jump to navigation

Melawan Fitnah Dengan Fitnah – Langkah Silap Anwar July 7, 2008

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik, UMNO.
Tags: , , , , , ,
trackback

Apabila Bala membuat akuan bersumpahnya membabitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya dan beberapa pendedahan “explicit” dan keji yang lain, ada yang bersorak kerana dikatakan memerangkapkan Najib dan merasakan Najib sudah tersungkur.

Tetapi apakah benar begitu?

Mungkin ada kebernarannya bahawa Najib tersepit dan terpaksa berhempas pulas menangkis tuduhan dalam akuan bersumpah tersebut. Mungkin Najib mengelabah dibuat Bala.

Namun, apakah “bala” benar-benar menimpa Najib atau ianya turut terpalit terkena Anwar? Walapun mungkin ada yang tidak bersetuju, tetapi hakikatnya “bala” akibat dari bersama Balasubramanian pada hari pendedahan akuan bersumpah itu turut dirasai oleh Anwar.

Amat tidak wajar Anwar hadir sama apabila Bala membuat pendedahan tersebut. Ianya mengaitkan dengan Anwar. Walaupun tidak, seolah-olah Anwar terlibat merancangnya. Anwar kini sama-sama terbabit dengan “penyebaran fitnah” yang belum kita tahu kesahihannya.

Apa-apa pun Anwar seharusnya lebih cekap untuk tidak membabitkan dirinya dengan serangan peribadi seperti itu kerana itulah yang terkena ke atasnya. Maka tidak wajar DSAI mengguna senjata yang sama untuk menyerang balas Najib.

Sepatutnya Anwar membuat kenyataan akhbar lain di tempat berbeza selepas Bala mendedahkannya. Dan sepatutnya Bala tidak membuat kenyataan tersebut di premis PKR.

Namun, ianya sudah terjadi. Berhempas pulaslah Anwar dan PKR untuk menidakkan kaitan mereka dengan pendedahan Bala.

Sebagai orang Islam dan pemimpin yang sudah matang, Anwar tidak sepatutnya melawan fitnah dengan fitnah.

Sekian, IB

Comments»

1. Bukan Profesor - July 8, 2008

Assalamualaikum,

Mungkin daripada segi kedudukan akademik, profesor Ibrahim Baba lebih tinggi ilmunya, tapi masih belum cukup, seumpama dikatakan dalam bait2 syair ilmu kita hanyalah stitis air di lautan, yang mana ilmu kita tidaklah seberapa dan banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu!!!!

Berkenaan dengan ulasan prof di sini, saya tergerak hati dan terdtik di jantung saya menyatakan, prof seolah-olah menunjukkan kelemahan sendiri apabila menyatakan kehadiran ANWAR IBRAHIM seolah-olah mencalitkan satu lagi najis ke maruah ANWAR IBRAHIM.

Untuk pengetahuan Prof, Kerajaan MALAYSIA merupakan kerajaan yang dikuasai oleh BARISAN NASIONAL turun temurun yang dimonopoli oleh UMNO, jadi dalam Kerajaan Malaysia ini, amat susah dan amatlah sukar serta amatlah perit jika ingin menyebarkan satu tuduhan yang benar ke atas pemimpin2 dalam BARISAN NASIONAL. Buktinya? KES LINGGAM dan banyak kes lain!!!!

Saya hanya menyebut beberapa kes dan saya hanya meminta Prof berfikir kerana saya tak perlu mengajar Prof. yang terlebih pandai. Adakah Prof. ingat kes Seorang adik menteri yang dituduh dengan kes PENGEDARAN DADAH yang membawa hukuman dalam akta 39B? Prof. mungkin tahu hukuman bagi pesalah yang dikenakan hukuman atas akta 39B?

Adakah Prof. masih ingat KES CABUL yang melibatkan seorang BEKAS MENTERI UMNO yang berlaku di HAVANA CLUB? Adakah pengadunya juga melakukan FITNAH? Adakah Prof. masih ingat KES MEMALI? Sekiranya Prof. mempunyai kecerdikan yang disaduri dengan keimanan, InsyaALLAH Prof. tidak akan dimalukan dengan Artikel Prof. yang seolah-olah setaraf dengan KHAIRY JAMALUDDIN yang berkelulusan OXFORD akan tetapi kurang cerdik akalnya……
Mungkin Prof. harus paham erti kecerdikan yang sebenarnya adalah terletak pada Aqqal yang waras dan pandai memikirkan sesuatu secara matang berkaitan baik dan buruk, halal dan haram, dan sebagainya. Itulah yang dinamakan CERDIK!!!

Akhir kata, saya hanya ingin menyatakan satu perkara sahaja, ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TIDAK BERBUAH!!! ILMU TANPA IMAN IBARAT TANAH YANG TIADA AIR!!!!

jadi, pikir2kanlah sebelum Prof. mengulas, kerana adakah ini nilai seorang yang bernama PROFESOR di MALAYSIA????

Sungguh malu saya menjadi ANAK MALAYSIA mempunyai Prof. yang begini!!!!!

sekian, terima kasih.

– Bukan Profesor.

2. longman - July 8, 2008

hujung zaman bro ib, fitnah berleluasa… ni baru fitnah kecil-kecilan, belum lagi fitnah dajjal… benarlah apa yang disabdakan oleh nabi saw lebih kurang bunyinya “yang aku risaukan dengan umat ku di hujung zaman nanti adalah fitnah dajjal, sekiranya aku berada di zaman tersebut nescaya akan aku lindungi mereka”

kita sebagai umat nabi saw haruslah banyak2kan mengamalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-kahfi… mudah2an selamat…

Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!

3. Cucu Tok Selampit - July 8, 2008

Tuan, minta izin untuk memuatkan rencana tuan dalam Cucu Tok Selampit (khairulryezal.blogspot.com) dengan kredit diberikan kepada tuan.

4. Bukan Profesor - July 8, 2008

apa takut ke, nak siarkan komen yang benar????

HADAPILAH KENYATAAN PROF!!!!

5. Menjawab: apa takut ke, nak siarkan komen yang benar???? « Ibrahimbaba’s Weblog - July 9, 2008

[…] artikel asal IB mengulas dari segi strategi Anwar yang mungkin kurang teliti. Kalaulah akuan bersumpah Bala sekadar […]

6. mountdweller - July 9, 2008

napelah sang bukan profesor ni marah sangat? salahkah IB sekadar menurunkan pendapat? pendapat tidak dimestikan dipersetujui oleh semua orang! maasya Allah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: