jump to navigation

Mahathir Sedia Untuk Didakwa – Sebahagian Doa Ustaz Fadzil? May 18, 2008

Posted by ibrahimbaba in Mahathir, politik, UMNO.
trackback

Laporan siasatan suruhanjaya rakaman VK Lingam sudah pun diumumkan. Maka panaslah dan tidak senang duduklah bagi sesetengah yang terlibat. IB ingin lihat apa tindakan UMNO terhadap Setiausaha Agungnya yang terlibat dalam kes rakaman Lingam ini.

Namun, antara yang cepat mengulas ialah Mahathir sendiri. Dia cepat menyahut kemungkinan yang dia akan disiasat dan didakwa.

IB melihat peristiwa ini dengan merujuk kembali kepada tulisan IB dulu Al-Marhum Ustaz Fadzil Doa Mahathir Dipanjang Umur …

Apakah ini sebahagian dari apa yang dimaksudkan oleh arwah Ustaz Fadzil? Apakah ini termasuk apa yang Mahathir sendiri akan merasai dalam hayatnya akan kemusnahan yang dilakukannya?

Tetapi perlukah kita dengar lagi leteran Mahathir yang tidak habis-habis? Persaksian Mahathir wajar ditolak jika kita ingat pada Al Qur’an Surah An Nuur ayat 4. Dan kita wajar tolak selama-lamanya.

Dan inilah juga yang kerap IB petik bahawa apabila kita berbohong, kita terpaksa berbohong lagi untuk menutupi pembohongan lampau (when you compound a lie, you compounded the consequences).

Sekian, IB

Comments»

1. Muda - May 18, 2008

Kalau benarlah sebahagian daripada doa Almarhum Ustaz Fadhil Noor di maqbulkan , AMIN…

Kita menunggu sebahagian lagi daripada doa Almarhum tersebut supaya mantan PM yang pernah menghina Rasullullah s.a.w. tersebut menerima pembalasan beliau di dunia ini daripada ALLAH SWT .

2. irwan - May 18, 2008

Pada pendapat saya, adalah tidak logik untuk mengatakan Dr. M berbohong. Beliau mengaku telah dilobi oleh org2 tertentu utk jawatan tertentu. Adakah itu bohong? beliau juga mengaku berperanan dalam perlantikan hakim. Adakah beliau berbohong? Beliau berkata benar. Sekiranya anda jadi PM mahukah anda org UMNO jadi hakim. Sama juga…Tentu kau pilih orang yg engkau rasa sesuai dan dah tentu org kau…Mcm MB Perak…Beliau nak melantik Pengarah JAIP dr kalangan org dia…So….. apa perbezaan nya….Fikirlah sendiri…..

3. momentum - May 18, 2008

Insyallah….janji Allah. Sesiapa yang bersalah itu samada kecila atau besar akan menerima hukuman yang setimpal diatas kesalahan yang telah dilakukannya. Balasan yang setimpal akan diterima samada di Dunia atau di Akhirat kelak……

Pekung didada dah terbongkar.. yang salah akan terbukti kesalahannya dan akan menerima hukuman…..next to watch drastic actions to be taken by AG…kalau berani nak buka case ex-TUAN BESAR.

4. marina - May 18, 2008

bila lah agak nya ye yang tun dr mahathir menghina rasulullah saw? kita mesti bersangka baik terhadap doa orang yang sudah tiada. mungkin dia berdoa utk tun dr mahathir panjang umur. maka tun boleh merungkai segala permasaalahan yang berlaku sekarang. sebenarnya tun dr mahathir telah pun cuba utk memberi perdana menteri ala pas iaitu dato seri abdullah ahmad. beliau merupakan orang yang warak dan alim. itu lah orang yang kita inginkan waktu itu. maka di waktu itu kenapa pas tidak cuba utk membawa ketengah tentang hudud yang di jual pas utk menarik perhatian orang islam menyokong pas? kes vk lingam ini siapa yang cuba ketengahkan? dap kan. pas tak terasa terhina ke dap boleh mendapat perhatian dari dato seri berbanding pas.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: