jump to navigation

Keluar UMNO – Mahathir Melengkapkan Tradisi May 19, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, UMNO.
trackback

Maka heboh seluruh negara dengan berita yang mengemparkan bagi sesetengah orang. Begitulah bertalu-talu beberapa kenalan yang mengirim SMS sebaik sebelum dan selepas zohor tadi.

Namun, bagi IB, sememangnya berita seperti ini sudah dijangkakan dan hanya menunggu masanya diumumkan. Secara tradisi, itulah budaya rasmi UMNO. Keluarnya Mahathir dari menjadi ahli UMNO selepas tidak lagi menjadi Presiden parti ialah sekadar melengkapkan tradisi parti yang pernah dipimpinnya lebih 22 tahun.

Kesemua Presiden UMNO sebelum ini, akan menentang partinya sendiri selepas tidak lagi memegang kedudukan nombor 1 dalam parti. Kesemua … kecuali yang meninggal dalam jawatan seperti Razak Hussein.

Onn Jaafar keluar dan tubuh parti baru serta bertanding menentang UMNO/Perikatan. Tengku Abdul Rahman bersama Hussien Onn berganding tenaga menentang Mahathir memberi sokongan kepada Semangat 46 dan Angkatan Perpaduan Ummah.

Kini, Mahathir hanya sekadar melengkapkan tradisi parti supaya terpahat dalam sejarah parti yang sudah goyah itu. Orang yang paling lama berkuasa dalam parti pun tetap menentang parti.

Itulah tradisi UMNO. Sekadar mengingatkan ahli-ahli UMNO yang muda dan tidak tahu sejarah parti (peringatan baik untuk Hishamuddin – ayahnya dan datuknya sendiri keluar parti dan tentang UMNO!).

Biarkan … biarkan.

Sekian, IB

Comments»

1. Mahathir Keluar UMNO - Makbul Doa Ust. Fadzil Noor? « Ibrahimbaba’s Weblog - May 20, 2008

[…] sebagai ahli UMNO di waktu dia tidak lagi menjadi Presiden bermakna bekas Perdana Menteri itu sememangnya melengkapkan tradisi parti yang disayanginya. Semua bekas presiden UMNO sebelum ini (kecuali Razak) mengatakan bahawa mereka […]

2. Mahathir Mahukan Kredit Bila Kerajaan BN Tumbang « Ibrahimbaba’s Weblog - May 21, 2008

[…] lagi tradisi UMNO ialah pemimpin mereka hanya disanjung apabila ada kuasa. Siapa lagi yang masih menghormati pemimpin […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: