jump to navigation

Bilakah Ancaman Nyawa Terhadap DSAI? July 2, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar, politik.
Tags: , , , , , ,
trackback

Satu persoalan di kalangan mereka yang tidak mudah menerima sesuatu berita secara bulat-bulat ialah “bilakah ancaman nyawa terhadap Anwar ini timbul?”

Apakah ianya timbul setelah laporan terhadap beliau oleh Saiful dibuat – sebagai mengkaburi (smokescreen) suasana laporan tersebut? Jika benar ada kesahihannya, apakah ia hanya timbul sekarang kerana laporan Saiful – kerana mungkin DSAI bakal dihumban dalam lokap dan kemungkinan berlaku seperti malam 20 September 1998? Jadi “ancaman” nyawa yang diwar-warkan ini mungkin sebagai “tindakan preemptive” Anwar supaya Polis perlu lebih berwaspada?

Atau apakah ancaman nyawa tersebut memang sudah timbul sebelum laporan Saiful ini lagi dan ianya tiada kaitan langsung pun dengan kemungkinan Anwar bakal menerima nasib seperti mana berlaku pada malam yang malang tersebut?

Yang disebut oleh DSAI, ancaman ini telah dimaklumkan kepada beliau sebelum kes terkini lagi. Malah punca ancaman juga, difahamkan, diketahui Anwar. Katanya beberapa kenalan Anwar telahpun dimaklumkan kemungkinan ini berbulan sebelum ini lagi. Wallahu a’lam.

Apakah ancaman ini benar-benar ada? Mungkin ada kebenarannya. Jika benar, dari manakah kemungkinan punca hingga ada yang benci sangat Anwar hingga sanggup mengancam nyawa seorang insan lain? Hanya apabila seseorang merasakan Anwar bakal mengancamkan kedudukannya maka mungkinlah seseorang itu bertindak hingga sedemikian rupa.

Atau mungkinkah dalam siri pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat oleh Anwar, ada pihak-pihak tertentu terasa mengancam periuk nasi mereka. Laporan polis di Shah Alam pada 1 Julai yang dibuat Anwar mungkin juga telah diketahui bakal dibuat oleh beliau.

Atau mungkin kes penyiasatan rakaman video Lingam telah melodehkan seseorang hingga sukar untuk memaafkan Anwar dan dirasakan wajar untuk menghapuskan DSAI. Kalau dilihat nilai pasaran saham tokoh yang terlibat dalam kes tersebut agak menjunam dan bakal merudum lagi. Sememangnya Anwar mengancam periuk nasi sesetengah orang.

IB masih mencari jawapan. Namun yang pasti, peristiwa yang berlaku semenjak Sabtu lepas ini telah berjaya mengalih pandangan dan tumpuan masyarakat umum terhadap banyak lagi isu-isu yang mendesak dan amat perlu perhatian yang sewajarnya. Ancaman demi ancaman terhadap hak Melayu dan Muslim dicabar di mahkamah kita. Sayangnya tidak ramai yang benar-benar ambil peduli.

Sekian, IB

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: