jump to navigation

Betulkah UMNO Sokong Sultan? May 9, 2008

Posted by ibrahimbaba in Islam, Kesultanan Melayu, Melayu, Perak, politik, Terengganu, UMNO.
trackback

Bercampur tidak percaya bila UMNO, samada pemimpin mahupun ahli biasa mereka, sibuk beriya-iya dalam membantah apa yang dikatakan penghinaan terhadap Raja Perak oleh Karpal Singh.

IB sendiri pun tidak bersetuju jika Karpal celupar dan biadap menghina kedaulatkan institusi Raja di Tanah Air kita. IB tidak kira samada penghinaan itu dilakukan oleh orang Melayu ataupun bukan Melayu.

Tetapi, IB terlebih amat marah bila keceluparan datang dari orang Melayu kita sendiri yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.

Malah, IB amat terkejut bila orang Melayu secara terangan menghina Tuanku Mizan kerana tidak memilih pemimpin mereka sebagai MB. Tuanku Mizan disifatkan sebagai binatang!


Di zaman Mahathir, umat Melayu di Tanah Air tercinta ini berpecah dua. Sebahagian besar orang Melayu bersatu ingin mendaulatkan institusi raja. Namun, dengan kuasa yang ada untuk disalahgunakan mereka, UMNO dan kepimpinan (serta segala pak turut mereka) berapi-api menghasut serta menghina Raja-raja Melayu. Untuk beberapa minggu lamanya, satu demi satu raja Melayu diaibkankan oleh akhbar dan media elektronik. Ada juga pemimpin UMNO menabalkan “sultan” lain.

Ketika kemelut tersebut memuncak, IB secara kebetulan berkesempatan duduk semeja dengan seorang Raja Muda (walaupun kini dia sudah memegang tampuk tertinggi). Apabila topik ini IB timbulkan, ternyata di air muka beliau kekesalan terhadap kepimpinan serta jentera UMNO yang menghina Sultan dan diheret untuk diadili oleh rakyat marhaen.

Kadang-kadang kita sukar memahami cara orang UMNO berfikir. Prinsip mereka boleh berubah-ubah. Ketaatan mereka tidak kukuh. Tertib tidak mereka kira. Yang sepatutnya dibuat laporan terlebih dahulu ialah terhadap barisan pimpinan UMNO yang menghadkan kuasa raja dulu. Anwar tidak boleh lari dari ketanggungjawaban beliau berperanan juga semasa itu.

Kalaulah mereka ini sememangnya mudah lupa, krisis perlantikan MB Terengganu masih lagi segar di ingatan, baru sebulan berlalu.

Sekian, IB

Comments»

1. Hina Sultan - Biarlah Ikut Tertib « Ibrahimbaba’s Weblog - May 9, 2008

[…] secara meluas oleh media arus perdana serta telah menjadi perbualan mulut seluruh pelusok negara, tidak seorangpun pimpinan UMNO bersuara membantah kebiadaban ahli UMNO sendiri yang menghina Sultan sebagai “binatang“. Tidak pula kedengaran Adnan Mansor, yang sangat berhajat mendapat […]

2. Muda - May 10, 2008

Siapa sebenarnya penderhaka yang telah menghina dan menjatuhkan kedaulatan raja-raja melayu ?

Siapa yang telah menghilangkan kuasa raja-raja melayu bila meminda Perlembagaan Persekutuan berkali-kali sehingga tertubuhnya Mahkamah Khas yang boleh membicarakan raja-raja melayu ?

Siapakah yang mempersoalkan kuasa raja-raja melayu untuk melantik MB-MB di Perlis dan Trengganu ?

Siapa ?

3. waksir - February 8, 2009

Sedih tengok Melayu PAS jadi keldai DAP. Sanggup lepas solat perangai jadi macam haiwan, hilang iman hilang adab. DAP tepuk tangan tengok Melayu bodoh. Berbaiklah PAS dan UMNO. Kita bangsa Melayu beragama Islam kenapa sampai lupa Hadis dan Quran? Jangan jadi Melayu baru berupa Pak Kadok menang sorak kampong tergadai.

Izzuddin Al-Qassam - October 13, 2009

Siapa yang lupa hadis & Al-Quran, siapa yang takut bayang & melenting sendiri apabila pekung mereka hendak dibuka.

Siapa yang lupa hadis membuat blog yang banyak mengaibkan negeri orang, sedangkan Nabi Muhammad pun melarang umatnya mengaibkan seseorang walaupun terdapat bukti. Ditambah-tambah pula, orang yang diaibkan itu saudara SeIslam.

Siapa yang lupa Al-Quran, menabalkan pemimpin yang mengamalkan riba’, menghalalkan “bunga” yang ditukarkan kepada perkataan “yuran” dalam urusan penghutangan. Itukah berpandukan Al-Quran.

Seperkara lagi, gambar dalam blog yang menayangkan wanita Kelantan di era 40an tu udah-udahkan sajalah. Bukan sahaja wanita Kelantan memakai pakaian begitu, di negeri lain pon sama saja pemakaiannya begitu diera 40an, malah nenek ataupun moyang anda pon memakai pakaian begitu satu ketika dulu melainkan keturunan anda bangsawan.

4. Izzuddin Al-Qassam - October 13, 2009

Ini bukan nak mempertahankan Karpal Sigh ye….

Kenapa pada hari Karpal Sigh menyaman Raja Perak pada hari itu, Raja sendiri tidak bertitah bahawa beliau murka akan Karpal Singh. Sebaliknya terdapat suara-suara yang lantang mengatakan Raja sudah murka terhadap Karpal Sigh, kedengaran seperti Mandalia di zaman Kesultanan Melaka saja. Mereka berpura-pura mempertahankan Raja Perak demi kepentingan diri mereka sendiri sedangkan mereka tahu, bahawa penderhaka sebenarnya orang yang membuat undang-undang imuniti Raja-raja & juga bekas pemimpin mereka suatu ketika dulu.

Tun Mahathir ialah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya penyebab utama institusi Raja-raja hilang imuniti, sampaikan Raja boleh dibicarakan di Mahkamah Khas. Itulah juga penyebab tindakan Karpal Sigh menyaman Raja Perak pada hari itu, kerana beliau berpandukan undang-undang. Perkara ini juga diketahui Raja Perak Raja Azlan Shah sendiri yang juga bekas Ketua Hakim Negara.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: