jump to navigation

Hina Sultan – Biarlah Ikut Tertib May 9, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kesultanan Melayu, Perak, politik, Terengganu.
trackback

Dalam tulisan ini, bukan tujuan IB untuk bersetuju atau tidak dengan kes Karpal Singh yang dikatakan menghina Raja Perak. Namun, apa yang IB ingin bawa perhatian para pembaca ialah bagaimana cara dan kesungguhan tindakan pihak UMNO serta gaya yang dimainkan oleh media arus perdana.

Kita masih ingat pada 23 Mac lalu, rakyat Malaysia (termasuk yang bukan Melayu) dikejutkan oleh siaran berita yang mempamerkan penghinaan paling rendah terhadap Sultan dan Raja Melayu. Penyiaran gambar penghinaan terhadap Sultan Terenganu bukan disengajakan oleh TV3 dan NTV7. Tetapi keterlanjuran mereka menyiar akibat kelemahan editor berita untuk memantau sudah tidak dapat ditarik balik setelah rakyat yang peka serta prihatin cekap membawa keperhatian umum.

Media-media tersebut bukan berhasrat untuk menyiarkan penghinaan tersebut tetapi cuba menunjuk “bantahan rakyat” terhadap pilihan Tuanku Sultan untuk menjawat MB. Tetapi akibat sudah menjadi budaya mereka maka itulah yang terluah pada kain rentang yang akhirnya dikutuk oleh seluruh rakyat Malaysia yang mendaulatkan institusi kesultanan mereka.

Walaupun penghinaan telah disebarkan secara meluas oleh media arus perdana serta telah menjadi perbualan mulut seluruh pelusok negara, tidak seorangpun pimpinan UMNO bersuara membantah kebiadaban ahli UMNO sendiri yang menghina Sultan sebagai “binatang“. Tidak pula kedengaran Adnan Mansor, yang sangat berhajat mendapat gelaran Tengku itu, membantah apatah lagi membuat laporan polis.

Walaupun laporan polis dibuat oleh mereka yang berdiri teguh di belakang Tuanku, namun, ianya sekadar menjadi timbunan laporan polis yang sudah banyak diketepikan sebelum ini.

Inilah yang ingin IB bawa kepada perhatian pembaca. Apabila Karpal celupar mulutnya, seluruh jentera UMNO digerakkan. Laporan segera dibuat. Karpal telah pun memohon maaf dan menyatakan bukan niatnya untuk menghina Raja Perak, sebelum Adnan membuat laporan.

Apa yang ingin IB pantau selepas ini ialah apakah polis akan mengambil tindakan terhadap Karpal setelah penghinaan terhadap Tuanku Mizan dihadapkan ke keadilan atau Karpal akan dihadapkan ke mahkamah terlebih dahulu.

Kalau ikut tertib, yang dahulu didahulukan.

Sekian. IB

Comments»

1. Betulkah UMNO Sokong Sultan? « Ibrahimbaba’s Weblog - May 9, 2008

[…] memahami cara orang UMNO berfikir. Prinsip mereka boleh berubah-ubah. Ketaatan mereka tidak kukuh. Tertib tidak mereka kira. Yang patuh dibuat laporan terlebih dahulu ialah terhadap barisan pimpinan UMNO yang menghadkan […]

2. Mike Banjar - May 11, 2008

Apakah tindakan hanya diambil terhadap pemimpin parti pembangkang sahaja apabila isu-isu yang mengaitkan sultan apahalnya pulak dengan Gani Paatail yang memberikan komen semasa perlantikan MB Terangganu. Apakah tindakan Gani Paatail tersebut juga boleh dianggap biadap kerana membuat kenyataan akhbar yang menafikan campur tangan Yang DiPertuan Agong di dalam perlantikan MB Terangganu. Sebagai Peguam Negara beliau patut mencermin diri dahulu sebelum membuat sesuatu, jangan disebabkan dendam kesumat dan perangai hasad dengki anda hilang Iman dan Agama. Kalau orang tak de agama tak pe…. Lu ada akai lu pikir le sendiri….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: