jump to navigation

Sila Bawa Kondom Untuk Berzina June 1, 2008

Posted by ibrahimbaba in Islam, politik, UMNO.
trackback

Agaknya itulah saranan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Abdul Latiff, apabila berucap merayakan Hari Peringatan AIDS Antarabangsa semalam, seperti yang dilaporkan dalam The Star [1 Jun 2008]:

In view of the rising number of women contracting HIV, every woman should carry a condom with her for her own protection, said Deputy Health Minister Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Apakah itu kaedah terbaik untuk mencegah berjangkitnya AIDS kepada kaum wanita?

Walaupun Presiden Majlis AIDS Malaysia, Prof Adeeba mengatakan ada wanita “who contracted HIV were housewives, infected unknowingly by their husbands who could be drug addicts“, apakah berjuta lagi wanita Melayu lain wajar membawa kondom juga untuk bersama suaminya kerana tidak pasti samada suaminya dijangkiti AIDS atau tidak?

Menurut laporan itu lagi, di Malaysia pada tahun lepas, terdapat 3 orang mati setiap hari akibat penyakit AIDS dan sebahagian besarnya adalah orang Melayu.

By ethnicity breakdown, Malays recorded the highest number of HIV sufferers (58,267 in total), followed by Chinese (11,886), Indians (6,532) and foreigners (2,722).

Sebagai pemimpin Melayu, seorang yang duduk dalam pentadbiran tertinggi Kerajaan, Dr. Latiff sewajarnya tidak melepaskan tangan dan menyerah kepada NGO.

Beliau dan kerajaan berwajib untuk menimbang kembali polisi dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan agar tidak menjurus kepada menggalakkan pergaulan bebas, kerosakan akhlak remaja dan sebagainya.

Kita tidak perlu dilihat jauh. Sambutan yang sepatutnya mengajak rakyat, terutama kaum remaja memahami erti patriotik dan cintakan negara yang merdeka dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang sememangnya melalaikan anak-anak muda dan menggalakkan kerosakan akhlak dengan pergaulan bebas.

Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melihat permasalahan ini dari akar umbinya. Bukan sekadar cuba membaiki gejala yang menular akibat polisi dan usaha yang tidak bersungguh dalam menyelesaikan punca timbulnya gejala ini.

IB mengatakan kerajaan tidak serius dalam hal ini. Para pemimpin Melayu amat tidak serius untuk menyelesaikan masalah ini.

Kita bandingkan dalam senario yang berbeza. Apabila sebahagian besar pengundi muda Melayu menolak UMNO dalam PRU1999, kerajaan telah melakukan pelbagai program untuk memastikan bakal pengundi baru tidak lagi melakukan perkara yang sama pada PRU1999. Hampir seluruh jentera telah dikerahkan, terutamanya di IPTA untuk mengengkang pengaruh “pembangkang” dari “masuk” ke kampus. Segala usaha ke arah kebaikan dihalang dan mahasiswa dilalaikan dengan sogokan yang melesukan aktiviti kemahasiswaan dari berfikiran matang.

Tidak cukup dengan itu, usaha-usaha lain dilambakkan dalam masyarakat bagi memastikan rakyat terutama muda-mudi diasyikkan dengan timbunan aktiviti yang melalaikan. Baik di media mahupun dalam program-program hiburan disusun dengan himpunan ribuan orang Melayu tanpa mengira lagi pergaulan bebas serta melalai terus waktu solat.

Akibat dari semua ini kita lihat perubahan ketara dalam PRU2004. Akibat yang amat ketara ialah juga gerakan serta aktiviti berbentuk keislaman lesu di kampus-kampus. Mahasiswa pada umunnya tidak lagi berfikiran serius. Mereka tidak lagi peka dengan nasib masyarakat – jauh lagi dari membela serta memperjuangkan nasib orang Melayu.

Hingga ada pemimpin tertinggi parti Melayu mengatakan orang Melayu “Haprak” pun ditepuk dengan gemuruh seluruh yang hadir.

Sekian, IB

Comments»

1. buragass - June 2, 2008

Itulah walau pandai tetapi jahil mengenai hukum hakam Islam…ini dakyah Barat untuk menjadikan sesuatu way of life ..mereka tak nak tukar agama secara immediate…kalau professional Islam tidak tahu hukum hakam tak guna juga….

Forum inilah platform untuk menyeru mengamalkan kaedah kehidupan Islam ..ulaslah sebab awaktu Islam…bukaklah lah buku dan belajar agama …untuk ilmu dan kehidupan..tak perlu kondom pun…buang masa dan wang aje…

2. kecewaMesia - January 17, 2009

Quote:
“Walaupun Presiden Majlis AIDS Malaysia, Prof Adeeba mengatakan ada wanita “who contracted HIV were housewives, infected unknowingly by their husbands who could be drug addicts“ …”

Drug addicts?!

Most likely sebab suami mereka pergi berpoya-poya dengan wanita-wanita di kelab malam, pub dan karaoke selepas office-hours.

Lihatlah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia ni nama je negara Islam tapi kerajaan membenarkan kelab-kelab malam seperti Zouk, Modesto dan sebagainya beroperasi.

Tempat-tempat sebegini bukan saja menjadi kunjungan muda-mudi tetapi juga ‘orang lebih tua’ yang pulang dari pejabat mereka di sekitar lembah kelang.

Tengoklah sekitar waktu Maghrib dan Isyak, ahli korporat dan pekerja-pekerja pejabat bukannya nak pulang terus ke rumah kepada anak-isteri, tapi lebih sanggup duduk minum di pub dan kelab sambil melayan wanita-wanita GRO dan perempuan muda yang berdansa atau berkaraoke di sana.

Suami-suami atau bapak-bapak orang ni akan memberi alasan ‘meeting’ kepada isteri mereka, walhal sebenarnya meeting mereka dicampur dengan arak dan wanita lain.

Yelah, kalau dah mabuk dengan arak dan wanita, di situlah akan berlakunya penzinaan dan akibatnya HIV dan AIDS. Itulah sebab sebenarnya ramai lelaki melayu kena AIDS.

Nauzubillah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: