jump to navigation

Semakin Banyak Bercakap Semakin Banyak Terlodeh July 4, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Berbalik kepada “Sifu” IB yang memberi petua “Do not volunteer information” Najib kini semakin mengelabah. Bukan setakat “body-language”nya yang terlalu banyak menimbulkan persoalan malah kata-katanya semalam turut menimbulkan banyak persoalan. Setiap kali dia membuka mulut, satu demi satu rahsia terbongkar.

Najib kata Saiful datang ke rumahnya mengadu diliwat oleh Anwar beberapa hari sebelum pengadu membuat laporan polis. Dari satu satu patah ayat ini telah banyak membongkar pelbagai persoalan.

Antaranya;

  • Kenapa mudah sangat Saiful dapat masuk ke rumah TPM?
  • Dalam kesibukan Najib – sempat untuk menerima aduan seorang “pekerja” Anwar?
  • Siapa yang membawa Saiful jumpa Najib?
  • Siapa lagi bersama TPM bila Saiful mengadu kes liwat?
  • Apakah Rosmah ada sama – sepertimana dicabar oleh Shamsul AMK?
  • Kenapa Saiful tidak lapor kepada pemimpin yang tertinggi – Pak Lah? Kenapa Najib?
  • Kenapa tidak hubungi terus pegawai polis? Najib kata dia percaya kepada sistem!
  • Kenapa Najib tidak suruh lapor sahaja kepada polis? Najib kata dia percaya kepada sistem!

Tetapi suatu “fakta” yang menimbul persoalan besar kepada IB ialah seperti berikut:

Mengikut laporan polis, Saiful dikatakan diliwat pada 26 Jun. Saiful lapor pada 28 Jun, 5.45 ptg. Najib kata Saiful jumpa dia beberapa hari sebelum buat laporan polis. Tidak mungkin 29hb. Kalau 29hb, disebut semalam. Bilakah harinya bila Najib sebut “beberapa hari” itu?

Suatu yang aneh dalam laporan polis tersebut ialah, Saiful tidak menyatakan waktu dia diliwat. Amat pelik bagi polis yang menerima laporan tidak bertanya dan meminta Saiful untuk meletakkan waktunya. Kalau kita buat laporan kemalangan, polis di kaunter akan suruh kita nyatakan waktu berlaku kemalangan!

Sebab itulah apabila kita berbohong, maka kita terpaksa berbohong lagi untuk menutupi pembohongan lampau. Dan apabila suatu pembohongan terbongkar, maka terlodeh terus yang lain, satu demi satu.

Sekian, IB

Comments»

1. mountdaweller - July 5, 2008

hairankah kita bila TPM berbohong? bukankah bohong itu salah satu manu percakapan mereka di dalam UMNO? di dalam pucuk pimpinan negara sekarang berbohong adalah satu perkara yang tidak lagi menjadi keji. di dalam jentera pemerintahan malaysia sekarang pembohongan telah diterima pakai sebagai satu kaedah apabila PM jadi pembohong, TPM jadi pembohong dan menteri-menterinya tidak kurang dengan sifat bohong!

minta-minta janganlah sifat pembohong ini dijadikan pula budaya rakyat malaysia. simpang malaikat 44!

2. Anwar Ibrahim - THINGS TO PONDER from Ibrahim Baba Blog « Dunia Kemanusiaan - July 5, 2008
3. mat - July 5, 2008

apa nak dihairankan… najib kan dah belajar dgn Guru Flip-flop dia, tapi cuma dia belum dapat taraf master je lagi…

kalau dah bakal PM ni tak boleh nak caya… apa nak jadi bila dia betul2 jadi PM? agaknya habis satu Malaysia dia flop-kan!

selisih malaikat 44…!!

4. din kantoi - July 7, 2008

alah… berani kalu… junjung qur’an la…
dok kasi alasan apa…
baru clean & clear…
pengakuan bersumpah pon tarik balik…
pastuh ckp najib bayar…
xkan xdak otak nak pikir musibah lepas wat pengakuan bersumpah…

5. ibrahimbaba - July 7, 2008

Menjunjung Al Quran al Karim bukan cara Islam. Ini adalah pengaruh ajaran dan budaya asing. Kaedah dalam Islam telah diperjelaskan oleh Mufti Harussani semalam.

6. irwan idris - July 30, 2008

din kantoi, mmg statement hang kantoi hang tak tau cara bersumpah yang diajarkan oleh rasulullah. Tanya pada yang arif, kalau tak tahu. Malu kerana kantoi bodoh lebih buruk dari kantoi membohong. Hehehe..

7. Tok Hang - October 22, 2008

Pokok pangkalnya yang menjadi persoalan kini ialah siapa yang meliwat & siapa pula yang kena liwat…jadi kena buktikan..itu aje..kalo nak buktikan kedua2 belah pihak kenalah kasi fakta2 kukuh itu aje..apa susah2 & gaduh-gaduh..tak payah angkat2 sumpah & junjung2 quran…kalo nak settle senang aje…bubarkan takde kes lansung ..tutup fail abiss citer..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: