jump to navigation

Mahathir Mahukan Kredit Bila Kerajaan BN Tumbang May 20, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Mahathir, politik.
trackback

Peralihan kuasa pemerintahan kerajaan Persekutuan semakin dekat. Masa untuk Anwar menggerakkan langkah berikutnya sudah hampir pasti tiba.

Namun, apabila itu berlaku, mungkin Mahathir akan mengaku bahawa itu adalah sumbangannya. Dia akan mengatakan bahawa keluarnya pemimpin dan wakil rakyat UMNO secara berbondong-bondong kerana mengikuti langkah dan saranannya – bukan kerana kepimpinan Anwar.

Jika dibiarkan untuk Anwar menawan kerajaan Persekutuan maka Anwar yang akan mendapat nama. Itulah agaknya Mahathir kena cepat-cepat keluar UMNO dan menyeru ahli lain untuk turut serta keluar parti dan sertai mana-mana parti pembangkang. Apabila itu berlaku maka bolehlah dia kata itu kerana sumbangan dia dalam menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi, apakah perlu kita masih hendak melayan kerenah Mahathir? Apakah masih ada sokongan ramai kepada Mahathir? Setakat yang IB perhatikan ialah mereka yang bersama Mahathir akhir-akhir ini adalah mereka yang jika kekal dalam UMNO pun sudah tidak lagi diterima pun.

Satu lagi tradisi UMNO ialah pemimpin mereka hanya disanjung apabila ada kuasa. Siapa lagi yang masih menghormati pemimpin UMNO yang sudah “expired”? Sememangnya budaya UMNO – mencium tangan pemimpin hanya semasa mereka masih tetap berkuasa. Ahli UMNO tidak lagi akan melayani pemimpin mereka selepas mereka tidak mempunyai kuasa lagi.

Itulah sebenarnya antara kemusnahan yang telah dipupuk oleh Mahathir dengan rasa gerun di kalangan ahli mereka selama 22 tahun beliau memegang kedudukan nombor satu parti dan negara. Siapa yang berani tegur Mahathir dulu – jika tidak berani menghadapi risikonya?

Sampailah masanya untuk Mahathir sedar. Jika dengan segala yang telah Allah tunjukkan serta peluang yang diberi untuk bertaubat dan masih dia belum mahu sedar – nauzubillah.

Kalaulah boleh IB cadang kepada Pak Lah, kekallah sebagai Presiden. Jangan ikut Mahathir. Mahathir sudah tidak ada apa. Semoga itu akan juga mempercepatkan peralihan kuasa kerjaan Persekutuan.

Sekian, IB

Comments»

1. man toba - May 22, 2008

saya cukup suka kepada peralihan kuasa. tetapi sebagaimana di selngur pkr memerintah apa kah saudara tidak sedar apa yang terjadi atau pun buat tidak sedar di mana dengan sewenang2nye kerajaan pkr meluluskan penternak babi untuk menternak babi yang mana saudara ib tau yang babi itu adalah haram di sisisi islam. kita ni negara islam bahkan di thailand sendiri pun mereka menternak babi untuk kegunaan sendiri bukan untuk di ekspot. dan mana janji janji pilihanraya dahulu, saya mengikuti kempen saudara anwar di derata negeri. janjinye tetap sama untuk memancing undi. menuipu sana sini. pak lah pun sama juge tapi sekurang kurang saya bolih huidup makmur selama 52tahun. yang akan datang belum tau lagi. silap silap melayu akan merempat di bumi sendiri. cuba fikirkan sejenak pejamkan mata dari saudara lahir hingga sekarang. adakah saudara tidak makan. kalau ada laman blog sendiri sudah tentu saudara seorang cerdik pandai atas dasar umno dulu.

2. lobo da grate - May 22, 2008

lu……..mmg melayu mudah lupa……….
aku ttp sokong dr m…………
hidup dr m……..

3. marina - May 26, 2008

tradisi umno, bila ada kuasa disanjung? tolong sikit. ini dah buat home work ke belum. kalau belum pergi buat sekarang. kemusnahan yang di pupuk oleh dr mahathir? rasanya tak ada apa apa pun yang musnah masa dia jadi perdana menteri. seingat saya tsunami terjadi pun masa dato seri abdullah jadi pm zzzzzzzzzzzzzzzzz… itu pun masa dia kat oz bercuti. sanggup tak balik cuti lagi tu, padahal rakyat menghadapi derita. so siapa pemusnah? ish ish ish. kalau orang tak nak ikut tun dr mahathir pun tak apa. itu masaalah mereka bukan dia. at least dia dah sediakan life boats.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: