jump to navigation

Rokok & Tembakau – Percanggahan Polisi Kerajaan June 1, 2008

Posted by ibrahimbaba in Kerajaan, Rokok/Tembakau.
trackback

Umum mengetahui bahawa rokok merbahaya untuk kesihatan. Bagi mereka yang menghisap rokok, walaupun sudah tertera amaran bahaya merokok pada setiap kotak rokok, mereka tetap merokok.

Maka dirasakan seolah-olah amaran tersebut gagal mencapai matlamatnya, Menteri Kesihatan yang baru, Liow Tiong Lai, mencadangkan agar mesej yang lebih keras dengan grafik ngeri perlu disampaikan. Utusan (1 Jun) memetik bahawa “Mulai 1 Disember ini, kotak-kotak rokok akan dicetak dengan gambar penyakit kronik termasuk kanser paru-paru akibat merokok sebagai langkah peringatan keras dan pencegahan tabiat berkenaan di kalangan orang ramai.

Apakah akan berkesan? Berjuta wang ringgit telah diberikan kepada LimKokWing untuk kempen “Tak Nak” merokok namun statistik belum lagi menunjukkan angka yang memberangsangkan.

Malah setiap tahun Hari Tanpa Tembakau disambut di pelbagai peringkat dengan pelbagai tema dan wang ringgit yang hangus sepertimana hangusnya wang ringgit perokok, namun, belum terdengar perokok berhenti merokok hasil dari Hari Tanpa Tembakau. [kalau pun ada mungkin terlalu kecil bilangannya untuk diambilkira sebagai di dalam statistik]

Dalam pada jutaan wang dibelanjakan untuk menyeru perokok untuk berhenti mengambil tembakau, kerajaan turut mempunyai agensinya yang menggalakkan penanaman tembakau. Lembaga Tembakau Negara diasaskan untuk:

Visi

Menerajui pembangunan industri tembakau secara teratur dan lestari untuk menghadapi cabaran globalisasi.

Misi

Untuk memaju dan meningkatkan industri tembakau supaya lebih cekap dan berdaya maju dalam sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Aneh tetapi fakta. Subsidi diberikan untuk para penanam tembakau. Maka habislah duit menggalakkan penanaman tembakau. Kemudian habis pula duit untuk menyeru orang berhenti merokok.

Sukar untuk IB fahami bagaimana LTN hendak sumbang pembangunan aspek sosio dengan cara menggalakkan lebih ramai orang mendapat pelbagai penyakit akibat tembakau. Statistik menunjukkan makin ramai mereka yang mengidap pelbagai penyakit akibat dari asap rokok.

Sekian, IB

Comments»

1. mountdaweller - June 3, 2008

apa yang ib paparkan tu adalah visi yang dibuat semasa akta ltn diluluskan di parlimen tahun 1973. tetapi sekarang, tahu ib yang ltn telah diberikan peranan baru untuk memajukan kenaf dan tanaman intergrasi lain menggantikan bagi menggantikan tembakau secara beransur-ansur? tahukah ib sekarang ini kuota tanaman tembakau telah dikurangkan berperingkat kepada 6 juta kg. dari tahun tahun sebelumnya iaitu 12 juta kilo pada tahun puncak lapan tahun dulu?. tahukah ib yang akta baru kenaf akan dibentangkan disesi parlimen akan datang dan ltn akan diberikan nama baru sesuai dengan peranannya memajukan industri kenaf dan tanaman intergrasi lain untuk mengecilkan tanaman tembakau dan pada tahun 2010 dijangkakan tembakau bukan lagi satu tanaman utama untuk petani tembakau. harap ib dapatkan maklumat yang betul dan cukup dari pro ltn atau pun ketua pengarah ltn sendiri.

2. ibrahimbaba - June 4, 2008

Terima kasih kepada “mountdaweller.

Maklumat visi dan misi tersebut saya petik dari laman web LTN. Segala yang saudara sebut di atas tidak dinyatakan dalam laman mereka.

Bagus jika benar bagai yang saudara sebut. Namun – lebih baik penanaman tembakau dihapuskan langsung kerana kita semua sedar bahayanya.

3. mountdaweller - June 4, 2008

tuan ib,

saya juga dapati web ltn tidak diupdate sebagaimana yang sepatutnya. tak apalah itu kelemahan pengurusan mereka sendiri. apa yang saya tahu harga tembakau akan dikurangkan sehingga ke RM8.00/kg menjelang 2010. harga sekarang ialah RM15.80/kg gred tinggi. saya rasa pada masa itu (2010) tidak ada lagi orang nak tanam tembakau, sebab kos akan melebihi untung. profit margin pada masa itu sudah terlalu kecil atau tidak ada langsung.

4. petani - May 29, 2010

Petani boleh menerima dasar kerajaan sekiranya untuk kebaikan kesihatan dengan syarat usaha mengantikan tembakau dengan tanaman lain berjaya. Macam IB katakan siapa yang kehadapan dengan kempen ini dan dah berapa banyak Limkok Wing dapat untuk kempen “Tak Nak”?sejauhmana kadar keberhasilan?siapa yang merebut kepentingan ekonomi di negara sendiri?petani kita hanya mendapat upah di atas titik peluh mereka sahaja. Petani tidak kisah dan boleh menerima situasi ini, tetapi petani tidak boleh menerima sikiranya ekonomi petani kita dimatikan dengan alasan selari dengan dasar kerajaan bg kempen Tak Nak Merokok sedangkan laluan diberikan kepada syarikat multinasional(rokok) untuk mendapatkan daun tembakau dari negara jiran untuk pasaran rokok tempatan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: