jump to navigation

Menjawab: apa takut ke, nak siarkan komen yang benar???? July 9, 2008

Posted by ibrahimbaba in Uncategorized.
trackback

Post ini sekadar menjawab “apa takut ke, nak siarkan komen yang benar????” kiriman Bukan Profesor (khinzirjantan@yahoo.com) dalam komen terhadap “Melawan Fitnah Dengan Fitnah – Langkah Silap Anwar“.

Komen dari “Bukan Profesor” adalah seperti berikut:

Assalamualaikum,

Mungkin daripada segi kedudukan akademik, profesor Ibrahim Baba lebih tinggi ilmunya, tapi masih belum cukup, seumpama dikatakan dalam bait2 syair ilmu kita hanyalah stitis air di lautan, yang mana ilmu kita tidaklah seberapa dan banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu!!!!

Berkenaan dengan ulasan prof di sini, saya tergerak hati dan terdtik di jantung saya menyatakan, prof seolah-olah menunjukkan kelemahan sendiri apabila menyatakan kehadiran ANWAR IBRAHIM seolah-olah mencalitkan satu lagi najis ke maruah ANWAR IBRAHIM.

Untuk pengetahuan Prof, Kerajaan MALAYSIA merupakan kerajaan yang dikuasai oleh BARISAN NASIONAL turun temurun yang dimonopoli oleh UMNO, jadi dalam Kerajaan Malaysia ini, amat susah dan amatlah sukar serta amatlah perit jika ingin menyebarkan satu tuduhan yang benar ke atas pemimpin2 dalam BARISAN NASIONAL. Buktinya? KES LINGGAM dan banyak kes lain!!!!

Saya hanya menyebut beberapa kes dan saya hanya meminta Prof berfikir kerana saya tak perlu mengajar Prof. yang terlebih pandai. Adakah Prof. ingat kes Seorang adik menteri yang dituduh dengan kes PENGEDARAN DADAH yang membawa hukuman dalam akta 39B? Prof. mungkin tahu hukuman bagi pesalah yang dikenakan hukuman atas akta 39B?

Adakah Prof. masih ingat KES CABUL yang melibatkan seorang BEKAS MENTERI UMNO yang berlaku di HAVANA CLUB? Adakah pengadunya juga melakukan FITNAH? Adakah Prof. masih ingat KES MEMALI? Sekiranya Prof. mempunyai kecerdikan yang disaduri dengan keimanan, InsyaALLAH Prof. tidak akan dimalukan dengan Artikel Prof. yang seolah-olah setaraf dengan KHAIRY JAMALUDDIN yang berkelulusan OXFORD akan tetapi kurang cerdik akalnya……
Mungkin Prof. harus paham erti kecerdikan yang sebenarnya adalah terletak pada Aqqal yang waras dan pandai memikirkan sesuatu secara matang berkaitan baik dan buruk, halal dan haram, dan sebagainya. Itulah yang dinamakan CERDIK!!!

Akhir kata, saya hanya ingin menyatakan satu perkara sahaja, ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TIDAK BERBUAH!!! ILMU TANPA IMAN IBARAT TANAH YANG TIADA AIR!!!!

jadi, pikir2kanlah sebelum Prof. mengulas, kerana adakah ini nilai seorang yang bernama PROFESOR di MALAYSIA????

Sungguh malu saya menjadi ANAK MALAYSIA mempunyai Prof. yang begini!!!!!

sekian, terima kasih.

Pertamanya, perlu diperbetulkan fakta bahawa IB bukan seorang profesor dan tidak pernah pula IB mengaku sedemikian. Tidaklah saya kenali mana-mana profesor yang dimaksudkan itu.

Kenapakah apabila komen kehadiran Anwar ketika Bala membuat akuan bersumpah menjadi “prof seolah-olah menunjukkan kelemahan sendiri“? Dari awal IB mengakui bahawa teguran tersebut bakal “ada yang tidak bersetuju” dan IB sekadar menyatakan realitinya kesan “dari bersama Balasubramanian pada hari pendedahan akuan bersumpah itu turut dirasai oleh Anwar”. Apakah itu tidak benar?

IB tidak pernah menyangkal bahawa “amat susah dan amatlah sukar serta amatlah perit jika ingin menyebarkan satu tuduhan yang benar ke atas pemimpin2 dalam BARISAN NASIONAL” Namun kes video Lingam ada banyak perbezaannya dengan bersama dengan tuduhan seorang manusia lain dengan apa yang disebut dalam surah An Nuur: ayat 4.

Begitu jugalah kes-kes lain yang disebut; kes dadah adik Noh Omar, kes JJ – tidak sama dengan apa yang IB takuti dalam ayat Al Quran itu tadi.

Dan tidak pernah saya mengiyakan tindakan terhadap kes Memali. Malah itu satu kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah waktu itu. Sesiapa yang bersama mengiyakan atau menyokong tindak-tanduk membunuh tidak boleh kita maafkan. Mereka kena mohon maaf dengan keluarga yang dianiyai dan mohon ampun dengan Allah.

IB bersetuju bahawa kita perlu “pandai memikirkan sesuatu secara matang berkaitan baik dan buruk, halal dan haram“. Kita tidak boleh sembrono tanpa prinsip yang jelas. Garis panduan telah jelas.

Mungkin “Bukan Profesor” boleh rujuk tulisan-tulisan IB yang lepas, mungkin kena semak hingga ke semenjak 1998 lagi untuk memahami pendirian IB. IB masih kekal menulis walapun penulis lain datang dan pergi. Hanya tinggal kurang dari 10 orang sahaja penulis era 1998 yang kekal aktif (kalau betul pemantauan yang dibuat IB).

IB tidak dapat mengulas lanjut tiga perenggan terakhir yang disebut, kerana tidak faham di manakah hendak diletak terhadap tulisan IB tersebut.

Pendekkata, artikel asal IB mengulas dari segi strategi Anwar yang mungkin kurang teliti. Kalaulah akuan bersumpah Bala sekadar mengaitkan Altantunya dengan Razak Baginda dan dengan Najib Razak dalam hal-hal komisyen kapal selam mungkin boleh lagi IB terima. Tetapi sebahagian besar tumpuan orang terhadap akuan tersebut ialah kaitan Najib dan Altantunya serta cerita yang “explicit” serta keji yang kita ditegah dengan jelas dalam Al-Quran untuk menuduh tanpa buktinya.

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

Surah An Nuur ayat 4

Kerana sayangkan Anwarlah IB bersuara demikian. Anwar bukan IB kenali semalam. Persahabatan menjangkau 30 tahun itu sudah dikira lama. Sebab itulah IB menegurnya dalam perbualan telefon beberapa hari selepas peristiwa berkampung di kediaman Duta Turkey dengan kata-kata “selama ini kita berkawan dan ke sana ke mari, selalu juga kita berdua sahaja, tidak pernah perkara seperti ini timbul dan tidak pernah pula orang bercakap demikian. Anta perlu lebih teliti dengan orang sekeliling anta, tohmahan seperti ini bukan baru pertama kali” [IB masih tidak pernah panggil Anwar dengan Datuk Seri – kecuali dalam majlis rasmi – itulah keakraban kami].

Terima kasih kepada “Bukan Profesor” yang sudi memberi komen dan kita tidak semestinya bersetuju dengan segalanya kecuali hal-hal keEsaan Allah Azzawajalla dan keRasulan Nabi Muhammad s.a.w. serta ajaran Baginda.

Sekian, IB

Teguran buat “Bukan Profesor” – kita bila memilih nama untuk anak, kita dinasihatkan mencari nama-nama baik. Di akhirat nanti kita akan dipanggil dengan nama yang diguna di dunia ini. Rasanya adalah baiknya saudara mencari nama lain untuk emel saudara (khinzirjantan@yahoo.com). Khinzir itu bukan sejenis binatang yang elok untuk kita sabitkan dengan diri kita.

Comments»

1. BUKAN PROFESSOR - July 22, 2008

Terima kasih kerana mengulas lanjut tentang komen saya…..

Saya ingatkan PRofessor, jadi mintak ampunlah ya….

email tuh….. janganlah dipikir-pikir… cause, i have a permanent email.

apa2pun, saya cuma sekadar salah seorang yang berminat dalam ilmu politik di MALAYSIA, tetapi sekiranya sesuatu itu dangkal dan ianya seolah-olah hanya memihak membuta tuli ke arah pihak yang tidak benar, saya cuba untuk menghentikan tuduhan itu.

Apa2pun, penulisan IB memang saya hormati, dan hujah2 IB sungguh kritis dalam menjawab komen saya.

Tahniah, sebenarnya, SIAPA LAGI YANG SEBERANI ANWAR IBRAHIM DALAM PIMPINAN MALAYSIA DALAM MEMBAWA KEBENARAN???

Janganlah kerana kebaculan kita, RAZAK BAGINDA YANG BUKAN PEMBUNUH SEBENAR ALTANTUYA DI SABITKAN HUKUMAN…… kadang2 instinct seorang isteri tuh membuatkan kita percaya RAZAK BAGINDA BUKANLAH PERANCANG kepada pembunuhan ALTANTUYA……

Kalau benar RAZAK BAGINDA YANG BUNUH, mengapa tidak dibunuh AMY dan seorang lagi, nama apa ntah….

akhir kata, PEMBUNUH INI sebenarnya tidak mengetahui ALTANTUYA datang bersama-sama dua orang lagi.

– Akhir kata, Macam KES LINGGAM DULU, kalau ANWAR tidak ke depan, mana berani pengadu ingin melaporkan??? dan juga BALASUBRAMANIAN, mana berani dia untuk membuat pengakuan? Daripada 2 wajah BALA sudah diketahui di masa mana beliau DIPAKSA dan RELA.

terima kasih IB. suatu penghormatan bagi saya, bila komen saya disiarkan oleh seorang tokoh dalam bidang penulisan.

BUKAN PROFESSOR.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: