusnahan yang telah dipupuk oleh Mahathir dengan rasa gerun di kalangan ahli mereka selama 22 tahun beliau memegang kedudukan nombor satu parti dan negara. Siapa yang berani tegur Mahathir dulu – jika tidak berani menghadapi risikonya?

Sampailah masanya untuk Mahathir sedar. Jika dengan segala yang telah Allah tunjukkan serta peluang yang diberi untuk bertaubat dan masih dia belum mahu sedar – nauzubillah.

Kalaulah boleh IB cadang kepada Pak Lah, kekallah sebagai Presiden. Jangan ikut Mahathir. Mahathir sudah tidak ada apa. Semoga itu akan juga mempercepatkan peralihan kuasa kerjaan Persekutuan.

Sekian, IB

Mahathir Keluar UMNO – Makbul Doa Ust. Fadzil Noor? May 20, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, UMNO.
2 comments

Keluarnya Mahathir sebagai ahli UMNO di waktu dia tidak lagi menjadi Presiden bermakna bekas Perdana Menteri itu sememangnya melengkapkan tradisi parti yang disayanginya. Semua bekas presiden UMNO sebelum ini (kecuali Razak) mengatakan bahawa mereka menentang pemimpin parti kerana sayangkan parti.

Betul atau tidak itu – wallahu ‘alam.

Namun, apakah ini yang dimaksudkan oleh Al-marhum Ust. Fadzil Noor yang mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang dilakukannya? Apakah doa arwah Ust. Fadzil sudah termakbul?

Apa dia kemusnahan yang dilakukan oleh Mahathir? Tidak sukar untuk kita cari. Sepanjang lebih 22 tahun Mahathir menjadi Presdien parti dan juga sebagai Perdana Menteri, pelbagai yang telah dilakukan.

Antaranya, perpecahan dalaman parti yang paling parah berlaku dua kali – terbitnya parti S46 dan PKN, penangkapan ahli politik dan aktivis sosial secara besar-besaran – jauh lebih ramai, pelbagai akta yang mencengkam kebebasan rakyat, suara rakyat disekat langsung habis-habisan, mana-mana pemimpin UMNO yang nampak menentang akan dicantas dari awal lagi, pemecatan Ketua Hakim dan krisis perlembagaan, pertembungan dengan raja-raja Melayu, menghina Rasulullah s.a.w., menghukum orang-orang Melayu bila mereka mengundi PAS (rakyat Terengganu disekat dari dana royalti Petronas), menghukum orang-orang Melayu bila mereka tidak mengundi BN (menambah kawasan Parlimen bukan Melayu sahaja), politik wang berleluasa (hingga sukar dibendung sekarang), dan banyak lagi kalau nak disenarai dan diperincikan.

Bukanlah IB sokong Pak Lah, namun senarai di atas memang tiada bandingannya untuk Pak Lah. Mahathir jauh lebih juara dalam segala aspek pemerintahan kuku-besinya.

Kini, Mahathir keluar parti kerana mahukan Pak Lah letak jawatan. Zaman dia dulu, dipecat orang yang tentang dia.

Apa-apa yang Mahathir merungut sekarang pada dasarnya adalah ketidakpuasan hatinya kerana Pak Lah tidak lagi mengikut telunjuknya. Dia turut marah Najib kerana tidak lawan Pak Lah. Dulu, dia kata Anwar tak sabar untuk jadi PM dan nak lawan dia – sebab itu dia pecat. Kini dia pulak suruh Timbalan Presiden lawan Presiden.

Kata orang aku yang lebih …

Sekian, IB

Keluar UMNO – Mahathir Melengkapkan Tradisi May 19, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, UMNO.
2 comments

Maka heboh seluruh negara dengan berita yang mengemparkan bagi sesetengah orang. Begitulah bertalu-talu beberapa kenalan yang mengirim SMS sebaik sebelum dan selepas zohor tadi.

Namun, bagi IB, sememangnya berita seperti ini sudah dijangkakan dan hanya menunggu masanya diumumkan. Secara tradisi, itulah budaya rasmi UMNO. Keluarnya Mahathir dari menjadi ahli UMNO selepas tidak lagi menjadi Presiden parti ialah sekadar melengkapkan tradisi parti yang pernah dipimpinnya lebih 22 tahun.

Kesemua Presiden UMNO sebelum ini, akan menentang partinya sendiri selepas tidak lagi memegang kedudukan nombor 1 dalam parti. Kesemua … kecuali yang meninggal dalam jawatan seperti Razak Hussein.

Onn Jaafar keluar dan tubuh parti baru serta bertanding menentang UMNO/Perikatan. Tengku Abdul Rahman bersama Hussien Onn berganding tenaga menentang Mahathir memberi sokongan kepada Semangat 46 dan Angkatan Perpaduan Ummah.

Kini, Mahathir hanya sekadar melengkapkan tradisi parti supaya terpahat dalam sejarah parti yang sudah goyah itu. Orang yang paling lama berkuasa dalam parti pun tetap menentang parti.

Itulah tradisi UMNO. Sekadar mengingatkan ahli-ahli UMNO yang muda dan tidak tahu sejarah parti (peringatan baik untuk Hishamuddin – ayahnya dan datuknya sendiri keluar parti dan tentang UMNO!).

Biarkan … biarkan.

Sekian, IB

Mahathir Sedia Untuk Didakwa – Sebahagian Doa Ustaz Fadzil? May 18, 2008

Posted by ibrahimbaba in Mahathir, politik, UMNO.
4 comments

Laporan siasatan suruhanjaya rakaman VK Lingam sudah pun diumumkan. Maka panaslah dan tidak senang duduklah bagi sesetengah yang terlibat. IB ingin lihat apa tindakan UMNO terhadap Setiausaha Agungnya yang terlibat dalam kes rakaman Lingam ini.

Namun, antara yang cepat mengulas ialah Mahathir sendiri. Dia cepat menyahut kemungkinan yang dia akan disiasat dan didakwa.

IB melihat peristiwa ini dengan merujuk kembali kepada tulisan IB dulu Al-Marhum Ustaz Fadzil Doa Mahathir Dipanjang Umur …

Apakah ini sebahagian dari apa yang dimaksudkan oleh arwah Ustaz Fadzil? Apakah ini termasuk apa yang Mahathir sendiri akan merasai dalam hayatnya akan kemusnahan yang dilakukannya?

Tetapi perlukah kita dengar lagi leteran Mahathir yang tidak habis-habis? Persaksian Mahathir wajar ditolak jika kita ingat pada Al Qur’an Surah An Nuur ayat 4. Dan kita wajar tolak selama-lamanya.

Dan inilah juga yang kerap IB petik bahawa apabila kita berbohong, kita terpaksa berbohong lagi untuk menutupi pembohongan lampau (when you compound a lie, you compounded the consequences).

Sekian, IB

Mutu Kewartawanan NST Lemah? May 14, 2008

Posted by ibrahimbaba in akhbar, politik.
1 comment so far

Kerap kali dalam perbualan dengan penulis, wartawan serta editor akhbar yang veteran, kedengaran akan mutu kewartawanan kini amat merosot dan rendah sekali.

Ingin IB petik contoh dari laporan persidangan di Parlimen yang ditulis oleh Azmi Anshar yang bertajuk “DEWAN DISPATCHES: Devotion and derision in the presence of an absent Anwar Ibrahim” siaran NST pada 13 Mei, 2008.

Antara yang ingin sebut ialah laporan dengan fakta yang tidak tepat:

Tun Dr Mahathir Mohamad accused Anwar of ulterior motive in releasing the cellphone video recording of V. K. Lingam allegedly brokering senior judicial appointments.

Rakaman yang dibuat oleh Loh Gwo Burne adalah dengan mengguna kamera baru beliau ketika itu dan bukan dengan mengguna telefon bimbit.

Anwar claim that 34 Sabah BN Mps are ready to defect to Pakatan Rakyat

Setahu IB, hanya terdapat 25 kawasan parlimen di Sabah. Tidak tahu mana pula selebihnya dari Sabah itu. Anwar tidak secara langsung menyebut kesemua jumlah itu datang dari Sabah, tetapi mungkin disebut sebahagian besarnya dari Sabah – itu jauh beza cara melaporkannya.

Terlanjur menyebut perkara di atas, IB teringat akan komentar yang ditulis oleh editor NST 10 tahun lalu bahawa mata Anwar lebam akibat terkena tahi bintang. Kini bekas editor sudah menjadi seorang blogger dan teringinlah pula IB fahami kenapa editor yang mempunyai nama ketika itu sanggup mengadai “professionalism”nya hanya kerana “takut” atau “membodek” Mahathir yang menyumbat Anwar di lokap Bukit Aman untuk dihidang kepada Rahim Nor.

Sekian, IB

Royalti Minyak – Bukti Betapa Jahatnya Kerajaan BN May 14, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, royalti, Terengganu.
1 comment so far

Kenyataan terbaru di Parlimen yang dikeluarkan “Minister in the Prime Minister’s Department Amirsham A.Aziz said the royalty paid to the Federal Government was RM13.420 billion, Terengganu RM7.364 billion, Sabah RM1.234 billion and Sarawak RM4.821 billion for the financial years ended March 2004 till March 2007 adalah suatu yang memeranjatkan bagi IB.

Orang ramai masih ingat bahawa ketika PAS memerintah Terengganu wang royalti ini ditarik balik dan akhirnya ia menjadi kes mahkamah. Akibat dari itu, wang royalti yang sepatutnya diberikan kepada Terengganu, selagi ianya masih menanti keputusan mahkamah, wang yang diperuntukan sebagai royalti untuk negeri Terengganu tidak boleh digunakan.

Adalah menjadi satu kesalahan apabila wang royalti yang sepatutnya dibekukan sambil menanti keputusan mahkamah itu dibelanjakan oleh kerajaan.

Pengumuman Amirsham menimbulkan banyak persoalan:

  • Jika ketika PAS memerintah, pemberiannya dihentikan bagaimana pula mungkin kini wang royalti disalurkan kembali? Apakah mekanisma penyaluran dana tersebut dilakukan?
  • Apakah ini dikira mendahului keputusan mahkamah?
  • Kenapa ianya tidak tercatat dalam akaun pembendaharaan kerajaan negeri?
  • Apakah kaedah pemberian kepada kerajaan negeri jika ianya tidak tercatat dalam pembendaharaan negeri?
  • Siapakah yang bertanggung-jawab dalam perbelanjaan jumlah wang yang berbillion itu?
  • Bagaimana akauntabiliti pembelanjaannya dibuat? Bagaimana urustadbir kewangannya dilakukan?
  • Kemana pula pergi wang yang dirampas semasa PAS memerintah?
  • Apakah nanti perbelanjaan ini termasuk dalam bidang pengauditan Jabatan Audit Negara? JIka ya, IB tersangat ingin melihat laporannya nanti.
  • Bagaimana pula nanti selepas keputusan mahkamah mengarahkan Terengganu berhak atas wang royalti tersebut? Apakah ada peruntukan lain? Atau akan dijawab … “dah habis dibelanjakan” …?

Sukar juga hendak menjawab sesuatu yang rumit sebegini sebabnya, apabila seseorang berbohong dia akan berbohong lagi untuk menutup pembohongan lamanya {when you compound a lie, you compounded the consequences]. Dan dia akan terus dengan pembohongan demi menutup pembohongan lalu.

Jika kenyataan ini “On Petronas contribution or royalties to the states, he said they were paid according to the formula that had been fixed which is five percent or half of the royalty received by the Federal Government” benar bagai dilaporkan, bagaimana mungkin ketika pemerintahan PAS di Terengganu formula seperti ini boleh dipertikaikan.

Inilah bukti betapa jahatnya mereka yang suka mempermainkan amanah yang diberikan Allah. Amanah wang yang sepatutnya dimanafaatkan rakyat jelata. Mereka sesuka hatinya menyekat dan berbelanja tanpa rasa bersalah.

IB teringat slogan “Padan Muka” yang kerap disebut-sebut oleh Derih dan kuncu-kuncunya selepas berjaya menyekat rakyat Terengganu dari mendapat manafaat wang royalti semasa PAS memerintah. Kini mungkin rakyat Terengganu mengatakan padan muka kepada Derih pula.

Sekian, IB

Ulangtahun UMNO Ke 62 atau Baru Ke 20? May 13, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, UMNO.
add a comment

Sampai bilakah UMNO hendak menipu rakyat jelata?

Setiap kali tiba 11hb Mei, mereka akan menyambut “ulangtahun penubuhan” mereka. Yang terbaru, mereka kata mereka sudahpun 62 tahun. Mungkin kebanyakan ahli UMNO sememangnya mudah lupa. Tetapi rakyat jelata masih ingat.

UMNO yang ditubuh pada 11 Mei 1946 sudah ditamatkan riwayatnya oleh mahkamah pada 4 Feb 1988. Sesuatu pertubuhan yang diistihar terbatal oleh mahkamah maka setakat itu sahajalah berakhirnya pertubuhan itu dan terpahatlah dalam sejarah tarikh mula dan tarikh akhirnya.

Apa yang berlaku selepas itu ialah manipulasi Mahathir. Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Orang yang kini menjawat Presiden adalah di antara orang yang sebelah pasukan yang menetang penubuhan UMNO Baru ketika itu. Malah ramai lagi yang kini di dalam UMNO Baru bersama menentang penubuhannya dulu.

Supaya ahli dan orang ramai lupa perubahan yang dirancangnya, Mahathir telah memiripkan UMNO Baru dengan yang lama dalam pelbagai aspek. Selain mengguna nama UMNO yang sama, beliau juga mengguna lambang dan bendera yang mirip asal dengan sedikit perubahan.

Perbezaan minima antara logo baru dengan logo lama

Kemudian, perkataan “Baru” digugurkan dari UMNO Baru supaya sama dengan UMNO yang telah dibatalkan.

Ketika Mesyuarat Agung pertama parti baru itu, Mahathir membuat keputusan agar sambutan ulangtahun parti baru dibuat pada 11 Mei dan bukannya pada bulan Februari, tarikh UMNO Baru didaftarkan.

Akhirnya ahli UMNO Baru (kebanyakannya masih kecil 20 tahun lalu – terutama bagi mereka dalam Pemuda dan Puteri) terlena dengan perancangan Mahathir – malah tidak tahupun beza kedua-dua entiti yang berlainan ini [Kalau tidak percaya, sila periksa nombor pendaftaran di Pendaftar Pertubuhan (ROS)].

Segala yang dirancangnya menjadi. Dengan pembatalan UMNO Asal dan penubuhan UMNO Baru, Mahathir telah dapat menguasai penuh UMNO yang baru ditubuhnya dengan menyekat mana-mana penderhakanya di peringkat awal ini. Dan ianya termasuk Pak Lah yang ketika itu mnyebelahi Ku Li. Sebab itulah Mahathir dapat berkuasa penuh dengan kuku-besinya selama 15 tahun selepas itu.

Sekian, IB

Antara sumber: Personalized Politics: The Malaysian State Under Mahathir (In-wŏn Hwang, Institute of Southeast Asian Studies)

Betulkah UMNO Sokong Sultan? May 9, 2008

Posted by ibrahimbaba in Islam, Kesultanan Melayu, Melayu, Perak, politik, Terengganu, UMNO.
5 comments

Bercampur tidak percaya bila UMNO, samada pemimpin mahupun ahli biasa mereka, sibuk beriya-iya dalam membantah apa yang dikatakan penghinaan terhadap Raja Perak oleh Karpal Singh.

IB sendiri pun tidak bersetuju jika Karpal celupar dan biadap menghina kedaulatkan institusi Raja di Tanah Air kita. IB tidak kira samada penghinaan itu dilakukan oleh orang Melayu ataupun bukan Melayu.

Tetapi, IB terlebih amat marah bila keceluparan datang dari orang Melayu kita sendiri yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.

Malah, IB amat terkejut bila orang Melayu secara terangan menghina Tuanku Mizan kerana tidak memilih pemimpin mereka sebagai MB. Tuanku Mizan disifatkan sebagai binatang!


Di zaman Mahathir, umat Melayu di Tanah Air tercinta ini berpecah dua. Sebahagian besar orang Melayu bersatu ingin mendaulatkan institusi raja. Namun, dengan kuasa yang ada untuk disalahgunakan mereka, UMNO dan kepimpinan (serta segala pak turut mereka) berapi-api menghasut serta menghina Raja-raja Melayu. Untuk beberapa minggu lamanya, satu demi satu raja Melayu diaibkankan oleh akhbar dan media elektronik. Ada juga pemimpin UMNO menabalkan “sultan” lain.

Ketika kemelut tersebut memuncak, IB secara kebetulan berkesempatan duduk semeja dengan seorang Raja Muda (walaupun kini dia sudah memegang tampuk tertinggi). Apabila topik ini IB timbulkan, ternyata di air muka beliau kekesalan terhadap kepimpinan serta jentera UMNO yang menghina Sultan dan diheret untuk diadili oleh rakyat marhaen.

Kadang-kadang kita sukar memahami cara orang UMNO berfikir. Prinsip mereka boleh berubah-ubah. Ketaatan mereka tidak kukuh. Tertib tidak mereka kira. Yang sepatutnya dibuat laporan terlebih dahulu ialah terhadap barisan pimpinan UMNO yang menghadkan kuasa raja dulu. Anwar tidak boleh lari dari ketanggungjawaban beliau berperanan juga semasa itu.

Kalaulah mereka ini sememangnya mudah lupa, krisis perlantikan MB Terengganu masih lagi segar di ingatan, baru sebulan berlalu.

Sekian, IB