jump to navigation

Ibadat Yang Tercemar June 10, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Sujud adalah suatu ibadat. Untuk melakukan sujud (dalam solat) seseorang itu perlu dalam keadaan solat. Dan untuk solat perlu ada syarat-syaratnya seperti berwudhu, menutup aurat dan mengadap kiblat.

Apa yang IB ingin bawa dalam tulisan ini ialah siaran berita yang menunjukkan pelari 100 meter wanita dari Johor yang memenangi pingat emas SUKMA di Terengganu, telah sujud di atas trak larian selepas menamat lariannya. Dengan keadaan sujud entah arah mana yang dihala, berseluar pendek dan berbaju tanpa lengan menimbulkan kehairanan kerana dari mana pula beliau menuntut ilmu bahawa itulah cara melakukan ibadat sujud.

Kita sujud hanya kepada Allah Azzawajalla tiada yang lain. Dan sujud adalah suatu ibadat.

Bukan sahaja ibadat itu tercemar, tetapi dari sisi adat budaya ketimuran pun tidak sesuai gambaran yang dirakamkan menunjukkan punggung pelari wanita Melayu Islam dengan berseluar pendek yang singkat menonggeng ke arah sekelian penonton dalam stadium – amat tidak manis.

Janganlah kita sekadar meniru-niru sahaja orang lain yang tidak sama agama dan kebudayaannya dengan kita.

Namun dalam suasana keseronokan dan dalam majlis yang lara seperti itu kita hilang pertimbangan hukum-hakam dan persoalan adab susila. Jangan kita juga keliru dalam membezakan di antara adat dan ibadat.

Sekian, IB

Comments»

1. mohamad noor - June 10, 2008

salam ib
inilah ikutan dari barat yang dituruti lebih dari tuntutan agama ,dengan media pengampu kerajaan memutarkan contoh dan penerimaan apa saja dari luar walaupun menentang akidah dan hukum agama ! hingga tidak tahu betul atau salah disisi agama melainkan hanya ikut membabi buta ,fikirlah insan-insan penganut Islam !

2. dogol - June 10, 2008

itu kira ok dah! Itu ibadat sujud stail Selam Hadari dah! Tak caye tanye ketuo dia yang selalu tido sebelum ada bini. Dah ada bini baru, lagilah selalu tido dah! hahahaha! Tak gitu dollah bedol?

3. IbnAbdHalim - June 10, 2008

Salam IB
Agaknya Islam Hadhari macam tu kot?

4. mux - June 10, 2008

sedih la org kita..dalami lg ilmu agama!
http://muxisme.blogspot.com/

5. Geleng Kepala - June 10, 2008

Sujud tak semestinya dalam solat sahaja, IB hoi !! Hang pun sama tak reti macam minah Johor tu. Sebenarnyad dia buat sujud syukur. Tapi tak tahu kaedahnya. Pakai taram aja. Dia tengok Pak Arab selalu sujud tak kira dimana, di airport di padang. Jadi dia pun tiru.

Komen IB:

Mungkin “Geleng Kepala” tidak membaca habis posting IB atau pun tidak faham selepas dibaca.
IB tidak sebut bahawa pelari tersebut sujud untuk solat dan sujud itu mesti dalam solat sahaja. IB sebutkan sujud adalah ibadat dan untuk beribadat – ada tatacara dan syarat yang perlu dipatuhi.

Dalam ayat kedua, IB memberi contoh, kalau sujud dalam solat perlu menutup aurat dan berwudhu. Hatta sujud syukur pun, ada syarat-syaratnya.

Oleh yang demikianlah, Almarhum Tuan Guru Haji Abas (Tok Jering) melarang melakukan demonstrasi sujud untuk belajar solat jika tidak berwudhu.

“Dia tengok Pak Arab selalu sujud tak kira dimana, di airport di padang. Jadi dia pun tiru.”
Itu sebab pentingnya kita mempunyai ilmu sebelum beramal kerana ditakuti tersesat. Tidak boleh kita main ikut cara sembrono sahaja. Perlu mengaji.

6. mountdaweller - June 11, 2008

Betul tu IB, seingat saya, guru saya pernah mengatakan ” sujud tanpa wudhu’ adalah haram! saya pun nak tahu juga, geleng kepala ni ambil ilmu islam dari mane yek? al hadhari kut? . rasanya tulisan IB di atas pun adalah di dalam bahasa melayu!

7. Muda - June 11, 2008

Niat yang baik tetapi tindakan yang dilakukan dengan tidak berdasarkan amalan yang digariskan oleh Rasullullah SAW akhirnya telah menjadi perbuatan yang dianggap menghina konsep syukur kepada ALLAH SWT . Wallahu alam

8. wanqie - July 20, 2008

itulah sebabnya ilmu itu penting..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: