jump to navigation

Saiful Mohon Biasiswa Bila Sudah Dibuang UNITEN? June 30, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik.
Tags: , , , ,
trackback

Apabila kita berbohong, kita terpaksa mereka “fakta”. Apabila “fakta” tersebut diselidiki dan dipersoalkan, maka kita terpaksa mereka helah demi helah, tipu demi tipu untuk menutupi pemalsuan fakta yang telah dibohongi sebelum ini.

“Once you compound a lie, you compounded the consequences”

Itulah yang mungkin berlaku dalam kes tuduhan terbaru terhadap DSAI. Dikatakan Saiful Bukhari telah dibuang dari UNITEN – maknanya sudah tidak lagi menuntut di IPT. Walhal, Najib membuat kenyataan (hari ini) bahawa Saiful ke pejabat TPM untuk mohon biasiswa tiga (3) bulan lalu. Tiga bulan lalu Saiful tidak lagi menuntut di IPT. Biasiswa apa yang hendak dipohon?

Kemudian, dalam laporan lain, Saiful yang dikatakan pernah menjawat Timbalan Presiden MPP di UNITEN, telah mempunyai biasiswa semasa di universiti. Biasiswa apa lagi yang hendak diminta?

Kemudian lagi, AgendaDaily pula melaporkan bahawa selepas diperiksa dengan pegawai di pejabat TPM, gambar tersebut dirakam pada Januari 2008. Mana satu yang betul? Najib kata tiga bulan lalu – Mac 2008? Saiful mula bertugas dengan Anwar semenjak PRU2008 (Mac?). AgendaDaily kata Januari 2008! Mana yang betul?

Ini baru permulaan. Kita tunggulah nanti – pelbagai helah, fakta, pembohongan, dakwaan, dan sebagainya – akan timbul. Kita teliti kesemuanya. Jangan pula jadi pindaan tarikh seperti dulu kerana Tivoli Villa belum siap atau tilam diusung lagi.

Apa-apa pun jangan kita mudah menghukum dan perlu kita ingat dengan ayat Al Qur’an,

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

Surah An Nuur ayat 4

Sekian, IB

Comments»

1. abdul aziz - July 1, 2008

Masih ada Melayu di Malaysia mengaku Islam Hadhari tetapi perangai lebih buruk dari Mahafiraun. Fitnah, rasuah, merompak menjadi amalan harian.

Gerak hati saya dan ramai rakyat yang saya temui berkata kes liwat terhadap DSAI yang terbaru ini adalah fitnah. Manusia seperti Saiful, Azizan,Umi Hafilda termasuk segelintir pemimpin politik , polis dan peguam yang berlindung disebalik kuasa pemerintah TIDAK TAKUT LANGSUNG DENGAN BALASAN ALLAH DI AKHIRAT KELAK.

Harimau mati meninggalkan belang
Manusia yang baik meninggalkan nama
Manusia yang jahat meninggalkan tahi

Bertaubatlah selagi nyawa masih ada..

Malaysia terkenal sebab- sebab beikut :-

01. Perdana Menteri bergelar Mahafiraun
02. Hakim Gula Hack
03. Peguam Negara handal mereka cipta bukti
04. Hakim Negara bercuti dengan peguam
05. Fitnah dan menukar 3 kali tuduhan
06. Bawa tilam ke mahkamah
07. Meletupkan perempuan dengan bom
08. Meliwat sebagai senjata menjatuhkan orang
09. Rasuah boleh dinamakan politik wang atao komisyen
10. Islam konsep baru dinamakan Islam Hadhari

2. ibrahimbaba - July 3, 2008

Ada pula sesetengah yang membuat komen dengan menuduh Saiful pula yang suka liwat – maka IB tidak siarkan kerana akan meletakkan kita serupa dengan orang yang suka menuduh orang lain meliwat/berzina seperti yang disebut dalam ayat Quran Surah An Nuur ayat 4 yang IB sebut di akhir posting tersebut.
Sekian, IB

3. Kenapalah Najib? Kenapalah Najib? « Ibrahimbaba’s Weblog - July 4, 2008

[…] Najib mengatakan Saiful datang meminta sokongan untuk mohon biasiswa walhal Saiful sudah tercicir dari UNITEN dan tidak menuntut di mana-mana IPT pada masa […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: