jump to navigation

Mukhriz Menegur Ayahnya … oops Pak Lah May 21, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, Mahathir, Melayu, politik, UMNO.
trackback

Mungkin ramai sudah membaca atau menonton/mendengar berita bahawa Mukhriz tidak keluar UMNO tetapi mengeluarkan beberapa saranan dan teguran kepada Pak Lah.

Hairan dan pelik pula. Terasa semacam Mukhriz ini baru lahir semalam. Apakah dia tidak sedar atau terlalu kecil dan belum mumayyiz semasa ayahandanya menjadi pemimpin UMNO selama lebih 22 tahun? Atau dia mengidap penyakit “Melayu mudah lupa”. Tidakkah dia tahu bahawa ayahandanyalah yang telah memusnahkan UMNO sehinga “semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih” (kata Anwar).

Mukhriz mengatakan bahawa dia akan kekal dalam UMNO bagi membolehkannya “menjadi suara yang lantang untuk menegur segala kepincangan kepimpinan tertinggi parti“. Memang kini dia boleh mengatakan sedemikian kerana Pak Lah adalah jauh lebih toleransinya dari Mahathir dalam menerima kritikan (TETAPI mungkin Pak Lah tidak mendengar kerana terus terlena!).

Tambah Mukhriz lagi, beliau tidak gentar dengan sebarang bentuk hukuman yang akan dikenakan ke atasnya. Memang betul untuk masa ini. Kalau zaman Mahathir dulu – sudah ramai yang kita saksikan dan kesiani.

Katanya lagi ‘‘Kali ini, saya akan lebih berani bersuara untuk menyuarakan isi hati saya serta rakan-rakan yang lain kerana ini mencerminkan isi hati rakyat yang mahukan perubahan besar dalam kepimpinan UMNO.’’ Tetapi Mahathir langsung tidak mengendahkan suara orang-orang Melayu menolaknya dan UMNO pada tahun 1999. Sebenar jumlah kerusi UMNO selepas PRU1999 adalah lebih teruk dari PRU2008. Cuma kali ini bangsa bukan Melayu yang banyak menolak BN (MCA/MIC/Gerakan). BN yang kalah teruk bukan UMNO.

Sekarang Mukhriz berani, ‘‘Saya mendesak agar Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan segera.’’ Pada tahun 1998, Anwar disumbat penjara kerana menyuruh Mahathir perkara yang sama.

Mukhriz turut menggesa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuka seluas-luasnya segala ruang demokrasi parti seperti termaktub dalam perlembagaan parti. Apakah dia tidak sedar bahawa di zaman ayahndanyalah UMNO dimusnahkan dan MT hanyalah menjadi “majlis suruhan” sekadar setuju tanpa bantah segala yang Mahathir kata? Siapa berani bersuara masa itu?

Dia kemudian mengungkit sistem kuota pemilihan parti yang perlu dimansuhkan. Siapa yang memulakan? Siapa yang mencengkam pemerintahan UMNO dengan kuku-besinya?

Katanya lagi, pucuk pimpinan parti tidak wajar mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti. DIa kena baca pelbagai arahan yang di keluarkan oleh ayahandanya sendiri.

Kalau kepada Mahathir, IB katakan – kata orang aku yang lebih. Untuk Mukhriz – kuman di seberang nampak, gajah di depan matanya sendiri dia tidak nampak – mungkin ini yang paling tepat.

Sekian, IB

[jangan pulak ada pembaca yang ingat IB penyokong Pak Lah]

Comments»

1. man toba - May 22, 2008

saya ingat kamu lupa pada sejarah bangsa melayu. atau saudara masih mentah lagi di dalam umno. kerana mahathir lah bolih di lihat berapa n\banyak anak2 melayu yg berjaya.. atas dasar umno dulu semua bangsa takut dan menghurmati melayu.. tapi apa dah jadi sekarang… melayu hampir di tindas olih bangsa asing… kandang babi di luluskan olih saorang pemimpin islam kerana takut akan bangsa cina yg mengkontrol, apa akan jadi kepada anak cucu kita kemudian hari.. sanggup jadi singapura.. sanggup jadi bosnia sanggup jadi palestine. apa tah lagi di thailand.. ada kah saudara lihat kepada sejarah di mana umat islam di tindas kerana kita tidak punyai kuasa politik. saya cuma mahu keamanan di dunia ini. semua cukup makan baikm india melayu cina atau apa bangsa sekali pun. tidak guna kita berpolitik tetapi anak bini d rumah kelaparan dan menjadui pendatang di bumi sendiri. apa tidak lihat keaadaan di kuala lumpur di banjiri dengan pendatang asing.. sejahat jahat mahathir tapi ramai dunia luar takut kepada malaysia tanyalah china.. filifina.. africa rep. de guinea zimbabwe dan merata rata dunia yang pernah saya lawati mereka semua memuji malaysia. kalau dah jadi katak bawah tempurung mungkin tidak tau sebenarnye akan kebaikan peminpin dahulu, di singapore sendirirakyat nye hurmat kan mahathir tapui kini mereka sendiri tertanya mengapa malaysia lemah mengikut telunjuk singapiore, last week saya baru pulang dari singapore.

2. Ramli Awang - May 22, 2008

Inilah yang dinamakan bapak kencing berdiri anak kencing berlari.

3. Muda - May 22, 2008

Kemana perginya kuah , kalau tidak tumpah ke nasi juga ! Perjuangan yang bergerak dan dibuat seiring dan sejalan . Retak yang disebabkan dari luar akan di pastikan berterusan dari dalam sehingga pecah berderai dan tidak dapat di perbaikki lagi dan dibuang untuk digantikan dengan yang baru .

4. Arif Shahruddin - May 23, 2008

Pak Lah tetap akan meletakkan jawatannya sebagai P.M,Ketua Umno,Ketua BN dan yang sewaktu dengannya,tetapi bukanlah pada waktu sekarang. Berilah beliau peluang untuk memulihkan keadaan parti yang “terumbang-ambing”. Setiap pemimpin pasti ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Tindakan Datuk Mukhriz menyuruh Pak Lah meletakkan jawatan pada masa terdekat ini adalah kurang sesuai. Berilah Pak Lah peluang untuk memulihkan parti. Tindakan Tun Mahathir untuk keluar parti juga ada baiknya dan ada buruknya. Semasa menjadi P.M,ada juga perkara-perkara yang dilakukan oleh tun Mahathir yang tidak disenangi oleh rakyat.
Janganlah UMNO berpecah-pecah dan berpuak-puak,ini tidak mendatangkan keuntungan kepada sesiapa pun didalam UMNO. UMNO dan BN perlu bangkit untuk mendapat semula sokongan daripada rakyat Malaysia.

T.q

5. ahli nujum - May 23, 2008

pandangan saya senang.. selama 22 tahun mahathir jadi pm negara aman walaupun segelintir rakyat memberontak tapi sekarang pah lah jadi pm semua “barang naik” kenapa? rakyat memberontak dan telah di beri jawapan pada pilihanraya yang lepas,majoriti pengundi dah tak yakin lagi pada bn kenapa? rakyat dah matang dan rakyat yang berpendapatan rendah yang merupakan majoriti rakyat malaysia dah mula fikirkan masa depan.. kenaikan harga barang tidak mampu di tanggung lagi. gaji rendah barang naik harga di mana keseimbanganya. jika begini tidak di tanggani 4 tahun lagi… FIKIR FIKIR LAH SENDIRI!!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: