jump to navigation

Mahathir Keluar UMNO – Makbul Doa Ust. Fadzil Noor? May 20, 2008

Posted by ibrahimbaba in politik, UMNO.
trackback

Keluarnya Mahathir sebagai ahli UMNO di waktu dia tidak lagi menjadi Presiden bermakna bekas Perdana Menteri itu sememangnya melengkapkan tradisi parti yang disayanginya. Semua bekas presiden UMNO sebelum ini (kecuali Razak) mengatakan bahawa mereka menentang pemimpin parti kerana sayangkan parti.

Betul atau tidak itu – wallahu ‘alam.

Namun, apakah ini yang dimaksudkan oleh Al-marhum Ust. Fadzil Noor yang mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang dilakukannya? Apakah doa arwah Ust. Fadzil sudah termakbul?

Apa dia kemusnahan yang dilakukan oleh Mahathir? Tidak sukar untuk kita cari. Sepanjang lebih 22 tahun Mahathir menjadi Presdien parti dan juga sebagai Perdana Menteri, pelbagai yang telah dilakukan.

Antaranya, perpecahan dalaman parti yang paling parah berlaku dua kali – terbitnya parti S46 dan PKN, penangkapan ahli politik dan aktivis sosial secara besar-besaran – jauh lebih ramai, pelbagai akta yang mencengkam kebebasan rakyat, suara rakyat disekat langsung habis-habisan, mana-mana pemimpin UMNO yang nampak menentang akan dicantas dari awal lagi, pemecatan Ketua Hakim dan krisis perlembagaan, pertembungan dengan raja-raja Melayu, menghina Rasulullah s.a.w., menghukum orang-orang Melayu bila mereka mengundi PAS (rakyat Terengganu disekat dari dana royalti Petronas), menghukum orang-orang Melayu bila mereka tidak mengundi BN (menambah kawasan Parlimen bukan Melayu sahaja), politik wang berleluasa (hingga sukar dibendung sekarang), dan banyak lagi kalau nak disenarai dan diperincikan.

Bukanlah IB sokong Pak Lah, namun senarai di atas memang tiada bandingannya untuk Pak Lah. Mahathir jauh lebih juara dalam segala aspek pemerintahan kuku-besinya.

Kini, Mahathir keluar parti kerana mahukan Pak Lah letak jawatan. Zaman dia dulu, dipecat orang yang tentang dia.

Apa-apa yang Mahathir merungut sekarang pada dasarnya adalah ketidakpuasan hatinya kerana Pak Lah tidak lagi mengikut telunjuknya. Dia turut marah Najib kerana tidak lawan Pak Lah. Dulu, dia kata Anwar tak sabar untuk jadi PM dan nak lawan dia – sebab itu dia pecat. Kini dia pulak suruh Timbalan Presiden lawan Presiden.

Kata orang aku yang lebih …

Sekian, IB

Comments»

1. Mukhriz Menegur Ayahnya … oops Pak Lah « Ibrahimbaba’s Weblog - May 21, 2008

[…] penyakit “Melayu mudah lupa”. Tidakkah dia tahu bahawa ayahandanyalah yang telah memusnahkan UMNO sehinga “semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih” (kata […]

2. Mukhriz Menegur Ayahnya … oops Pak Lah « - May 22, 2008

[…] dia mengidap penyakit “Melayu mudah lupa”. Tidakkah dia tahu bahawa ayahandanyalah yang telah memusnahkan UMNO sehinga “semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih” (kata […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: